HALAMAN SANTAI

Ahad, 31 Januari 2021

Pengkhianatan teruk Tun M kini terdedah?

ainulillia

Dr Mahathir tolak Wan Azizah jadi PM Interim, mahu dirinya dilantik

BANGI – Buku tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas adalah bukti nyata bagaimana Yang di-Pertuan Agong telah melaksanakan tanggungjawab dalam tempoh peralihan kuasa sebelum ini dengan seadil-adilnya, kata penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Beliau berkata, Seri Paduka telah bertindak tanpa cuba memihak kepada mana-mana pihak seperti didakwa ketika zaman peralihan Pakatan Harapan (PH) kepada kerajaan baharu.

Dalam tulisan Tommy, beliau menyatakan bahawa selepas Tun Dr Mahathir Mahathir Mohamad melepaskan jawatan Perdana Menteri pada Februari tahun lalu, peruntukan Perlembagaan membolehkan timbalan beliau ketika itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai pemangku Perdana Menteri.

Tommy berkata, Agong bertindak mengikut Perlembagaan dan mahu melantik Dr Wan Azizah sebagai pemangku Perdana Menteri atau Perdana Menteri Interim.

Bagaimanapun, Dr Mahathir mencalonkan dirinya untuk jawatan sementara itu, meskipun sudah berundur sebagai Perdana Menteri.

“Menarik sekali pendedahan mantan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, di dalam buku ‘My Story: Justice in the Wilderness’ terbitan SIRD yang mula berada di pasaran semalam.

“Paling menarik bagi saya tentulah pendedahan Tan Sri Tommy mengenai peranan Yang di-Pertuan Agong di dalam tempoh peralihan kuasa, iaitu bahawa:

“… Yang di-Pertuan Agong merayu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kekal menjadi Perdana Menteri tetapi Tun Dr Mahathir bertegas mahu meletakkan jawatan yang menyebabkan Yang di-Pertuan Agong tiada pilihan lain selain menerima perletakan jawatan tersebut.

“Tun Dr Mahathir tegas bahawa Kabinet mesti dibubar (insisted that the Cabinet must be dismissed) ekoran perletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri dan ini terpaksa diterima oleh Yang di-Pertuan Agong menyebabkan sejumlah 50 Menteri dan Timbalan Menteri hilang jawatan.

“Yang di-Pertuan Agong sebenarnya mahu melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri Interim tetapi Yang di-Pertuan Agong tidak dapat berbuat demikian kerana Tun Dr Mahathir mahukan beliau sendiri dilantik sebagai Perdana Menteri Interim tersebut,” kata Dr Kamarul memetik penulisan Tommy.

Selain itu, Dr Kamarul berkata, apa yang menarik juga adalah pendedahan Tommy yang menyatakan bahawa Dr Mahathir telah menyebut kepadanya di dalam pertemuan mereka pada 25 Februari tahun lalu, bahawa beliau mempunyai sokongan sebulat suara daripada 222 Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri.

Justeru, Dr Mahathir akan mempunyai kuasa penuh (‘a complete free hand’) di dalam Kerajaan Perpaduan beliau.

“Jawatan parti tidak akan diberi pertimbangan oleh Dr Mahathir untuk lantikan Kabinet Kerajaan Perpaduan. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng pula tidak akan menjadi sebahagian daripada Kabinet Kerajaan Perpaduan.

“Tun Dr Mahathir terpaksa memecat Tan Sri Tommy sebagai Peguam Negara kerana ini adalah syarat UMNO dan PAS,” dakwa Tommy.

Mengulas perkara itu, Dr Kamarul berkata, buku Tommy ini adalah bukti jelas bagaimana Dr Mahathir telah mengkhianati dengan seteruk-teruknya rakan-rakan di dalam PH, khususnya Anwar, Dr Wan Azizah dan Guan Eng.

“Tidak dapat dibayangkan jika pemimpin-pemimpin seperti Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Lim Guan Eng masih sanggup bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir setelah beliau dibuktikan telah mengkhianati dengan seteruk-teruknya mereka,” katanya.

PEMBERITAHUAN:

 BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA DALAM ' DIALOG RAKYAT

Muhyiddin perlu pecat Azmin kerana gagal urus ekonomi, kata Pemuda PKR Sabah .


KOTA KINABALU:
Ketua Penerangan Pemuda PKR Sabah, Razeef Rakimin berkata, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin perlu memecat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali kerana gagal menjalankan tugasnya dengan baik sebagai menteri.

Selain itu katanya, Muhyiddin perlu menggantikan Azmin dengan seseorang yang lebih mementingkan ekonomi negara berbanding agenda peribadi.

”Saya melihat hanya ada dua cara bagaimana kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh melonjakkan sedikit ekonomi negara, iaitu sama ada Azmin meletak jawatan selepas gagal selaku menteri kanan (Ekonomi) atau Muhyiddin memecat beliau dan menggantikannya dengan seseorang yang lebih mementingkan ekonomi negara berbanding agenda peribadi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Razeef berkata, kegagalan Azmin menangani krisis ekonomi negara susulan penularan wabak Covid-19 jelas membuktikan beliau tidak mampu dan layak memegang jawatan menteri berkaitan ekonomi.

”Dalam situasi paling teruk dihadapi oleh Muhyiddin bagi mempertahankan kerajaan PN yang hilang majoriti sekali gus berdepan cabaran pandemik Covid-19, beliau dibantu oleh Azmin yang sememangnya gagal.

“Ini menjadikan pentadbiran Muhyiddin dilihat semakin teruk, bukan sahaja di mata rakyat ,malah di mata pelabur dari luar negara.

”Baru-baru ini Pemuda Umno melalui ketuanya mendesak Azmin untuk tampil menjelaskan tindakan segera yang diambil kerajaan bagi menangani kejatuhan terus pelaburan langsung asing (FDI) negara selepas merosot sehingga 68% iaitu jauh lebih teruk berbanding negara Asean lain.

”Banyak negara di dunia yang menghadapi krisis Covid-19 yang jauh lebih teruk daripada Malaysia, namun berjaya menghadapi krisis ekonomi dengan baik.

“Malah ia tidak menghilangkan keyakinan pelabur untuk melabur di negara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pelabur tidak yakin dengan kemampuan ekonomi negara, lebih-lebih lagi dengan kerajaan yang tidak kukuh kerana memerintah tanpa majoriti.

Katanya, pelabur hilang keyakinan sejak PN merampas kuasa dan kerajaan dalam mengurus ekonomi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) menyebabkan mereka menarik “hand brake” daripada melabur di negara ini.

”Ini jelas membuktikan Azmin tidak layak memegang jawatan menteri, apatah lagi berkaitan ekonomi.

”Beliau dilihat tidak mampu membawa pelaburan, apatah lagi mencari inisiatif bagi membangunkan ekonomi negara,” katanya.

70 Menteri: Mantan Timbalan Menteri, kartunis tak tahu kira?

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF 
 

SEORANG mantan Timbalan Menteri PAN dan seorang kartunis terkenal menyebut dalam portal berita MalaysiaKini mengenai Malaysia mempunyai 70 orang Menteri dan mengenai Kabinet Malaysia mempunyai 70 orang ahli.

Tidak tahukah mereka bahawa jawatan Menteri adalah berbeza dengan jawatan Timbalan Menteri serta bahawa Kabinet Malaysia hanyalah dianggotai oleh Menteri tetapi Timbalan Menteri bukan dikira anggota Kabinet Malaysia.

Jika Kabinet Malaysia mahu dibandingkan dengan Kabinet negara lain sekalipun adilkah jika yang dibandingkan adalah bilangan Menteri dan Timbalan Menteri Malaysia dengan bilangan Menteri (tetapi bukan Timbalan Menteri) negara lain?

Boleh sahaja disemak di laman web Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, mengenai bilangan dan identiti Menteri-menteri yang berjumlah 32 orang ini, iaitu:

(1) YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin: Perdana Menteri.
(2) YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali: Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.
(3) YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob: Menteri Kanan Pertahanan.
(4) YB Senator Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz: Menteri Kewangan.
(5) YB Dato’ Sri Hj. Fadillah Bin Haji Yusof: Menteri Kanan Kerja Raya.
(6) YB Senator Dr. Mohd Radzi Bin Md Jidin: Menteri Kanan Pendidikan.
(7) YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong: Menteri Pengangkutan.
(8) YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Dan Sarawak).
(9) YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Bin Tuan Man: Menteri Alam Sekitar Dan Air.
(10) YB Datuk Seri Saravanan A/L Murugan: Menteri Sumber Manusia.
(11) YB Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun: Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.
(12) YB Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad: Menteri Pengajian Tinggi.
(13) YB Datuk Seri Mohd Redzuan Bin Md. Yusof: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas).
(14) YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee: Menteri Pertanian Dan Industri Makanan.
(15) YB Dato’ Sri Mustapa Bin Mohamed: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).
(16) YB Dato’ Seri Hamzah Bin Zainudin: Menteri Dalam Negeri.
(17) YB Dato’ Saifuddin Bin Abdullah: Menteri Komunikasi Dan Multimedia.
(18) YB Puan Hajah Zuraida Binti Kamaruddin: Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.
(19) YB Datuk Dr. Hj Abdul Latiff Bin Ahmad: Menteri Pembangunan Luar Bandar.
(20) YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa: Menteri Wilayah Persekutuan.
(21) YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican: Menteri Belia Dan Sukan.
(22) YB Dato’ Dr. Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah: Menteri Tenaga Dan Sumber Asli.
(23) YB Dato’ Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein: Menteri Luar Negeri.
(24) YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar: Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi.
(25) YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique: Menteri Perpaduan Negara.
(26) YB Datuk Seri Dr. Adham Bin Baba: Menteri Kesihatan.
(27) YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi: Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna.
(28) YB Dato Sri Dr. Hj. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar: Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi.
(29) YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri: Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya.
(30) YB Dato’ Takiyuddin Bin Hassan: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-Undang).
(31) YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali: Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi.
(32) YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Berpada-padalah dalam mengkritik kerana takkanlah mantan Timbalan Menteri dan kartunis ini tidak tahu mengira?  – HARAKAHDAILY

Muhyiddin kekal dapat sokongan majoriti rakyat

HARAKAH DAILY

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal berada dalam sokongan majoriti rakyat Malaysia sebagaimana kajian terbaharu yang dikeluarkan oleh badan penyelidikan QGenAnalysts (QGA), semalam.

