HALAMAN SANTAI

Ahad, 31 Januari 2016

'Negara perlu menteri bijak, bukan 'tampung' poket sendiri'

'Negara perlu menteri bijak, bukan 'tampung' poket sendiri'
Tunku Ismail - Foto Facebook Johor Southern Tiger


SHAH ALAM - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan negara ini memerlukan menteri bijak yang boleh berkhidmat untuk rakyat bukannya untuk menampung poket sendiri.

Perkara itu disuarakan dalam satu kenyataan di Facebook Johor Southern Tigers, semalam yang ditegaskannya demi rakyat tanpa ada kepentingan peribadi dan nasihat itu dibuat kerana beliau mengambil berat terhadap keadaan politik negara.

“Dengan rendah diri, saya ingin memberi nasihat untuk kerajaan, langkah pertama dalam usaha menambah baik sistem adalah dengan mengeluarkan beberapa menteri yang dianggap sebagai bahan jenaka.

“Negara kita memerlukan menteri bijak yang boleh berkhidmat kepada rakyat, bukan berkhidmat untuk menampung poket mereka sendiri. Saya berdoa agar keadaan dan kesedaran politik di negara ini akan diperbaiki untuk manfaat rakyat,” katanya.

Dalam kenyataan sama, beliau berjanji akan terus bersuara untuk rakyat demi menjadikan negara ini tempat lebih baik bukan untuk mencetuskan ketegangan dengan Kerajaan Persekutuan.

“Kerana ia adalah tugas dan tanggungjawab saya sebagai Tunku Mahkota untuk berkhidmat kepada rakyat Johor. Saya amat menjaga kebajikan rakyat Johor dan juga rakyat Malaysia yang lain.

“Terdapat beberapa pihak yang cuba sedaya upaya untuk mendiamkan saya. Tetapi berada di kedudukan saya, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyuarakan pendapat ikhlas saya untuk kebaikan negeri tercinta dan juga negara,” katanya.

Baginda menambah, baginda bukan seorang ahli politik dan tidak perlukan sebarang undi.

"Saya hanya seorang putera yang sayangkan rakyat dan apa yang saya katakan atau lakukan adalah untuk kesejahteraan mereka,” katanya.


Fadhli seperti anak masih dalam susuan ibu

Husam Musa
Husam Musa


KOTA BHARU - Adun Salor, Datuk Husam Musa menyifatkan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Fadhli Shaari tidak memahami isu dengan mengumpamakan anak kecil yang belum lepas susuan ibu.

Malah, Husam mendakwa ketua pemuda Pas  itu gagal menarik minat anak muda yang kritis dan juga gagal mempamirkan sikap pemuda Islam yang menilai sesuatu berdasarkan neraca kebenaran dan bukannya asabiyyah kelompok.

“Pemuda Pas Kelantan seolah anak kecil yang belum lepas susuan dan berteriak takut-takut botol susuannya tidak bersambung, saya hairan, jika Fadli berani, kenapa beliau tidak hadir mewakili Kerajaan Negeri dalam forum itu,” katanya.

Husam  berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Fadli yang mahu beliau meletakkan jawatan sebagai Adun Salor dan Yang Dipertua Pas Kubang Kerian.

Husam berkata, apa yang dinyatakan beliau dalam forum itu  adalah  konsep akauntabiliti apabila seseorang pemimpin perlu memikul kesan kegagalan tindakannya.

Katanya, apa yang  lebih merumitkan apabila tindakan itu diambil secara bersendirian dan tidak dirujuk pada organisasi.

Menerusi ‘roadmap’ pelaksanaan undang-undang syariah oleh Jawatan Kuasa Teknikal Bersama Negeri dan Pusat, Husam berkata  tidak ada cadangan membawa undang-undang persendirian 355 diputuskan.

“Ini bermakna apabila ada individu yang mempengaruhi Presiden Pas untuk membawa usul persendirian itu dan langsung tidak dirujuk pada parti terlebih dahulu, mereka perlu bertanggung jawab atas kegagalan bill itu dibentangkan seperti dijanjikan sampai hari ini,”

“Bahkan, membawa usul secara pra matang telah melenyapkan atau merosakkan ‘roadmap’ asal, Ia lebih membawa kegagalan berbanding kejayaan. Tindakan tergesa-gesa itu lebih bersifat riya' dan agenda peribadi,” katanya.

Husam menjelaskan, tidaklah rugi jika tindakan itu ditangguhkan pada masa itu dan dibincangkan secara lebih masak dan diputuskan secara kolektif.


Fakta ringkas mengenai virus Zika

Astro Awani 
 
Fakta ringkas mengenai virus Zika



Virus Zika telah merebak dengan pantasnya di Amerika Syarikat .Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa virus Zika telah merebak dengan pantasnya di Amerika Syarikat dengan anggaran empat juta rakyatnya kemungkinan akan dijangkiti pada akhir tahun ini.

Manakala Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Antarabangsa telah mengeluarkan senarai lebih 12 negara untuk tidak dilawati oleh wanita hamil terutamanya di Caribbean dan Amerika Latin.

Apa itu virus Zika?

Zika merupakan virus bawaan nyamuk aedes iaitu nyamuk yang menyebarkan denggi dan chikungunya.

Ia ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan bukanlah merupakan penyakit baharu bagi negara seperti Afrika.

Namun, wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak May 2015 bermula di Brazil.

Bagaimanakah ia merebak?

Disebarkan melalui nyamuk aedes - bergantung kepada spesis.

Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.

Namun baru-baru ini, ia turut ditemui di Washinton DC yang bercuaca panas.

Aedes jenis albopictus dikatakan turut mampu menyebarkan virus Zika tetapi tiada kajian kukuh mengenainya. Jenis ini boleh ditemui di utara New York dan Chicago pada musim panas.

Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.

nyamuk
Aedes jenis aegypti

Simptom utama demam Zika

- Sakit kepala
- Ruam pada kulit
- Sakit sendi
- Mata kemerahan

Rawatan?

Seperti denggi, sehingga kini belum ada vaksin atau ubat spesifik yang boleh melawan virus Zika.

Kesan virus Zika

Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan.

Bagaimana Zika boleh menyebab kecacatan otak pada janin?

Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.

zika virus
Foto sumber Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Antarabangsa
Tiada virus Zika di Malaysia?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Jumaat, mengesahkan tiada virus Zika dikesan di negara ini, namun Malaysia mempunyai densiti nyamuk aedes iaitu nyamuk pembawa virus Zika.

Sehingga kini, terdapat 22 buah negara melaporkan kes Zika iaitu virus dari gigitan nyamuk aedes buat masa ini.

Negara itu ialah Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Republik Dominica, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, U.S., Virgin Islands, Venezuela dan Samoa.

BACA: 5 perkara penting anda perlu tahu berkenaan virus Zika

Sumber: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Antarabangsa
 

25,000 orang berusia bawah 35 tahun muflis sejak 2010

THE MALAYSIAN INSIDER

Menurut Jabatan Insolvensi Malaysia, kira-kira 25,000 orang berusia di bawah 35 tahun diisytiharkan muflis dalam tempoh 5 tahun dari 2010, dengan majoritinya adalah disebabkan  kad kredit dan hutang pinjaman peribadi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Januari, 2016.Menurut Jabatan Insolvensi Malaysia, kira-kira 25,000 orang berusia di bawah 35 tahun diisytiharkan muflis dalam tempoh 5 tahun dari 2010, dengan majoritinya adalah disebabkan kad kredit dan hutang pinjaman peribadi. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
 Bank perlu mengetatkan peraturan pengeluaran kad kredit dan pinjaman peribadi untuk membantu mengurangkan peningkatan jumlah golongan muda yang muflis di Malaysia, kata Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) J. Solomon, hari ini.

Beliau berkata peraturan yang longgar ketika ini dan kaedah kelulusan pinjaman peribadi "mudah dalam masa sejam" menggoda pekerja muda untuk berhutang.

Menurut Jabatan Insolvensi Malaysia, kira-kira 25,000 orang berusia di bawah 35 tahun diisytiharkan muflis dalam tempoh 5 tahun dari 2010, dengan majoritinya adalah disebabkan  kad kredit dan hutang pinjaman peribadi.

Solomon berkata pada 2014 nisbah pembayaran hutang isi rumah di Malaysia ialah sebanyak 43.5% yang bermakna hampir separuh daripada pendapatan bulanan isi rumah digunakan untuk membayar hutang. 
 
"Jika trend ini berterusan generasi masa depan negara akan terjejas teruk dan begitu juga ekonomi," katanya.

Individu yang muflis akan berdepan banyak sekatan seperti tidak dapat membuka akaun bank, menjalankan perniagaan atau keluar negara tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan Insolvensi dan juga tidak boleh memegang sebarang jawatan pengarah dalam sesebuah syarikat atau memegang jawatan politik.

Solomon mendedahkan kira-kira 7,000 ahli NUBE, atau kira-kira 17.12%, menjalani kehidupan sukar disebabkan  hutang kad kredit.

Ramai golongan muda yang mengambil jalan mudah mendapatkan kad kredit baharu untuk menyelesaikan hutang terkumpul daripada kad kredit lama, katanya.

"Teknik gali dan kambus ini dipromosikan sesetengah bank yang mengeluarkan kad kredit tanpa pemeriksaan yang sewajarnya," katanya sambil menggesa kerajaan untuk membantu mendidik golongan muda dalam pengurusan wang.

Beliau juga menggesa ahli NUBE tidak memilih pengurangan caruman KWSP dengan menyatakan ia akan menjejaskan dana persaraan mereka.

Dalam pengubahsuaian bajet 2016 baru-baru ini, kerajaan mengumumkan pekerja akan diberikan pilihan untuk mengurangkan bahagian caruman mereka daripada 11% kepada 8%  bagi tempoh 21 bulan bermula Mac tahun ini. – Bernama,
 
 

Tiada sekatan Apandi sertai badan berkanun, kata bekas peguam negara



Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak terikat mana-mana peruntukan undang-undang untuk dilantik sebagai ahli lembaga pengarah badan berkanun kerajaan, kata bekas peguam negara, Tan Sri Abu Talib Othman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Januari, 2016.Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak terikat mana-mana peruntukan undang-undang untuk dilantik sebagai ahli lembaga pengarah badan berkanun kerajaan, kata bekas peguam negara, Tan Sri Abu Talib Othman. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Tiada undang-undang yang menyekat peguam negara yang masih memegang jawatan daripada dilantik sebagai ahli lembaga pengarah badan berkanun kerajaan, kata seorang bekas peguam negara.