Dapatan utama itu menunjukkan, Muhyiddin masih menjadi pemimpin utama pilihan rakyat meliputi pelbagai kaum, peringkat umur dan juga kategori pendapatan dari zon Pantai Timur pinggir bandar yang juga Kawasan campuran.

Ini selari dapatan sama kajian Analisis Persepsi Kepimpinan Semasa Di Malaysia di kawasan bandar bermajoriti Melayu, di mana Perikatan Nasional diterima 82 peratus rakyat sebagai gabungan paling dipercayai pada Ogos lalu.

Diikuti kajian sama pada September di kawasan luar bandar juga bermajoriti Melayu dengan sokongan lebih tinggi apabila 94 peratus rakyat memihak kepada Perikatan Nasional, malah mahu terus kekal hingga akhir penggal.

Manakala di pinggir bandar berpenduduk seimbang Melayu dan bukan Melayu, kajian sama pada Oktober merekodkan 56.02 peratus rakyat meyakini gabungan Perikatan Nasional berbanding hanya 22.41 peratus kepada Pakatan Harapan.

Terdahulu, QGA telah menunjukkan kecenderungan dan peralihan sokongan rakyat Malaysia kepada agenda baharu untuk Malaysia dicetuskan dari Muafakat Nasional yang dimeterai PAS dan Umno pada kajian diumumkan Februari tahun lalu.

Pilihan ke atas Muhyiddin dalam kajian terkini QGA itu merekodkan jumlah sebanyak 58 peratus, diikuti Dato’ Seri Abdul Hadi Awang (19%) dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (11%), sementara Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak (6%) dan lain-lain (6%).

Manakala pilihan berdasar kaum, Muhyiddin menjadi pilihan Melayu (63%), Cina (51%) dan India (67%), diikuti Abdul Hadi menjadi pilihan 29 peratus Melayu, manakala Anwar menerima pilihan dari Cina (29%) dan India (24%).

Secara pecahan usia juga kajian mendapati empat pecahan umur iaitu 20 hingga 30 dan 31 hingga 40, serta 41 hingga 50 dan 51 ke atas, semua majoriti memilih Muhyiddin Yassin diikuti Abdul Hadi Awang dan Anwar Ibrahim.

Pilihan rakyat menurut kumpulan pendapatan isi rumah pula merekodkan B40 dan M40 konsisten memilih Muhyiddin diikuti Abdul Hadi dan Anwar, namun T40 memilih Najib selepas Muhyiddin, tetapi masih berjurang jauh.

Kajian QGA ini juga mendapati faktor banteras rasuah dan salah guna kuasa mempengaruhi rakyat dalam memilih sesebuah parti atau gabungan bersama faktor-faktor lain antaranya mengutamakan pemulihan ekonomi negara.

Juga mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan memperjuangkan agama serta mengutamakan keharmonian masyarakat majmuk; baik mengikut pecahan kaum, umur mahupun kumpulan pendapatan isi rumah.

Di bawah kajian dan pecahan sama menunjukkan penolakan ke atas parti atau gabungan politik pula adalah atas faktor disabitkan dengan isu rasuah; mengganggu kedudukan Islam, Melayu dan Bumiputera.

Juga membangkitkan sentimen perkauman; gagal menunaikan manifesto; dan juga tiada hala tuju jelas, sebaliknya ciri pemimpin pilihan adalah mesra rakyat; berintegriti; berpengalaman luas; berwibawa; dan beragama.

Kajian kali ini juga dalam mendapatkan pandangan mengenai logo sesuai digunakan gabungan parti politik menunjukkan 55.95 peratus tidak pasti, 28.61 peratus memilih logo gabungan PN, MN dan PH, manakala 15.44 peratus mahu logo parti masing-masing dikekalkan. – HARAKAHDAILY

 

Pemimpin Umno, DAP dan PKR sebulat suara selar Muhyiddin dalam satu forum

Staff Writers

Ketiga-tiga pemimpin bertegas Parlimen mesti bersidang semasa darurat supaya Muhyiddin dapat membuktikan beliau mempunyai sokongan sebagai perdana menteri. 

 Dari kiri: Veteran Umno Kamal Amir, Abdul Aziz Bari (DAP) and Abdullah Sani (PKR).

Pemimpin daripada Umno, DAP dan PKR dilihat sebulat suara ketika program diskusi malam tadi, dalam mempersoalkan legitimasi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan nasihatnya kepada Agong untuk mengisytiharkan darurat.

Dalam program yang disiarkan secara dalam talian, Kamal Amir, seorang veteran Umno yang pernah menjadi exco Pemuda pada 1980-an, Abdul Aziz Bari dari DAP dan Abdullah Sani dari PKR bertegas Parlimen mesti bersidang semasa darurat supaya Muhyiddin dapat membuktikan beliau mempunyai sokongan sebagai perdana menteri.

“Rakyat berkeyakinan bahawa dia sewaktu menasihat Yang di-Pertuan Agong, (dia) tidak mempunyai keabsahan, tetapi keabsahan beliau itu tidak boleh dicabar, kerana tak ada (sidang Parlimen),” kata Kamal.

“Ya, saya bersetuju,” kata Aziz yang juga ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

“Agong hanya perlu mendengar nasihat daripada kerajaan yang mempunyai legitimasi,” katanya.

Aziz adalah antara tiga Adun Pakatan Harapan (PH) yang memfailkan tindakan undang-undang bagi mencabar keputusan Muhyiddin menasihatkan Agong untuk mengisytiharkan darurat.

Bagaimanapun pada Oktober lepas, pensyarah undang-undang yang menjadi ahli politik itu berkata, keputusan Agong adalah muktamad selepas Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah enggan menggunakan kuasanya untuk mengisytiharkan darurat ketika mula-mula dicadangkan.

Sebelum ini, Pengerusi PH Anwar Ibrahim menggesa ahli-ahli Parlimen untuk menulis warkah kepada Agong untuk membatalkan darurat, tetapi kini menukar kenyataannya, mengatakan hanya mempersoalkan nasihat Muhyiddin termasuk mendesak supaya Parlimen bersidang.

Seorang lagi panel, Abdullah yang juga ahli Parlimen Kapar menyelar kerajaan kerana melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan aktiviti perniagaan dihadkan, sebagai usaha untuk mengekang penularan Covid-19.

“Kita sebenarnya menyekat proses ekonomi itu berkembang. Inilah yang saya lihat kerajaan hari ini gagal melaksanakan tugas mereka dan membiarkan derita rakyat terutama sekali pembuangan pekerjaan berterusan.

“Kita lihat pada hari ini, orang terpaksa mencuri untuk makan, orang tak ada makan,” dakwa Abdullah.

Kamal bersetuju dengan Abdullah mengatakan kerajaan “berselindung di sebalik undang-undang untuk melindungi ketidakmampuan mentadbir”.

Semasa forum itu moderator menyampuk, mengatakan forum itu sangat mesra dan memperlihatkan persetujuan antara Umno dan DAP.

“Dari segi idea, nampak makin selari,” katanya.

Aziz kemudiannya menuduh Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun tersilap tafsir undang-undang apabila menyekat beberapa percubaan untuk menggulingkan Muhyiddin di Parlimen.

“Di Perak, entah macam mana ada speaker yang bukan daripada kalangan undang-undang, tapi lebih tahu, lebih jujur dari segi undang-undang berbanding speaker Dewan Rakyat yang berkasutkan peguam,” kata Aziz.

Sejak mengambil alih jawatan perdana menteri pada Mac tahun lepas, Muhyiddin berjaya melepasi dua pengundian kritikal yang mampu menyebabkannya perlu meletakkan jawatan sekiranya tidak mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen.

Pada Julai, kerajaan menang pengundian di Dewan Rakyat untuk menggantikan speaker dengan Azhar dan akhir tahun lepas, beberapa percubaan untuk mengalahkan Muhyiddin dalam pengundian Belanjawan 2021 menyaksikan kemenangan blok kerajaan.