Tan Sri Abu Talib Othman berkata, beliau sendiri merupakan ahli lembaga pengarah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ketika masih menjadi peguam negara.

“Tiada yang menghalang penjawat awam seperti peguam negara dari menganggotai lembaga pengarah sesebuah badan berkanun,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau memberikan jawapan itu sewaktu diminta mengulas mengenai pelantikan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah Lembaga Tabung Haji dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). 
 
Pelantikan itu menimbulkan rasa tidak senang hati rakyat kerana sebelum itu dalam minggu yang sama Apandi mengumumkan kekurangan bukti untuk mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam skandal derma RM2.6 billion pemberian keluarga diraja Arab Saudi dan kes syarikat milik Kementerian Kewangan, SRC International.

Apandi, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, dilantik menjadi peguam negara pada 28 Julai tahun lepas, menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail yang ditamatkan perkhidmatan atas alasan kesihatan.

Selaku seorang hakim dia sepatutnya bersara pada 10 Februari ini apabila usianya mencecah 66 tahun, usia persaraan wajib sebagai hakim.

Selaku peguam negara, dia mempunyai kontrak selama 3 tahun.

Abu Talib berkata, penjawat awam seperti peguam negara juga boleh dilantik menduduki lembaga pengarah syarikat yang disenaraikan dalam bursa saham tetapi perlu mendapat persetujuan kerajaan.

Isu pertembungan kepentingan tidak berbangkit, tambah bekas peguam negara itu, dengan syarat peguam tertinggi kerajaan itu tidak terlibat dalam mana-mana proses membuat keputusan yang boleh memberi kesan kepada jawatannya dalam kerajaan dan jawatan lain.

“Ia peraturan yang mudah. Jangan terlibat dalam keputusan yang boleh memberi kesan kepada anda dan kedudukan anda,” kata Abu Talib.

Gani, peguam negara sebelum ini, juga dilantik menjadi ahli lembaga pengarah dalam subsidari milik penuh Kementerian Kewangan, Sarawak Hidro Sdn Bhd.

Beliau yang bersara atas alasan penyakit buah pinggang, memberitahu Malaysiakini, beliau dilantik dalam syarikat itu “lama sebelum penyiasatan 1MDB bermula”.

Pemeriksaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengesahkan, Gani dilantik pada Oktober 2014.

Menurut laman sesawang syarikat itu, Gani disenaraikan sebagai pengerusi lembaga pengarahnya.


Pakatan Harapan letak calon di semua 82 kerusi DUN Sarawak



Pakatan Harapan hari ini berikrar memastikan, semua 82 kerusi negeri akan dipertandingkan dalam pilihan raya negeri Sarawak, termasuk kubu kuat Barisan Nasional seperti kerusi Tanjung Datu yang dipegang Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Januari, 2016.Pakatan Harapan hari ini berikrar memastikan, semua 82 kerusi negeri akan dipertandingkan dalam pilihan raya negeri Sarawak, termasuk kubu kuat Barisan Nasional seperti kerusi Tanjung Datu yang dipegang Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Pakatan Harapan hari ini berikrar memastikan, semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertandingkan dalam pilihan raya negeri Sarawak, termasuk kubu kuat Barisan Nasional seperti DUN Tanjung Datu yang dipegang Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Calon PKR bagi kerusi Tanjung Datu ialah Jajolkipli Numan, 51.

Tetapi, beliau tidak hadir pada majlis pelancaran pusat operasi pilihan raya zon selatan PKR hari ini, di mana pengumuman dibuat mengenai nama 22 calon yang disahkan.

Adenan merupakan penyandang kerusi itu sejak 2006. Pada pilihan raya negeri lepas, Adenan menang dalam pertandingan 3 penjuru menewaskan Nani Shari dari PAS dan Gilbert Asson Kulong (Bebas) dengan 3,000 undi majoriti. Kedua-duanya hilang wang pertaruhan.

"Kami akan memastikan tidak ada tempat (semua 82 kerusi) akan menang tanpa bertanding," kata Pengerusi PKR negeri Baru Bian kepada pemberita selepas upacara pelancaran pusat operasi itu.

Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang sebelum ini ditahan sebentar pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching tetapi kemudiannya dibenarkan masuk selepas pegawai tersebut mengesahkan statusnya.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang tiba semalam bagi melancarkan semua pusat operasi negeri itu, dibenarkan masuk tanpa sebarang sekatan ke negeri itu.

PKR setakat ini mengumumkan 35 nama semasa pelancaran tiga pusat operasi di seluruh Sarawak, sebelum mengadakan perjanjian berhubung pengagihan kerusi dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Baru mengakui beberapa kerusi yang diumumkan hari ini masih menjadi pertikaian dan akan dirundingkan sesama rakan Pakatan Harapan pada satu mesyuarat pertengahan bulan depan.

"Kami sudah menyelesaikan 80% daripada kerusi dan hanya 20% daripadanya masih dipertikaikan. Kami bersetuju untuk tidak mendedahkan kerusi ini (yang mempunyai tuntutan bertindih).

"Kami akan merundingkan perkara ini di peringkat tempatan di kalangan pemimpin Sarawak, tanpa melibatkan kepimpinan pusat melainkan jika perlu," kata Baru kepada pemberita.

DAP berkata, mereka menyasarkan 35 hingga 40 kerusi, manakala Amanah menyasarkan enam hingga 11 kerusi, dan banyak daripada kerusi itu bertindih dengan PKR, seperti Batu Kitang, Tupong, Bengoh dan Tasik Biru.

Terdapat juga beberapa kerusi yang masih kosong tanpa calon berpotensi mengisinya seperti Bekenu dan Belaga.

Dalam pilihan raya negeri 2011, PKR memenangi 3 daripada 49 kerusi, DAP memenangi 12 daripada 15 kerusi, manakala PAS kalah semua 5 kerusi.

Pakatan pembangkang bertanding 69 kerusi manakala SNAP yang kini tidak lagi berfungsi bertanding di 26 kerusi. Parti Cinta Malaysia bertanding di 6 kerusi dan beberapa calon Bebas bertanding di 41 kerusi.

Keadaan itu membuatkan BN berdepan saingan di setiap satu kawasan DUN untuk pertama kalinya, 
walaupun ramai di antara pesaing itu yang hilang wang pertaruhan.
 
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pakatan-harapan-letak-calon-di-semua-82-kerusi-dun-sarawak#sthash.AbsmdPiu.dpuf

Kit Siang: Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat skandal Najib

lim-kit-siang-650x400


Oleh Syazana Hasanudin


KUALA LUMPUR : Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencadangkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat skandal berkembar mega Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditubuh bagi mendedahkan kebenaran kepada umum.

Katanya, ia penting kerana rakyat tidak lagi percaya dengan siasatan agensi kerajaan termasuk Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) untak mendedahkan kebenaran skandal derma RM2.6 bilion dan RM42 juta SRC International itu.

“Keputusan Peguam Negara membebaskan Najib dari sebarang salah laku berhubung kedua-dua skandal itu menunjukkan skandal berkenaan tidak akan didedah jika disiasat agensi kerajaan.

“Ia diperkukuh dengan tindakan Najib memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Tan Sri Gani Patail sebelum ini, malah pemindahan pegawai di Jabatan Peguam Negara yang mendesak siasatan penuh terhadap skandal itu.

“Sudah tiba masanya kita meminta penglibatan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menjalankan siasatan awam supaya kebenaran berhubung skandal Najib didedahkan,” katanya.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata demikian pada ceramah ‘Solidariti Bersama Lim Kit Siang & Mana RM2.6 bilion?’ anjuran DAP Melaka di Bukit Rambai di sini, Ahad lalu.

Beliau antara lain menyentuh keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamedi Apandi Ali yang melepaskan Najib dari sebarang siasatan dan salah laku berhubung skandal itu, malah mengarahkan kertas siasatan ditutup.

Kata Kit Siang, sikap berdolak dalik Pengerusi PAC selama empat bulan berkaitan skandal itu menambah kecurigaan rakyat terhadap keupayaan agensi kerajaan mendedahkan kebenaran skandal Najib.

“Harapan terakhir rakyat untuk mengetahui kebenaran berkenaan skandal itu musnah apabila Apandi menolak cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan membebaskan Najib dengan memutuskan tiada tindakan perlu dikenakan.

“Keputusan Apandi itu bukan saja memeranjatkan rakyat tetapi juga pengamal undang-undang dan kehakiman antarabangsa,” katanya.

Keputusan berkenaan, beliau berkata, membuka mata rakyat segenap lapisan kaum yang selama ini menaruh kepercayaan kedaulatan undang-undang negara dihormati Peguam Negara dan sistem keadilan di negara ini.


Gagal ragut beg, peragut kena belasah

NORAIZURA AHMAD

 

peragut
Seorang peragut menerima padah apabila bukan sahaja gagal meragut beg tangan seorang wanita malah berjaya ditangkap dan dipukul oleh orang ramai di pasar Pekan Semenyih, pagi tadi. - Foto Ihsan PDRM


KAJANG,  Seorang peragut menerima padah apabila bukan sahaja gagal meragut beg tangan seorang wanita malah berjaya ditangkap dan dipukul oleh orang ramai di pasar Pekan Semenyih, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa yang berusia 64 tahun ke pasar berkenaan bersama suami dan anak lelakinya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard berkata, mangsa dihampiri dua lelaki menaiki motosikal yang memakai topi keledar dan meragut beg tangan mangsa.

Menurutnya, anak lelaki mangsa yang menyedari kejadian mengejar dengan bantuan orang ramai namun hanya seorang sahaja yang berjaya ditahan.

“Suspek yang menunggang motosikal berjaya ditahan namun pembonceng berjaya melarikan diri.