Sementara Abdullah yang merupakan pengikut setia Anwar menolak dakwaan mempersoalkan darurat sebagai penderhakaan kepada Agong.

Sebaliknya, Abdullah memaki hamun pihak yang mempersoalkan pengampunan Anwar, mengatakan mereka sebagai penderhaka.

“Agong memberi pengampunan kepada Anwar. Tetapi mereka masih mahu bawa ke mahkamah. Inilah yang dinamakan derhaka. Inilah namanya…apa punya sial pun taktau la orang macam ini,” kata Abdullah dengan penuh kemarahan.

Pada September tahun lepas, Anwar gagal untuk menghalang tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi yang mencabar pengampunan Diraja terhadapnya beberapa hari selepas kemenangan PH pada 2018.

Dalam tindakan mahkamahnya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mendakwa pengampunan penuh diberikan kepada Anwar bercanggah dengan Perkara 42(4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan berikutan kuasa pengampunan hendaklah dilaksanakan dengan nasihat oleh Lembaga Pengampunan.

Kenyataan menghasut, Hadi Awang mohon batal saman

Bernama 

Permohonan untuk membatalkan saman pemula itu difailkan Hadi selaku defendan menerusi Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid semalam.

Abdul Hadi Awang memohon untuk membatalkan saman pemula dua penganut Kristian dari Sabah yang dikemukakan terhadapnya berhubung kenyataan dikeluarkan presiden PAS itu yang didakwa menghasut penganut agama berkenaan yang diterbitkan dalam sebuah akhbar, lima tahun lalu.

Permohonan untuk membatalkan saman pemula itu difailkan Hadi selaku defendan menerusi Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid semalam.

Peguam Yusfarizal Yussoff yang mewakili Hadi berkata mahkamah menetapkan 19 April ini untuk keputusan permohonan tersebut.

“Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis pada 11 Mac ini. Sekiranya terdapat hujahan lisan tambahan daripada kedua-dua pihak, ia juga akan dihujahkan pada tarikh sama (19 April),” katanya selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Akhtar Tahir yang dijalankan melalui aplikasi dalam talian hari ini.

Hadi mengemukakan permohonan untuk membatalkan saman pemula difailkan Maklin Masiau dan Lawrence Jomiji Kinsil @ Maximilhian selaku plaintif pertama dan kedua antaranya atas alasan saman itu tiada kausa tindakan yang munasabah, remeh, menyusahkan dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Kedua-dua plaintif memfailkan saman pemula terhadap Hadi pada 9 Disember tahun lalu, antara lain memohon pengisytiharan bahawa presiden PAS itu melakukan tindakan hasutan yang bertentangan dengan Seksyen 3 Akta Hasutan 1948 dan pengisytiharan bahawa defendan tidak layak memegang sebarang jawatan dalam kerajaaan Malaysia termasuk suatu jawatan yang setara dengan jawatan menteri.

Saman itu difailkan atas alasan Hadi mengeluarkan satu penyataan menghasut penganut atau mubaligh Kristian yang telah diterbitkan dalam sebuah akhbar pada 18 Januari 2016 dan kemudiannya dilaporkan oleh sebuah portal pada hari sama.

Pemuda PAS gesa PN pilih calon PRU15 bersih rasuah

Khairil Nizam Khirudin berkata kerajaan melalui Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 
dan penguatkuasaan Seksyen 17A Akta SPRM mestilah memfokuskan usaha tegas 
membanteras isu rasuah negara, sama ada bagi kes yang telah, sedang atau bakal 
berlaku, melalui prinsip kedaulatan undang-undang sebenar.

PETALING JAYA: Pemuda PAS mencadangkan gabungan Perikatan Nasional (PN) memilih individu bebas daripada kes salah laku rasuah sebagai calon dalam pilihan raya umum ke15 (PRU15).

Ketuanya Khairil Nizam Khirudin berkata, calon PN perlu dilihat berintegriti serta mudah diterima rakyat.

“Kami mencadangkan parti Perikatan Nasional (PN) hanya menampilkan calon yang bebas daripada kes salah laku atau rasuah di dalam PRU15 akan datang.

“Parti PN mestilah bersedia untuk mengetengahkan calon-calon yang berintegriti, kompeten, bersih dan mesra rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penurunan kedudukan Malaysia dalam indeks persepsi rasuah (CPI) antarabangsa pada 2020 yang dilaporkan baru-baru ini.

Ahli Dewan Negara itu berkata, walaupun skor CPI hanya mengambil kira persepsi, Pemuda PAS menyeru kerajaan melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil perhatian yang serius dalam agenda mengatasi masalah gejala rasuah di Malaysia.

“Inisiatif Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang menyerahkan senarai anggota Kabinet untuk tapisan polis dan SPRM adalah permulaan yang baik ke arah pentadbiran Kerajaan yang berintegriti serta bersih daripada sebarang kes,” katanya.

Katanya, kerajaan melalui Pelan Antirasuah Nasional (NACP) dan penguatkuasaan Seksyen 17A Akta SPRM mestilah memfokuskan usaha tegas membanteras isu rasuah negara, sama ada bagi kes yang telah, sedang atau bakal berlaku, melalui prinsip kedaulatan undang-undang sebenar.

“Kami mengucapkan terima kasih dan tahniah atas ketegasan Kerajaan yang tidak melepaskan mana-mana individu atau ahli politik yang terlibat di dalam perbicaraan kes mahkamah, serta tidak memberikan kepada mereka tanggungjawab kerajaan sama ada dalam penjawatan politik, agensi Kerajaan atau lantikan GLC,”katanya.

Skor Malaysia dalam CPI Transparency International tahun lalu merosot dua mata, perbezaan ketara berbanding peningkatan yang dilihat selepas PRU14.

Malaysia mendapat 51 daripada 100 dalam laporan terbaru itu. Pada 2019, negara mencapai skor 53, peningkatan ketara daripada 47 sebelum pilihan raya umum 2018 – yang terendah sejak metodologi itu disemak semula pada 2012.

Dengan penurunan skor terbaru itu, Malaysia kini di tangga ke-57 di seluruh dunia, daripada tangga ke-51 sebelum ini, ketinggalan di belakang Arab Saudi, Mauritius dan Itali.

PAU secara maya jika darurat berlarutan

 Wartawan MalaysiaGazette

Ahmad Maslan
Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) akan dibuat secara maya jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan darurat masih diteruskan.

Setiausaha Agung UMNO berkata, kaedahnya perhimpunan itu akan maklumkan.

Menurutnya, PAU sepatutnya dijadualkan berangsung pada 30 dan 31 Januari di Pusat Dagangan Dunia Putra tetapi ditangguhkan disebabkan PKP.

”Jika tidak Ketua Bahagian, Ketua #Wanita, #Pemuda & #Puteri berkumpul di #DewanMerdeka & Dewan lain,” katanya.

Ahmad berkata, mesyuarat pengurusan dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan menetapkan tarikh PAU.

Tegasnya, UMNO akan terus mara untuk rakyat Malaysia walau sebesar mana pun cabaran.

”Perjuangan tetap kita teruskan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Dr M arah saya elak prosiding mahkamah terbuka kes Zakir Naik, kata Tommy Thomas

Bekas peguam negara Tommy Thomas dalam bukunya mendakwa tiada negara mahu 
menerima Zakir Naik. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas peguam negara Tommy Thomas berkata Dr Mahathir Mohamad mengarahkannya mengelak sebarang prosiding mahkamah terbuka dalam usaha mengekstradisi penceramah kontroversi, Zakir Naik.

Thomas berkata, beliau menemui Mahathir yang ketika itu perdana menteri untuk memberi taklimat berhubung isu Naik sekitar 2018.

Sebelum itu, beliau menemui Pesuruhjaya Tinggi India Shri Mridul Kumar yang menegaskan negara itu mahu Malaysia mengusir Naik dari sini.

“Beliau bersetuju memulakan prosiding ekstradisi terhadap Naik di mahkamah kita mungkin mencetuskan ketegangan.

“Saya turut membincangkan perkara itu dengan Tun (Mahathir) dan beliau juga bersetuju tindakan mahkamah perlu dielak kerana itulah yang dikehendaki Naik, supaya dapat digunakan sebagai platform untuk menyebarkan kata-kata hasutannya,” kata Thomas dalam bukunya “My Story: Justice in the Wilderness”.

Beliau turut mencadangkan Naik diusir dari Malaysia dan mencari sendiri negara lain untuk didiami selain India.

Bagaimanapun, katanya, bekas perdana menteri tidak bersetuju dengan penyelesaian itu sebaliknya mengarahkannya membiarkan perkara itu kepada Mahathir.

“Selepas itu bila isu Naik dibangkitkan, respons beliau sama iaitu tiada negara yang mahu menerima penceramah itu,” katanya.

Thomas turut mendakwa berbincang dengan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengenai isu itu, yang memaklumkan polis juga tidak mahu Naik berada di Malaysia.

“Beliau berkata tiada negara Islam lain mahu menerima Naik. Saya menyebut beberapa negara, namun beliau berkata semuanya menolak Naik,” katanya.

Thomas berkata, beliau hairan kenapa nasihatnya mengenai Naik tidak diterima Mahathir, malah menganggap itu turut memberi kesan politik terhadap Pakatan Harapan (PH).