“Suspek masih menerima rawatan di Hospital Kajang kerana dipukul orang awam,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Willey berkata, suspek yang berusia 38 tahun akan ditahan reman untuk siasatan sementara polis masih mengiatkan usaha menjejak rakan suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana meragut.

RON95 turun 10 sen bagi Februari 2016

THE RAKYAT POST

 

petrol_pump
Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia, harga baru runcit petrol yang diumumkan itu bagi bulan Februari berkuat kuasa tengah malam ini.


KUALA LUMPUR,  Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing turun 10 sen, 20 sen dan 25 sen mulai tengah malam ini.

Harga baharu bagi RON95 ialah RM1.75 seliter, manakala RON97 pada RM2.05 seliter, kata Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia Khairul Annuar Abdul Aziz.

“Diesel turun 25 sen kepada RM1.35 seliter,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Penurunan itu dilihat susulan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Harga runcit petrol sebelum ini ialah RM1.85 bagi RON95, RM2.25 untuk RON97 manakala diesel pula pada RM1.60.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2016/01/31/ron95-turun-10-sen-bagi-februari-2016/#ixzz3ypd0TB8d

`PKR memang suka buat tuduhan tidak berasas’ – Noh Omar

 
Langkah UMNO yang cuba menyingkirkan Mukhriz disifatkan tidak mengikut tertib oleh PKR 


noh omar


PETALING JAYA: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa, PKR merupakan sebuah parti yang sering membuat tuduhan tidak berasas serta suka mencari kesalahan orang lain bagi menutup kesilapan parti itu sendiri.

Mengulas mengenai perkara itu, Noh berkata, UMNO tidak hairan dengan tuduhan PKR yang mendakwa cubaan menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah adalah tidak tertib dan tidak demokratik.

“Saya memang tak hairan kalau PKR cakap begitu kerana saya dan UMNO dah faham dengan budaya mereka, senang cerita, PKR ni ibarat yang gajah depan mata tak nampak, yang seberang laut, dia boleh nampak.

“Apa dia lupa sewaktu penyingkiran Khalid dulu mereka (PKR) sanggup menipu rakyat, buat Pilihanraya Kecil (PRK) di Kajang, letak Wan Azizah, lepas itu bukan Wan Azizah yang jadi Menteri Besar walaupun itu niat mereka, memenatkan rakyat pergi mengundi, habiskan wang rakyat.

“Bila Khalid tak dengar cakap mereka untuk letak jawatan, dia dipecat pula, kemudian tabur lagi fitnah, adakah UMNO juga yang dilihat lebih dahsyat?” katanya menerusi laman portal pro Barisan Nasional BNBBC.my.

Beliau berkata demikian mengulas tuduhan Ketua WHIP PKR, Datuk Johari Abdul apabila mengatakan cara PKR lebih tertib sewaktu menyingkirkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor berbanding UMNO yang tidak bersikap demikian dan tidak demokratik dalam cubaan menyingkirkan Mukhriz.

Kenyataan Lauber boleh jejas hubungan Malaysia-Switzerland

 
Peguam Negara akan berjumpa dengan Lauber bagi mendapatkan maklumat berkenaan siasatan 1MDB dan dana AS$4 billion.


zahid


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka menyatakan tidak puas hati terhadap kenyataan Ketua Pendakwa Raya Switzerland, Michael Lauber.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kenyataan yang dibuat oleh Lauber itu boleh menyebabkan hubungan baik di antara Malaysia dan Switzerland menjadi renggang.

“Dengan membuat kenyataan terbuka begitu pada hemat saya ia tidak baik kerana ia bukan sahaja akan menyebabkan kerenggangan hubungan antara dua negara tetapi juga menyebabkan bias dalam laporan media,” ujarnya sewaktu ditemui pemberita, di KLCC, hari ini.

Mengulas lanjut, Menteri Dalam Negeri itu juga telah mengarahkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk bertemu empat mata dengan Ketua Pendakwa Raya Switzerland.

“Kita akan menyerahkan tugas untuk mendapatkan butiran yang dinyatakan itu melalui Peguam Negara kita untuk bertemu Peguam Negara Switzerland.

“Dan saya harap maklumat sedemikian mesti disalurkan melalui saluran rasmi kerajaan kerana ia adalah berdasarkan kerajaan dengan kerajaan,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, Apandi mengesahkan pihaknya akan bekerjasama dengan Switzerland berhubung siasatan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengesahan itu diberikan susulan kenyataan Lauber yang secara rasmi meminta bantuan Malaysia dalam siasatannya mengenai kemungkinan berlaku pelanggaran undang-undang Switzerland oleh 1MDB, dengan menyatakan mengesyaki ada salah laku berjumlah AS$4 bilion.

Mukhriz tidak tahu MB baharu angkat sumpah esok

 
Beliau berkata terlalu banyak dakwaan disebarkan sehinggakan tidak tahu berita manakah yang sahih.


mukhriz, kedah


ALOR SETAR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak tahu Menteri Besar Kedah baharu yang akan menggantikan beliau akan mengangkat sumpah esok seperti yang didakwa banyak pihak.

Mukhriz berkata, terlalu banyak dakwaan yang dilaporkan mengenai itu sehingga beliau tidak mengetahui kesahihan dakwaan itu.