Laporan polis KIMMA seolah ugut anak muda bersuara

MGF08012020_TEMUBUAL-MOHD-ZULKIFLI_02
Mohd Zulkifli Abdul Fatah

KUALA LUMPUR – Dewan Perniagaan Minoriti (DPM) kecewa dengan tindakan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) membuat laporan polis terhadap dua anak muda yang memuatnaik video bercorak perbincangan dalam laman Facebook Media Mamak Malaysia.

Video tersebut yang memaparkan dua anak muda berbangsa India Muslim, dengan seorang daripadanya sebagai moderator dan seorang lagi memberi penjelasan mengenai pendapat umum terhadap KIMMA.

Bagaimanapun, menurut Setiausaha DPM, Mohd Zulkifli Abdul Fattah, pihaknya menerima maklumat, Ketua Penerangan KIMMA, Mohaideen Abdul Kadar Mohd Maideen telah membuat laporan polis dan menuduh anak muda itu menghasut orang ramai agar membenci parti berkenaan.

“Saya telah menonton dan dapati video tersebut hanyalah sesi soal jawab antara dua anak muda yang tidak setuju dengan cara KIMMA berpolitik.

“Adakah KIMMA cuba menakutkan anak muda berkenaan supaya mereka tidak bersuara selepas ini? Adakah ini cara KIMMA mengelak daripada kritikan yang akan datang? Dan adakah pendapat anak muda tidak penting bagi KIMMA?

“Berdasarkan tindakan Ketua Penerangan KIMMA ini, jelas jawapan bagi soalan ini adalah ‘ya’. Dalam salinan laporan polis itu, Ketua Penerangan KIMMA menekankan bahawa kedua anak muda ini bukan ahli KIMMA dan tidak faham akan perlembagaan KIMMA,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Rabu lalu, Mohaideen Abdul Kadar membuat laporan di Balai Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur mendakwa, dua lelaki dalam video itu bukan ahli KIMMA dan telah dengan sengaja memprovikatif dan cuba memesong fakta parti itu kepada umum.

Dalam pada itu, Mohd Zulkifli mempersoalkan adakah KIMMA sedar, mereka adalah sebuah parti politik yang berasaskan kaum dan perlu berperanan sebagai wakil masyarakat dalam pemerintahan negara.

Jangan layan ‘tin kosong’ pemimpin pembangkang – Najmil Faiz

MGF22022018_KonvensyenPerdanaWadiraFELCRA12
Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba tidak perlu menghiraukan ‘tin kosong’ dalam kalangan pemimpin pembangkang yang hanya tahu menghentam usaha kerajaan mengekang penularan Covid-19 tanpa usul periksa.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, mereka mungkin tidak sedar bahawa Dr Adham bekerja siang dan malam setiap hari untuk memerangi Covid-19 di negara ini.

“Dia bukanlah ‘instafamous’ yang mencari populariti tetapi berkhidmat demi agama, bangsa dan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau menempelak tindakan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Seri Salahuddin Ayub yang mendesak Dr Adham meletak jawatan berikutan situasi terkini Covid-19 yang menyaksikan peningkatan melebihi 5,000 kes sejak kebelakangan ini.

Najmil Faiz seterusnya mempersoalkan sama ada Salahuddin mengelamun atau hanya bergantung kepada media sosial untuk menghentam sahaja tanpa usul periksa.

“Saya syor agar pemimpin tersebut rajin-rajinlah melihat Instagram, Facebook, televisyen, berita terkini Menteri Kesihatan sebelum menuding jari menghentam tanpa usul periksa,” sindirnya.

Beliau turut memaparkan media sosial rasmi Menteri Kesihatan iaitu @dr.adhambaba (Instagram) dan Dr. Adham Baba (Facebook) supaya pemimpin dan penyokong tegar Pakatan Harapan (PH) dapat membuka sedikit minda mereka.

Seperti yang dinyatakan oleh Najmil Faiz, antara inisiatif yang dilakukan oleh Dr Adham adalah:

Menubuhkan 213 pusat penilaian Covid-19 bagi memudahkan penilaian pesakit yang kuarantin di rumah.

Menjalankan kerjasama dengan pelbagai negara seperti Korea Selatan dalam mendapatkan sumbangan RT-PCR Covid-19.

Giat melakukan rundingan dengan syarikat pengeluar vaksin Covid-19.

Menghantar keperluan barangan kritikal untuk membendung Covid-19 di Sabah.

Melaksanakan Pelan Imunisasi Kebangsaan.

Membuka Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di kawasan yang dikenal pasti.

“Teruskan bekerja untuk rakyat YB Menteri Kesihatan. Tak perlu peduli dengan ‘tin kosong’ yang tidak menyumbang apa-apa,” katanya. – MalaysiaGazette

Umno: Dari singa gagah kepada tikus pemohon simpati, kata penganalisis

Oleh BORHAN AHMAD


Umno akan bertukar dari singa yang gagah kepada tikus yang memohon simpati menjelang pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis politik, Dr Prof Dr Mohd Tajuddin Mohs Rasdi (gambar) dalam tulisannya.
Ini kerana, tindakan Umno yang bermain-main dengan tindakannya mahu menyokong atau menarik balik sokongannya kepada Bersatu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya akan membunuh parti itu sendiri.

“Dengan menggunakan kuasa darurat, PN telah membeli masa yang sangat diperlukan untuk membeli ketua-ketua bahagian Umno untuk menyokongnya.

“Sebagaimana yang saya jangkakan sebelum ini, tekanan agar Zahid meletakkan jawatan semakin bergema,” tulis beliau melalui Sinchew semalam.

Bagi orang Umno, kata Prof Tajuddin, jeritan “Menjaga maruah Melayu dan Islam” boleh dibeli dengan wang, projek, darjah kebesaran, kedudukan dan Mercedes sahaja.

“Dengan Umno di bawah ketiaknya, Bersatu boleh mengawal bilangan besar kerusi Parlimen dengan Umno yang kedua tetapi mempunyai kerusi yang hanya sama dengan Pas sahaja.

“Umno yang merupakan singa sebelum ini akan menjadi tikus peminta sedekah sahaja,” kata beliau lagi.

Prof Tajuddin juga menyalahkan apa ang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak boleh bekerjasama untuk berbincang dan membentuk kerajaan.

“Pertelagahan bodoh PH telah menyebabkan kerja-kerja PN untuk meyakinkan Yang Dipertuan Agong lebih mudah.

“Siapa yang mempunyai pemikiran yang betul akan memberikan kepercayaan kepada Anwar untuk memerintah?” tanya beliau lagi dengan apa yang berlaku dalam PH sekarang.

“Selagi Anwar, Tun M dan Shafie bergaduh seumpama anjing merebut bayang-bayang tulang di dalam air, kesemua mereka akan lemas bersama-sama,” kata beliau lagi.

Sehubungan dengan itu, beliau maramalkan, jika keadaan ini tidak berubah, PN akan menang besar dalam pilihan raya umum akan datang. MALAYSIA DATELINE.

PKR gagal serah saman RM10 juta kepada Zuraida, kata peguam

Zuraida Kamaruddin umum keluar PKR pada Februari lalu.

KUALA LUMPUR: PKR masih belum dapat menyerahkan writ saman RM10 juta kepada bekas naib presidennya Zuraida Kamaruddin yang didakwa melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti.

Menurut peguam utama PKR William Leong, mahkamah dimaklumkan plaintif tidak dapat menyampaikan writ saman itu di kedua-dua alamat kediaman dan pejabat Zuraida.

“Pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 16 November ini,” kata Leong menerusi aplikasi WhatsApp selepas prosiding pengurusan kes itu di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi Nor Afidah Idris yang dijalankan menerusi e-review (dalam talian) hari ini.

Leong berkata, plaintif sudah menghantar pemakluman menerusi pos berdaftar kepada Zuraida memintanya melantik peguam untuk menerima writ saman tersebut bagi pihaknya.

“Kami dalam proses membuat janji temu untuk beliau menerima saman berkenaan. Pengurusan kes akan datang adalah untuk memaklumkan perkembangan terkini kepada mahkamah berhubung kes ini serta mendapatkan arahan selanjutnya,” kata Leong.

Saman itu difailkan oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail bagi pihak parti pada 2 Oktober lalu, mendakwa Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menandatangani suatu bon pada 25 April 2018 yang mengikat beliau untuk membayar RM10 juta kepada parti seperti dinyatakan dalam syarat dan terma bon itu.

PKR mendakwa Zuraida bersetuju untuk membayar sejumlah RM10 juta dalam tempoh selewat-lewatnya 7 hari sekiranya berlaku beberapa perkara, termasuk beliau keluar parti atau menyertai parti politik lain atau menjadi wakil rakyat bebas selepas menang pilihan raya atas tiket PKR.

Parti itu juga mendakwa pada 24 Februari, Zuraida dalam kenyataan bersama 10 lagi ahli Parlimen PKR, mengumumkan keluar parti tanpa melepaskan kedudukan sebagai ahli Parlimen Ampang, dan seterusnya membentuk blok baharu dikenali sebagai Perikatan Nasional (PN) dengan parti pembangkang lain termasuk Barisan Nasional, PAS dan Gabungan Parti Sarawak.