Terbaru, Menteri Besar baharu dikatakan akan mengangkat sumpah esok di Istana Anak Bukit selepas kesemua wakil rakyat BN menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

“Tak tahulah. Macam-macam dakwaan setakat ini. Saya pun tak tahu mana satu,” katanya ketika diminta mengulas mengenai dakwaan pelantikan Menteri Besar Kedah yang baharu.

Mukhriz berkata demikian sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah.

Beliau tiba jam 7.45 malam tadi dan disambut kira-kira 100 penyokongnya yang mula berkumpul jam 6.30 petang.

Beberapa penyokong Mukhriz hadir menyambut ketibaan Mukhriz dengan menaikkan beberapa kain rentang yang tertulis “Kami menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah”.

Sementara itu, Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah mengakui kenyataannya mengenai Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mua’adzam Shah murka terhadap kumpulan yang cuba menyingkirkannya sebagai Menteri Besar Kedah selepas dimaklumkan oleh pihak Istana.

“Itu kena tanya pihak Istana. Saya hanya dimaklumkan oleh pihak Istana,” kata Mukhriz.

Istana sah panggil semua 21 Adun Kedah menghadap, bakal umum MB baharu esok



Istana Kedah disahkan sudah memanggil semua Adun BN untuk bertemu esok di Wisma Darul Aman, Alor Star. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Januari, 2016.Istana Kedah disahkan sudah memanggil semua Adun BN untuk bertemu esok di Wisma Darul Aman, Alor Star. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
Istana Kedah disahkan sudah memanggil semua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) untuk bertemu esok di Wisma Darul Aman, Alor Star. Jemputan sudah dihantar kepada semua wakil rakyat BN Kedah, menurut Adun Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin.

"Ya, saya sudah menerima jemputan dan akan hadir ke wisma esok," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider bagi mengesahkan perkara tersebut.

Pada masa sama, pihak istana juga dijangka akan memutuskan esok nama menteri besar baharu menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang kini hilang sokongan. 
 

Akhbar bahasa Inggeris itu melaporkan, jemaah itu akan menemui semua 21 wakil rakyat, termasuk Mukhriz, secara berasingan.

Semua Adun akan menghadap 3 ahli jemaah berkenaan, yang terdiri daripada Pengerusinya Tunku Temenggong Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Laksamana Datuk Seri Diraja Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Puteri Sulung Sultan Kedah Tengku Panglima Besar Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.

Menurut Ahmad Lebai, pertemuan itu akan dijalankan secara berasingan di mana setiap seorang Adun akan menghadap secara tertutup.

"Setiap orang Adun akan menghadap jemaah secara tertutup," katanya.

Pihak media juga menerima jemputan ke wisma tersebut untuk sidang media selepas pertemuan mereka itu esok.

Menurut sumber dalaman Umno Kedah, esok akan menjadi hari penentu sama ada menteri besar baharu akan dilantik atau sebaliknya.

"Mungkin esok selesai isu nama baharu menteri besar Kedah," katanya.

Kemelut politik Kedah sudah berlarutan lebih seminggu selepas sidang media diadakan Timbalan Ketua Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah pada 20 Januari lalu.

Bagaimanapun, sehingga hari ini Najib masih belum mengumumkan nama baharu menteri besar walaupun sudah menghadap Yang diPertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, dipercayai bagi membincangkan calon pengganti Mukhriz.


Penutupan kes Najib tonjol defisit demokrasi Malaysia, lapor The Observer

THE MALAYSIAN INSIDER

Lidah pengarang akhbar The Observer hari ini menyifatkan pembebasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku jenayah berhubung dakwaan skandal kewangan membabitkannya hanya menonjolkan lagi demokrasi yang terhakis, penyalahgunaan hak asasi manusia dan kelemahan tadbir urus di Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Januari, 2016.Lidah pengarang akhbar The Observer hari ini menyifatkan pembebasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku jenayah berhubung dakwaan skandal kewangan membabitkannya hanya menonjolkan lagi demokrasi yang terhakis, penyalahgunaan hak asasi manusia dan kelemahan tadbir urus di Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Keputusan peguam negara Malaysia membebaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku jenayah berhubung dakwaan skandal kewangan membabitkannya hanya menonjolkan lagi demokrasi yang terhakis, penyalahgunaan hak asasi manusia dan kelemahan tadbir urus di negara ini, menurut lidah pengarang akhbar The Observer hari ini.

Ia berkata, wujud "skeptisisme yang meluas" mengenai pendirian Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang pemberian derma RM2.6 bilion kepada Najib sebagai hadiah peribadi dari keluarga diraja Saudi adalah tidak salah.

Juga berhubung perisytiharannya yang sumbangan derma itu 1 perkara yang berasingan daripada dakwaan rasuah lain melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Akhbar United Kingdom itu turut menyifatkan reaksi serta-merta Najib susulan kenyataan Apandi itu, yang menggesa rakyat Malaysia untuk melupakan kes itu dan mara ke depan, sebagai satu "fantasi". 
 
 "Najib berkata, tuduhan terhadapnya kini disangkal dan Malaysia perlu bergerak ke depan. Ini adalah fantasi.