PKR berkata kerajaan persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) kemudian ditumbangkan oleh PN dan defendan dilantik sebagai menteri.

Pada tarikh sama, PKR mendakwa majlis pimpinan pusat parti meluluskan resolusi untuk memecat Zuraida daripada parti berkuat kuasa serta-merta dan mengeluarkan sijil bertarikh 24 Julai yang mengesahkan penamatan keahlian beliau.

Pada 7 Ogos, PKR mendakwa ia, menerusi peguam parti, mengeluarkan surat tuntutan meminta Zuraida membayar RM10 juta selaras dengan terma bon, namun parti mendakwa defendan gagal/enggan membayar jumlah itu, secara keseluruhan mahupun sebahagian.

Plaintif juga mendakwa ia berhak menuntut RM10 juta daripada defendan kerana beliau meletak jawatan sebagai ahli parti namun tidak sebagai ahli Parlimen Ampang, iaitu kerusi yang dimenanginya atas tiket parti, menggunakan logo, lambang, bendera, perkhidmatan dan sokongan parti, yang mana menyebabkan parti kehilangan manfaat dan kelebihan mempunyai ahli Parlimen di Dewan Rakyat dan menjadi sebahagian daripada kuasa eksekutif.

Plaintif berkata ia bersandar pada Seksyen 71 Akta Kontrak 1950 yang memberikannya hak untuk mendapatkan semula ganjaran dan faedah berjumlah RM2,049,459.20 yang dinikmati oleh defendan selepas dipilih sebagai calon parti pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan menjadi ahli Parlimen Ampang.

Sehubungan itu, plaintif memohon sejumlah RM12,049,459.20 menurut Seksyen 71 Akta Kontrak, merangkumi RM10 juta bawah bon dan RM2,049,459.20 bagi ganjaran dan faedah yang diterima defendan selaku ahli Parlimen serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bawah kerajaan PH dengan kadar faedah 5% setahun serta kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Bersatu, rapatkan jurang untuk kebaikan negara, kata Salleh

Salleh Said Keruak berkata dalam era normal baharu hari ini, rakyat lebih prihatin 
mengenai perkembangan politik tanah air yang boleh dianggap sebagai “mahkamah 
pendapat umum”.

PETALING JAYA: Bekas menteri persekutuan menggesa semua ahli politik bersatu dan merapatkan jurang perbezaan demi memastikan pemulihan ekonomi berjalan lancar.

Salleh Said Keruak yang juga bekas ketua menteri Sabah berkata, ia selaras titah Majlis Raja-Raja supaya semua pihak berhenti bermain politik dan menumpukan kepada usaha menangani krisis Covid-19.

“Ini bermakna setiap orang perlu bekerjasama dan memastikan Belanjawan 2021 boleh dilaksanakan dan berupaya untuk mengurangkan atau lebih baik, menamatkan kesengsaraan rakyat.

“Inilah yang dituntut oleh Majlis Raja-Raja dan ini juga yang dimahukan oleh rakyat. Inilah yang kita sepatutnya lakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dalam era normal baharu hari ini, rakyat lebih prihatin mengenai perkembangan politik tanah air yang boleh dianggap sebagai “mahkamah pendapat umum”.

“Kini, ahli politik perlu lebih berhati-hati dengan percakapan dan tindakan masing-masing.

“Hanya 1 silap langkah dan rakyat akan meminta mereka meletak jawatan. Hari ini, bukannya mudah untuk ahli politik tersilap langkah dan terlepas daripada kritikan rakyat,” katanya.

Hannah, Fahmi jangan kelirukan rakyat – Najmil

MGF22022018_KonvensyenPerdanaWadiraFELCRA12
Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris

KUALA LUMPUR – Dua ahli parlimen pembangkang, Hannah Yeoh dan Fahmi Fadzil digesa tidak mengelirukan rakyat berhubung isu arahan ujian calitan di kondominium dalam kalangan penyewa warga asing.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menetapkan tiada arahan mewajibkan penyewa termasuk warga asing atau pelawat melakukan ujian cakitan untuk memasuki apartmen.

Tegas beliau, ini maknanya tiada keperluan untuk melakukannya walaupun warga asing itu adalah tanggungjawab majikan jika mereka bekerja dan atas diri mereka sendiri.

“Hannah Yeoh dan Fahmi Fadzil faham atau tidak, siapa yang bertanggungjawab ke atas warga asing sepanjang mereka berada di Malaysia?

“Saya ingin tekankan di sini, takut Hannah yeoh dan Fahmi Fadzil lupa. Apabila kedua-dua ahli parlimen PH ini mempersoalkan keperluan swab test Covid-19 terhadap penyewa kondominium terutamanya warga asing.

“Adakah Hannah Yeoh dan Fahmi Fadzil cuba merumitkan tugas Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)? Dengan meletakkan tanggungjawab menjaga warga asing ke atas kerajaan sedangkan warga asing itu adalah tanggungjawab majikan jika mereka bekerja dan diri mereka sendiri.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menetapkan tiada arahan mewajibkan penyewa termasuk warga asing atau pelawat melakukan swab test untuk memasuki apartmen, maknanya tiadalah keperluan.

“Hormatilah keputusan MKN. Jangan mewujudkan kekeliruan pada rakyat, seperti kata pepatah melayu ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah kelaparan’,” katanya di Facebook hari ini.

Semalam, Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, tiada arahan dari MKN mewajibkan penyewa termasuk warga asing atau pelawat melakukan ujian calitan untuk memasuki apartmen, kondominium atau perumahan tertutup.

Namun katanya, kawasan perumahan, kondominium dan apartmen tertutup adalah kawasan persendirian yang mana pengurusan boleh membuat peraturan di dalam kawasan mereka.

Malah beliau berkata, mereka boleh membuat peraturan menyekat pelawat, contohnya di Sarawak, orang luar tidak dibenarkan melawat rumah panjang.

Hannah dilaporkan telah mendesak kerajaan supaya tidak membuat pengumuman yang akan menyusahkan orang ramai.

Katanya, Ismail Sabri tidak sepatutnya membuat keputusan yang akan mendiskriminasi pemilik atau penyewa rumah sama ada warga Malaysia atau asing. – MalaysiaGazette

PEMBERITAHUAN:

 BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA DALAM ' DIALOG RAKYAT

Parti Muda gesa kuasa kementerian serah kepada KP Kesihatan

Shawaliah Hadir

Logo-Parti-Muda-170920

KUALA LUMPUR – Parti Muda menggesa supaya bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diserahkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Parti itu mendakwa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan timbalannya gagal menjalankan tugas.

Justeru parti itu menggesa agar Adham dan timbalannya melepaskan jawatan agar dapat menjimatkan kos gaji.

“Muda memanggil untuk barisan Kabinet dikecilkan dengan memecat khususnya menteri-menteri yang tidak berfungsi dan menyerahkan tugas kepada penjawat awam untuk operasi pengurusan harian sepanjang tempoh darurat ini.

“Bermula dengan Adham Baba selaku Menteri Kesihatan serta dua timbalannya dengan menjimatkan kos gaji menteri serta timbalannya dan semua pegawai-pegawai lantikan politik, dan menyerahkan bidang kuasa tugas kepada Ketua Pengarah Kesihatan,” kata Parti Muda menerusi kenyataan hari ini.

Parti itu berkata demikian susulan perkembangan semasa kes Covid-19 mencapai angka 5, 725 semalam.

Parti itu turut menyifatkan negara tidak berjaya menggunakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan untuk melandaikan keluk penularan wabak berkenaan.

“Malaysia gagal mengekang penularan pandemik ini walaupun telah melaksanakan PKP melebihi dua minggu,” tambah parti itu.-MalaysiaGazette

Profesor ke laut, lebih baik bubar saja Majlis Profesor Negara – Exco Pemuda

faiz
Muhammad Faiz yang menang "top five" jawatan Exco Pemuda, menunjukkan "porche" yang digunakan untuk aktiviti harian dan ke mesyuarat parti.

KUALA LUMPUR – Tuduhan melulu seorang Felo Majlis Profesor Negara, kononnya hasil kajian beliau mendapati 99 peratus Ecxo Pemuda UMNO adalah jutawan, mendapat reaksi pemimpin sayap parti itu.

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Muhammad Faiz Hashim menyindir Prof. Dr. Muhammad Asri Mohd Ali dengan menunjukkan kereta miliknya model Proton Saga yang digunakan beliau dalam urusan harian termasuk ke mesyuarat parti.

“Inilah kereta “porche” saya dan dengan “porche” inilah saya pergi mesyuarat Pemuda UMNO.

“Seramai lebih 200 bertanding jawatan Exco Pemuda, saya menang top lima undian tertinggi tanpa berkempen menggunakan wang ringgit untuk membeli undi,” katanya dengan nada sindir dan sinis kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Beliau membidas kenyataan Prof. Dr. Muhammad Asri yang mendakwa, kajiannya pada tahun 2002 menunjukkan ramai pemimpin muda UMNO bertaraf jutawan.

Moderator bual bicara ‘Minda Profesor Negara Mengenai Masa Depan Malaysia: Ke mana Kita” itu juga mendakwa, Exco Pemuda UMNO tidak mampu memegang jawatan tertinggi parti tanpa menggunakan wang.

Menurut Muhammad Faiz, Muhammad Asri tidak boleh melihat kepimpinan dahulu dengan sekarang, yang mana Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berusaha bersungguh-sungguh memutihkan barisan kepimpinan dari terpalit dengan kekayaan ketika di era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Saya satu sen pun tak guna duit ketika berkempen, dan kebanyakan Exco Pemuda hidup sederhana, bukan bermewah dengan kekayaan sebagaimana didakwa oleh profesor, yang seperti mabuk ketum apabila membuat tuduhan melulu.

“UMNO dan Pemuda di zaman sekarang hendak bangkit semula dengan mencari pemimpin yang betul-betul bekerja untuk parti, orang Melayu dan rakyat.

“Inilah kejayaan yang dicapai oleh tiga kepimpinan terdahulu selepas Dr. Mahathir, iaitu bermula dari Tun Abdullah Ahmad Badawi, kemudian diganti Datuk Seri Najib Tun Razak dan disambung Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,” katanya.

Oleh itu, kata Muhammad Faiz, kajian yang dibuat oleh felo berkenaan langsung tidak boleh diterimapakai, kerana hasilnya adalah dapatan 18 tahun lalu, bukan dapatan terkini.

“Anda langsung tak layak menjadi profesor, apatah lagi menjadi moderator pun cara anda kendalikannya ke laut.

“Elok bubarkan saja Majlis Profesor Negara kalau begini contoh profesor yang dilahirkan. Memalukan rakyat Malaysia dengan kualiti profesor seperti ini,” katanya. – MalaysiaGazette

SOP PKP longgar tapi kompaun mahu dinaikkan, kata Puad

MGF17072017_Majlis-Mesra-Aidilfitri-JASA_11
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mempersoalkan tindakan kerajaan yang mahu meningkatkan kompaun dan denda kepada individu dan syarikat yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sedangkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) longgar.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, apabila pelaksanaan PKP longgar, memanglah SOP tidak dihormati.

”Menteri pula umum kompaun dan denda bagi individu atau syarikat yang gagal mematuhi SOP dan PKP akan dinaikkan. PKP longgar tetapi rakyat mahu didenda tinggi. Bila PKP longgar, memanglah SOP tidak dihormati,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Katanya, kalau kerajaan mahu mengambil tindakan tegas, maka banyak kerja dan petugas perlu dikerah untuk memantau.

“Tak ada kojo cari kojo. Ada kojo tercongang-congang,” ujarnya yang turut mempersoalkan tentang keputusan kerajaan membuka semula pasar tani hingga SOP diabaikan sedangkan masjid dan surau tetap tutup kepada orang awam.

”Kenapa tidak buka macam shopping mall dan yang lain-lain buka?

”Betullah apa yang DS Najib tanya. PKP ini untuk apa? Saya tambah, “darurat” pun untuk apa? Apakah PKP jadi alasan untuk minta darurat politik dan gantung Parlimen?,” soalnya.

Baru-baru ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kompaun dan denda bagi kesalahan individu atau syarikat yang gagal mematuhi SOP PKP akan dinaikkan dalam Ordinan Darurat.

Katanya, kerajaan sedang menggubal hukuman lebih berat melalui ordinan berkenaan berikutan masih ramai yang gagal mematuhi SOP mengekang penularan COVID-19 ketika ini.

Jelas Ismail Sabri, melalui pelaksanaan Ordinan Darurat tersebut, individu yang dihadapkan ke mahkamah akan dikenakan denda yang lebih tinggi berbanding sekarang. – MalaysiaGazette

Jika lemah sudah lama UMNO ditalkinkan – Zahid Hamidi

MGF23112020_OWHMG-ZAHID06
Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Kepimpinan UMNO tidak lemah, malah panji-panjinya terus berkibar dengan semangat dan iltizam baharu, kata Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, jika ia lemah, sudah lama parti itu ditalkinkan, iaitu selepas kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Jika pemimpin UMNO lemah, selain ditalkinkan, sudah lama UMNO ‘dimuziumkan’ dalam gaung paling dalam tanpa seutas tali untuk bangkit semula.

“Jelasnya tidak. UMNO tidak mengalah. Panji-panjinya terus berkibar dengan semangat baharu.

“Pemimpin UMNO di pelbagai peringkat iaitu pusat, negeri, bahagian dan cawangan terus setia, bertahan serta menggasak,” katanya dalam kenyataan semalam.

Baru-baru ini, Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya (UM), Dr. Mohammad Tawfik Yaakub dilaporkan berkata, langkah keluar parti oleh pemimpin UMNO sebelum ini membuktikan kelemahan presiden dalam kepimpinannya.

Penganalisis politik itu berkata, beliau yakin ahli UMNO mempunyai pandangan yang cukup berbeza dari ahli politik yang lain, kerana mereka yakin parti itu dapat menjadi wadah kepada orang Melayu.

Bagaimanapun, beliau berpandangan, apabila UMNO ditadbir oleh seorang presiden yang lemah, inilah kali pertama dalam sejarah parti itu, seorang presiden yang tidak akan menjadi Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, biarpun depan mata menyaksikan ramai sahabat perjuangan bertempiaran menyelamatkan diri, tetapi masih ramai pemimpin meneruskan perjuangan berbekalkan iltizam dan semangat kebenaran menentang fitnah kezaliman adu domba tanpa gentar.

“Alhamdulillah, kini UMNO semakin jauh kehadapan. Jauh daripada tebing nan mendukacitakan.

“Terima kasih semua. Perjuangan agama, bangsa dan negara tidak pernah luntur, kerana itu kita tidak goyah dan masih di sini.

“Kita bersama teruskan momentum UMNO. Kita teruskan pelayaran ini. Kepada Allah kita bertawakal,” katanya. – MalaysiaGazette

Apa status video intim dikaitkan dengan Azmin, tanya AMK

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Pemuda PKR (AMK) meminta Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menjelaskan status terkini siasatan pihak berkuasa terhadap isu rakaman video intim yang didakwa membabitkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali.

Kenyataan AMK itu dibuat sehari selepas Azmin dilaporkan berkata, "amalan seksual yang tidak bermoral" yang didakwanya dilakukan Anwar Ibrahim menjadi punca dia hilang kepercayaan terhadap presiden PKR itu.

"Saya ingin bertanya kepada ketua polis Negara: apakah status kes itu kini?

"Setahun berlalu, adakah polis masih gagal menemui sebarang bukti untuk mengesahkan identiti pelaku?" soal Naib Ketua AMK Kebangsaan Syed Badli Shah Syed Osman dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Azmin dalam pernyataan pembelaan berhubung saman yang difailkan 10 pengundi Gombak memberitahu hilang kepercayaan terhadap Anwar merupakan salah satu sebab dia meninggalkan PKR dan menyertai Bersatu.

Dalam pembelaan yang difailkan itu Azmin berkata Anwar langsung tidak berkelayakan dan bukan orang yang sesuai untuk memimpin PKR serta menjadi perdana menteri Malaysia.

Syed Badli berkata Azmin tidak layak menuduh orang lain dengan dakwaan tidak bermoral sedangkan dia sendiri dikaitkan dengan pelbagai masalah moral.

"Pengkhianatan terhadap PKR dan pengundi Gombak adalah salah satu bukti yang dia bukan manusia yang bermaruah.

"Malahan sehingga ke hari ini Azmin masih gagal menafikan, bahkan tiada langsung sebarang usaha untuk membersihkan namanya yang terkait dengan skandal video seks luar tabii yang tular sebelum ini," katanya.

Untuk rekod, pada 2019 Azmin dikaitkan dengan skandal seks luar tabii apabila muncul klip video memaparkan dua lelaki dalam sebuah kamar hotel tersebar.

Namun Azmin menafikan tuduhan berkenaan dan menganggap penyebaran itu sebagai usaha menjatuhkan karier politiknya dalam PKR.

Tahun lalu, Abdul Hamid berkata siasatan terhadap video seks tersebut tidak dapat diteruskan di atas faktor teknikal.

Kata Syed Badli Shah walaupun siasatan kes berkenaan tidak dapat diteruskan kerana faktor teknikal, tidak bermakna ia sudah ditutup sebaliknya boleh dibuta semula dengan adanya bukti baru.

PAS 'mungkin membantu' selamatkan jawatan Thomas

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

PAS mungkin berperanan menyelamatkan tugasnya sebagai peguam negara selepas perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad tiba-tiba memintanya berundur.

Menurut Thomas, sehari selepas dilantik menjadi peguam negara pada Jun 2018 Mahathir menyuarakan hasratnya untuk melihat dia meletak jawatan kesan daripada reaksi orang Melayu.

Dalam kata pengantar bukunya Thomas berkata selepas bergelut untuk menulis kenyataan media bagi mengumumkan peletakan jawatannya, dia meminta Mahathir menangani kenyataan itu dan dipersetujui ahli parlimen Langkawi terbabit.

Bagaimanapun katanya Mahathir menukar fikiran pada malam itu.

"Nampaknya satu kenyataan dikeluarkan PAS pada malam tersebut yang menyatakan mereka tidak membantah pelantikan saya - terutama kerana saya pernah mewakili kerajaan PAS Terengganu dan Kelantan dalam isu tuntutan bayaran royalti minyak ke atas Petronas - mengejutkan Tun (Mahathir)," katanya.