"Skandal itu akan terus hidup di dalam minda pengundi yang mempunyai lebih banyak alasan untuk tidak mempercayai mereka yang menganggap diri mereka pemimpin atas dasar keistimewaan, kekayaan dan ketidaksamaan," tulis The Observer.

"Dan ia makin menampakkan defisit demokrasi di Malaysia yang semakin teruk, sama ada ditakrifkan dari segi pembiayaan kempen yang diragui, manipulasi pilihan raya dan campur tangan asing, pencabulan hak asasi manusia, tadbir urus yang lemah dan tidak boleh dipercayai - atau amalan penuh rasuah secara terang-terangan."

Akhbar mingguan itu berkata, 1MDB akan terus menjadi subjek siasatan Biro Penyiasatan Persekutuan dan pihak berkuasa Switzerland dan Hong Kong.

Oleh itu, "tindakan pengampunan Apandi" terhadap Najib, merupakan 1 kejutan kepada para penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), katanya.

Berlatarbelakangkan pencabulan hak asasi manusia yang semakin teruk di Malaysia, keputusan peguam negara itu hanya meningkatkan kebimbangan terhadap kepimpinan Najib dan sama ada beliau layak memerintah, kata The Observer, merujuk laporan terkini Human Rights Watch.

"Zaman beliau dalam kerajaan, terutama sejak pilihan raya umum 2013, menyaksikan lebih banyak undang-undang menindas, penyalahgunaan hak asasi manusia dan sekatan ke atas kebebasan media.

"Ia lebih mengingatkan kita kepada Rusia daripada sebuah negara yang kononnya berfungsi sebagai sebuah demokrasi pro-barat, bersekutu rapat dengan Britain dan Amerika Syarikat," katanya.


Zahid kecewa Peguam Negara Switzerland keluar kenyataan menerusi media



Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Peguam Negara Switzerland Michael Lauber yang membuat kenyataan menerusi media mengenai dakwaan kecurian AS$4 bilion daripada syarikat milik kerajaan Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 31 Januari, 2016. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Peguam Negara Switzerland Michael Lauber yang membuat kenyataan menerusi media mengenai dakwaan kecurian AS$4 bilion daripada syarikat milik kerajaan Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin. 
 
 
Timbalan perdana menteri itu berkata, hasrat sedemikian sebaiknya disampaikan menerusi komunikasi di antara kerajaan dan kerajaan.

"Saya harap maklumat sedemikian mesti disalurkan melalui saluran rasmi kerajaan kerana ia adalah berdasarkan “G2G” (kerajaan kepada kerajaan).

"Dengan membuat kenyataan terbuka begitu, pada hemat saya, ia tidak baik, kerana ia bukan sahaja akan menyebabkan kerenggangan hubungan antara 2 negara tetapi juga menyebabkan berat sebelah dalam laporan media," kata Zahid. 
 
Beliau berkata demikian kepada wartawan sewaktu ditemui selepas menutup pameran Malaysian Inbound Tourism Association Fair di Kuala Lumpur, petang ini.

Pendakwa raya Switzerland dalam 1 kenyataan media semalam berkata, akan meminta bantuan pihak berkuasa Malaysia berhubung siasatan kecurian besar-besaran daripada sebuah firma milik kerajaan yang ketika ini berdepan skandal rasuah.

Penyiasat Switzerland mempercayai kira-kira AS$4 bilion (RM16.8 bilion) dicuri daripada syarikat milik kerajaan Malaysia, dana yang diperuntukkan untuk tujuan ekonomi dan projek pembangunan di negara ini.

Sebahagian wang tunai dipindahkan ke dalam akaun berpangkalan di Switzerland milik seorang pegawai dari Malaysia dan juga bekas pegawai daripada Emiriyah Arab Bersatu, kata peguam negara Switzerland.

Mengulas lanjut, Zahid berkata, Putrajaya akan menghantar Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bertemu Lauber bagi mendapatkan butiran lanjut berkenaan permintaan mereka.

"Kita akan menyerahkan tugas mendapatkan butiran yang dinyatakan itu melalui peguam negara kita untuk bertemu peguam negara Switzerland," katanya.


[KANTOI] Zahid Hamidi Temui Raja Abdullah Yang Sudah Meninggal?

KELAB GREENBOC


Sumber dakwa RM2.6 bilion dari Raja Abdullah
 

Kementerian kewangan dan kementerian luar negara Arab Saudi tidak tahu menahu berkaitan sumbangan daripada kerabat diraja negara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, sumber tidak dinamakan dilaporkan mendakwa bahawa wang itu datang daripada allahyarham Raja Abdullah, yang meninggal dunia tahun lalu.

Menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ) hari ini, dua kementerian negara itu enggan mengulas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali semalam.


Kementerian-kementerian itu bagaimanapun dilaporkan berkata mereka tiada maklumat berhubung sumbangan itu, yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Pegawai-pegawai kerajaan Saudi, ketika enggan mengulas secara khusus terhadap kenaytaan pendakwa, berkata kementerian luar dan kewangannya tiada maklumat berhubung pemberian sebegitu dan sumbangan diraja ke akaun peribadi pemimpin luar tidak mempunyai duluan.