Walaupun nampak ada tanda positif, kata Thomas, dia tidak mahu terlalu berharap.

Ia adalah antara apa yang diceritakan Thomas dalam memoirnya yang baru diterbitkan berjudul Justice in the Wilderness.

Pendirian berubah selepas dilantik

Selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) menguasai Putrajaya hasil PRU ke-14 pada 2018 gabungan itu melakukan beberapa perubahan institusi termasuk melantik orang baru mengisi jawatan peguam negara.

PAS asalnya membantah pelantikan Thomas namun menukar pendirian mereka selepas ia diumum Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Muhammad V.

Kenyataan itu dikeluarkan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan yang kini dilantik Muhyiddin Yassin menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Selepas semalaman, kata Thomas, dia menerima panggilan telefon daripada Mahathir pada jam 7.30 pagi dan memberitahu dia menukar fikiran.

Kata Thomas Mahathir meminta dia menerima jawatan tersebut.

Menurut Thomas, walaupun pada awalnya Mahathir berbelah-bahagi namun pengerusi PH ketika itu memberikan jaminan untuk menyokong penuh pelantikan berkenaan.

"Saya terhutang budi kepada mereka yang memberikan keyakinan - dan mereka tahu siapa mereka - yang bersungguh-sungguh mendapatkan pelantikan saya.

"Agak ironi, PAS juga mungkin menyumbang kepada pelantikan saya dengan kenyataan yang tepat pada masa," katanya.

Pun begitu dalam memoir sama Thomas kemudian mendakwa PAS kemudian berubah dan mereka berbohong mengenai DAP serta memainkan pelbagai isu dengan sentimen perkauman.

Dua hari sebelum angkat sumpah

Selepas pelantikan sebagai peguam negara, kata Thomas, pandangan PAS kepadanya juga memburuk.

Selepas berlaku ketidaktentuan politik ekoran Langkah Sheraton pada akhir Feb tahun lalu, Thomas berkata, peletakan jawatannya adalah satu daripada dua syarat diletakkan Umno dan PAS untuk bekerjasama dengan Mahathir.

Satu lagi syarat yang diletakkan, katanya, ialah agar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng diketepikan daripada jawatan sebagai menteri kewangan.

Untuk rekod ketika itu Mahathir cuba membentuk kerajaan perpaduan yang merentasi sempadan parti.

"Kata Tun mereka sangat marah dengan keputusan saya menggugurkan semua tuduhan ke atas suspek LTTE (Harimau Pembebasan Tamil Eelam).

"Kata mereka, ia adalah keputusan rasis di pihak saya. Justeru kata Tun saya perlu berundur.

"Kata Tun dia tidak akan menyambung kontrak saya apabila tamat pada Jun 2020, iaitu kira-kira tiga bulan kemudian. Dia yakin Umno dan PAS akan bersetuju dengan tarikh itu," katanya.

Thomas akhirnya meletak jawatan sebagai peguam negara pada 28 Feb 2020.

Kata Thomas tindakan itu dibuat kerana Mahathir mahu dia berundur ketika ahli politik veteran itu masih menjadi perdana menteri - suatu keadaan yang diyakini akan berubah dalam tempoh yang singkat.

Ia terbukti benar apabila dua hari selepas peletakan jawatan itu Muhyiddin pun mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Kes baharu COVID-19 terus meningkat, MUDA desak menteri tidak berfungsi dipecat

Astro Awani
Kes baharu COVID-19 terus meningkat, MUDA desak menteri tidak berfungsi dipecat
MUDA mencadangkan agar Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham 
Baba, Timbalannya Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Datuk Aaron Ago 
Dagang serta semua pegawai lantikan politik ditamatkan perkhidmatan. 
- Gambar FB MUDA
 
KUALA LUMPUR: Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mendesak agar menteri-menteri yang tidak berfungsi dipecat untuk menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan.
 
Dalam satu kenyataan, MUDA membuat desakan itu ekoran peningkatan kes baharu COVID-19 yang didakwa mereka akibat daripada kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
 
MUDA menegaskan, darurat yang diisytiharkan dilihat tidak meringankan beban rakyat kerana masih perlu menjelaskan segala tanggungjawab kewangan dan kehilangan sumber rezeki.
 
"Lebih tidak masuk akal ialah deklarasi darurat yang menggantung semua institusi demokratik negara, namun tiada seorang anggota kabinet pun yang melepaskan jawatan untuk diserahkan bidang tugas kepada penjawat awam.
 
"Dalam darurat ini rakyat masih perlu membayar hutang bank, melunaskan semua tanggungjawab kewangan dan menanggung kehilangan sumber rezeki. Pada masa yang sama bagi Menteri dan Timbalan semua jawatan dan keistimewaan dikekalkan.
 
"Daripada asyik meminta untuk rakyat berubah menyesuaikan diri dengan norma baharu, tiba masanya untuk barisan kepimpinan kabinet pula berubah dan menyesuaikan diri dengan norma baharu melalui kepimpinan melalui tauladan," kata parti yang diasaskan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
 
MUDA mencadangkan agar Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, Timbalannya Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Datuk Aaron Ago Dagang serta semua pegawai lantikan politik ditamatkan perkhidmatan.
 
Parti yang belum diluluskan pendaftarannya itu menjelaskan, tugas-tugas menteri-menteri yang tidak berfungsi itu boleh diserahkan kepada penjawat awam.
 
"MUDA memanggil untuk barisan kabinet dikecilkan dengan memecat khususnya menteri-menteri yang tidak berfungsi dan menyerahkan tugas kepada penjawat awam untuk operasi pengurusan harian sepanjang tempoh darurat ini.
 
"Bermula dengan Adham Baba selaku Menteri Kesihatan serta dua Timbalannya dengan menjimatkan kos gaji menteri serta timbalannya dan semua pegawai-pegawai lantikan politik, dan menyerahkan bidang kuasa tugas kepada Ketua Pengarah Kesihatan," kata MUDA lagi.

Sebanyak 5,728 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan ia jumlah kes baharu tertinggi pernah dicatatkan setakat ini.
 
BACA: COVID-19: 5,728 kes baharu, Selangor tertinggi dengan 3,285 kes
 
Selangor masih mencatat angka tertinggi dengan 3,285 kes, sementara 13 lagi kes kematian telah direkodkan.
 
Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan jumlah kes sembuh baru adalah 3,805 kes sementara jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 161,527 kes (77.04 %).

ADUN PKR putar belit untuk kepentingan politik peribadi - Sivarraajh

Astro Awani
ADUN PKR putar belit untuk kepentingan politik peribadi - Sivarraajh
Sivarraajh turut berpesan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) 
Hulu Kinta itu supaya tidak menggunakan isu keagamaan untuk mengaut 
keuntungan politik. - Astro AWANI
 
KUALA LUMPUR: Naib Presiden MIC, Datuk Sivarraajh Chandran menyanggah kenyataan Ketua Penerangan PKR, Muhammad Arafat Varisai Mahamad berhubung isu pergerakan pedati sempena sambutan Thaipusam di Pulau Pinang dan Kedah.
 
Menerusi laporan media sebelum ini, Arafat mendakwa Sivarraajh sengaja mengelak dan tidak memberi jawapan tepat terutamanya berhubung pendirian parti ketika diasak isu berkenaan.
 
Bahkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta itu mengatakan seolah-olah parti kaum India terbesar itu ‘dikawal’ oleh Pas di Kedah dan pusat kerana takut hilang kedudukan dalam kerajaan.
"MIC tidak perlu dan tidak akan takut dengan siapa-siapa.
 
"Kerjasama antara MIC dan Pas biar melalui Muafakat Nasional atau Perikatan Nasional tidak bermaksud MIC akan atau perlu berdiam apabila tindakan mana-mana pemimpin dalam gabungan tersebut bersifat tidak menghormati dan tidak adil terhadap masyarakat India.
 
"Jika sesebuah tindakan itu tidak menghormati masyarakat India, MIC akan tetap bersuara - tak kira kawan ataupun lawan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
 
BACA: Isu Thaipusam: Kenapa MIC 'takut' dengan Pas? - Muhamad Arafat
 
Tegasnya, tidak timbul isu MIC takut kepada Pas kerana beberapa pemimpin MIC juga lantang mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara itu baru-baru ini.
 
“Tan Sri SA Vigneswaran sendiri telah menyatakan MIC sukar untuk kerjasama dengan Pas di Kedah.
 
“Timbalan Presiden MIC - YB Datuk Seri M Saravanan juga telah mendesak kepimpinan Pas supaya sekolahkan Sanusi supaya belajar menghormati sensitiviti keagamaan melalui satu kenyataan pada 21 Januari 2021.
 
“Tidak cukup dengan itu, pelbagai lagi kenyataan mengkritik tindakan Sanusi di Kedah secara terbuka telah pun dikeluarkan oleh kepimpinan MIC di semua peringkat. Jadi apa yang Arafat cuba maksudkan dengan MIC takut dengan Pas?” soal beliau.
 
Dalam pada itu, Sivarraajh menyatakan beliau pelik dengan sikap Arafat yang tiba-tiba ambil peduli perihal Pas dan MIC.
 
“Apabila Pakatan Harapan (PH) memerintah, tidak pernah sekali pun saya lihat beliau keluarkan sebarang kenyataan menegur kepimpinan Pakatan Harapan biarpun pelbagai tindakan mereka menyusahkan rakyat mahupun kepimpinan parti beliau.
 
“Tidak pernah pun saya lihat Arafat menegur Tun Dr Mahathir Mohamad biarpun Tun Dr Mahathir tidak tunaikan janji untuk menjadikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
 
“Tidak pernah pun saya lihat Arafat menegur Menteri Pakatan Harapan yang bertindak salah termasuk menipu soal kelayakan akademik, menipu soal manifesto, memotong pelbagai bantuan rakyat terbanyak dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
 
Beliau turut berpesan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta itu supaya tidak menggunakan isu keagamaan untuk mengaut keuntungan politik.

Sabtu, 30 Januari 2021

Hadi Awang adalah syaitan yang sebenar kata Siti Kasim

SUARA TV

Kuala Lumpur – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai sedang berkhayal dan disarankan untuk segera berjumpa dengan pakat sakit jiwa.

Peguam, Siti Zabedah Kasim melalui laman Facebook turut menyifatkan Abdul Hadi sebagai syaitan yang sebenar.

“Agak-agak siapa yang syaitan dalam pernyataan Hadi Awang nih? I simply cannot compute what he’s saying. Melayu tak register pasal kena rasuk penjajah? Bukan Islam nak rampas politik?

“Saya rasa dia perlu pergi berjumpa dengan pakar sakit jiwa kerana menghadapi masalah khayalan. Ia sangat membimbangkan kerana beliau berada di dalam kerajaan. Bayangkan kerosakan yang telah dilakukan dan akan dilakukan sekiranya tidak dibaiki,” katanya memetik kenyataan tersebut.

Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Siti Kasim turut melabel Ahli Parlimen Marang itu sebagai hipokrit yang menunggang agama untuk kuasa dan kekayaan.

“Wahai Hadi, biar saya terangkan beberapa fakta mudah:

“1. Saya bersetuju kebencian melalui politik di negara ini berlaku kerana masyarakat terpengaruh dengan syaitan yang bertopengkan manusia – syaitan tersebut adalah orang seperti anda. Hipokrit yang menunggang ugama untuk kuasa dan kekayaan.

“2. Minoriti tak ada masa nak ambik kuasa majoriti. Mereka hanya mahu tinggal dimana orang seperti anda tidak melayan mereka seperti ‘second class citizens’. Bilamana kamu mempengaruhi masyarakat untuk membenci golongan minoriti hanya kerana kamu mahukan kuasa.

“Saya rasa kamu (Hadi) sepatutnya diam. Kami masih belum lupa mengenai ‘Amanat Hadi’ yang ditulis oleh syaitan yang sebenar,” katanya lagi.

Terdahulu Hadi berkata masyarakat Melayu disifatkan bangsa paling lemah mendaftar sebagai pengundi kerana sering dimomokkan dengan banyak anasir antaranya politik adalah kotor. – SUARATV

Ahli lebih 50,000, Bersatu mahu tanding lebih banyak kerusi di Kedah


ALOR SETAR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kedah berhasrat kekal bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pada masa sama, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Kedah, Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah berkata, pihaknya juga mahu bertanding di beberapa kawasan DUN dan Parlimen baharu yang berpotensi mencapai kemenangan.

Beliau berkata, pada masa ini, parti itu telah mengenal pasti kawasan-kawasan yang ditandingi Bersatu pada pilihan raya umum tersebut.

Malah, tambahnya, calon-calon berkelayakan untuk bertanding di kawasan berkenaan telah kenal pasti dan sedang dianalisis sebelum diserahkan kepada pucuk pimpinan parti.

“Saya percaya agihan kerusi melibatkan rakan-rakan dalam Perikatan Nasional (PN) di Kedah mencapai kesepakatan yang baik bagi menjamin kemenangan besar.

“PN Kedah mengadakan perbincangan awal mengenai agihan kerusi dan beberapa siri perbincangan diadakan lagi selepas ini antara Bersatu, Pas dan UMNO,” katanya ketika dihubung Utusan Malaysia, semalam.

Pada PRU-14 lalu, Bersatu Kedah memenangi lima kawasan DUN dan tiga kawasan Parlimen.

Sementara itu, jumlah keahlian parti itu di negeri ini pula lebih 50,000 orang.

Bagaimanapun, Mohd. Suhaimi tidak mahu mendedahkan jumlah kawasan yang mahu ditandingi Bersatu kerana masih terlalu awal dan masih di peringkat rundingan lagi. – Utusan

PEMBERITAHUAN:

BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA DALAM ' DIALOG RAKYAT

Pejuang perlu dapat restu PH guna lambang Amanah, kata Mahfuz

mykmu.net.


Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar berkata, Pejuang tidak boleh menggunakan lambang parti itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tanpa persetujuan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, prinsip itu jelas kerana Amanah sebahagian daripada PH.

“Amanah tetap berpegang kepada prinsip kita sebahagian daripada PH, sebarang penggunaan logo dan sebagainya mesti ditentukan PH. Sebagai contoh, PRU lalu kita setuju guna lambang PKR, selepas kita menang PRU, kita guna logo PH bertanding dalam setiap pilihan raya kecil, jadi prinsip kita jelas hanya satu logo saja perlu digunakan.

“Kalau contohnya PH kata kita guna logo PH, bermakna logo Amanah tidak boleh diguna dalam PRU, termasuk Amanah sendiri atau mana-mana pihak. Mana mungkin kita buat keputusan dalam PH guna lambang PH, tiba-tiba kita nak berikan logo kita diguna pihak lain, mana boleh?” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian selepas Timbalan Presiden protem Pejuang, Marzuki Yahya mengesahkan parti itu mungkin menggunakan lambang Amanah pada PRU15, jika pendaftarannya tidak diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Susulan itu, kumpulan penyokong Presiden PKR, Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, hubungan setiakawan Amanah dalam PH akan “putus” jika parti serpihan PAS itu bersetuju membenarkan Pejuang yang diketuai Dr Mahathir Mohamad menggunakan lambang mereka pada PRU15.

Mahfuz berkata, kenyataan berhubung lambang Amanah itu dibuat pemimpin Pejuang, bukannya Amanah dan sehingga kini parti itu tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada Pejuang berhubung perkara itu.

“Semua pihak perlu memahami, baik Otai atau sesiapa saja, antara kenyataan dibuat Pejuang dengan keputusan dibuat oleh Amanah, itu berbeza.

“Keputusan daripada Amanah tiada lagi, jadi janganlah kegelisahan dalam kalangan rakan-rakan semua tentang soal ini. Tak ada keputusan pun, malah tak ada permohonan secara rasmi, bertulis dari mana-mana pihak yang nak guna lambang Amanah.”

Beliau menegaskan prinsip Amanah ialah tetap bersama PH dan semua pihak perlu bersatu jika mahu menang pada PRU15.

“Yang penting penyatuan pembangkang menghadapi musuh sama, jangan ada pertembungan sesama sendiri.

“Kalau kita bersaing melawan sesama sendiri, melawan musuh dan akhirnya musuh akan terus kuat,” katanya sambil berharap semua pembangkang, termasuk kumpulan Mahathir bersetuju menggunakan satu lambang ketika PRU. FMT

PAS, kerajaan bergerak seiring – PJ Kedah

HARAKAH DAILY

ALOR SETAR: PAS dan kerajaan bergerak seiring dan tidak sesekali terpedaya dengan permainan “nakal” pihak tidak bertanggungjawab.

Demikian ulas Pesuruhjaya PAS Kedah, Senator Ustaz Ahmad Yahaya, berikutan tularnya poster kononnya jawatan Menteri Besar Kedah akan diambil alih oleh orang lain.

“Prestasi beliau (MB Kedah) terbaik. PAS Kedah berpuas hati dengan pimpinannya.

“Jauh lebih baik dari Pakatan Harapan (PH) 22 bulan dahulu,” jelas Ustaz Ahmad kepada Harakahdaily, hari ini.

Menurutnya, spekulasi “nakal” seumpama itu dilihat hanya cubaan mencetuskan naratif negatif terhadap kepimpinan Menteri Besar Kedah.

Sebaliknya, rakyat Kedah berbangga dengan prestasi Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang berjaya menyelesaikan banyak perkara untuk pembangunan negeri itu.

“Rakyat, pimpinan kerajaan, PAS dan PN tidak terpedaya dengan permainan seumpama ini,” tambah Ahli Dewan Negara itu lagi.

Baru-baru ini, laporan portal Malaysia Dateline bertajuk “Takiyuddin disebut bakal ganti Sanusi sebagai MB Kedah” dipetik dari sumber tanpa dinamakan bahawa ada usaha sedang dibuat bagi menggantikan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dengan Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato’ Takiyuddin Hassan.

Sumber itu berkata, paling lewat selepas pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS Pusat menafikan perkara itu.

“Pihak PAS khususnya PAS Pusat amat berpuas hati dengan prestasi dan kerjasama yang ditunjukkan oleh Sanusi,” kata Takiyuddin seperti dipetik dari media tempatan berkaitan hal terbabit. – HARAKAHDAILY