“Wakil-wakil keluarga diraja tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan mereka,” menurut laporan WSJ.

Dana lawan Ikhwan?

Sementara itu, memetik sumber, BBC juga mendakwa wang itu daripada Abdullah, bagi membantu Najib memang dalam pilihan raya umum 2013.

Media British itu melaporkan sumber mereka – yang berkedudukan tinggi dan enggan dikenali – mendakwa wang itu dikeluarkan daripada kewangan peribadi Abdullah dan simpanan-simpanan negara itu.

“Tujuan sumbangan itu mudah, kata sumber Saudi – untuk membantu Najib dan gabungannya menang pilihan raya, menggaji pasukan komunikasi yang mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa, menumpukan kepada wilayah-wilayah di Sarawak dan menaja program sosial melalui kempen parti.

“Tetapi kenapa Saudi ambil berat berkaitan pilihan raya di negara bukan Arab yang lebih 6,000km dari tempat mereka? Jawapannya, kata sumber, terletak terhadap kebimbangan peningkatan kuasa Ikhwanul Muslimin, yang mereka anggap pertubuhan pengganas.

“Saudi sebelum ini kesal dengan apa yang berlaku di Mesir, yang menyaksikan presiden Mohammed Morsi sibuk mengukuhkan penguasaan Ikhwan di negara itu,” menurut laporan itu.

Laporan itu menyebut, hubungan pembangkang ketika itu, Pakatan Rakyat, termasuk PAS, menyaksikan pendiri-pendirinya dinspirasikan oleh Ikhwan.

Ia juga menyebut, terdapat kurang bukti menunjukkan Ikhwan mendapat sokongan sebegitu di Malaysia.

Semalam, Apandi membersihkan Najib daripada sebarang kesalahan salah laku yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Apandi antaranya menyebut, AS681 juta (RM2.08 bilion) disumbangkan kepada Najib daripada keluarga diraja Saudi tanpa apa-apa balasan.

Beliau juga berkata AS$620 (RM2.03 bilion) dipulangkan semula kerana tidak diguna pakai.

Sumbangan itu dibuat menjelang pilihan raya umum ke-13 dan semasa pemerintahan Abdullah.

Bagaimanapun, WSJ melaporkan penyiasat antarabangsa tidak percaya dengan versi ini.

“Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dan agensi kerajaan lain luar Malaysia terus menyiasat pemindahan itu,” menurut laporan itu.

Laporan itu juga menyebut bekas penganalisis politik di Kedutaan Saudi di Washington berkata idea sumbangan sebanyak itu daripada kerabat Saudi ke akaun peribadi, dan bukan institusi kerajaan, hanya “suspek”.

Bagaimanapun, sumber Saudi BBC berkata tiada yang tidak kena dalam sumbangan itu.

Katanya, negara-negara seperti Jordan, Maghribi dan Sudah sudah mendapat manfaat ratusan juta dolar daripada dana kerabat diraja Saudi. -mk

TPM temui penyumbang derma RM2.6

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sudah bertemu ketua pegawai pelaburan dan pemegang amanah harta keluarga Arab yang mendermakan RM2.6 bilion kepada perdana menteri.

Timbalan perdana menteri itu berkata, apabila ditanya mengapa wang bernilai AS$700 juta itu diberikan kepada Malaysia, individu terbabit menjawab, negara ini bukanlah satu-satunya pihak yang menerima sumbangan berkenaan.

Kata Ahmad Zahid, individu tersebut mengakui ada banyak sahabat dari kalangan negara Islam mendapat sumbangan sama seperti itu.

"Mereka mahu Umno dan BN tetap memerintah negara," katanya di mesyuarat agung tahunan Umno Sri Gading hari ini.

Bahagian itu diketuai Datuk Ab Aziz Kaprawi yang juga timbalan menteri pengangkutan.

Naib Presiden Umno itu berkata, beliau juga melihat dokumen asal pemindahan dana berkenaan.

Tanpa mendedahkan identiti penderma Arab itu Ahmad Zahid berkata, ia membuktikan tiada wang daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) masuk ke akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak.

Ahmad Zahid juga menjelaskan bagaimana wang berkenaan masuk ke akaun Najib.

"(Wang) AS$100 juta pertaa diberi atas nama Najib, manakala pindahan berikutnya dibuat melalui pelbagai syarikat kerana pihak penderma tidak mahu melihat ada cek 'seketul' dalam nama Najib," katanya.
-mk (22/08/2015)


ULASAN GB

Sudah kantoi! Ahmad Zahid Hamidi menyatakan beliau sudah menemui "penderma RM2.6 bilion" (berita 22/08/2015). Sementara semalam akhbar menyiarkan bahawa penderma itu ialah Allahyarham Raja Abdullah yang telah meninggal dunia pada 23 Jan 2015.

Bagaimana Ahmad Zahid boleh menemui penderma itu pada 22 September 2015 sedangkan yang dikatakan menderma itu iaitu Raja Abdullah telah meninggal pada Januari 2015?

Itulah hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan. Kebenran akan akhirnya terdedah untuk kita ketahui siapa pendusta.

Kedua, penafian dari pegawai kerajaan Saudi yang menyatakan bahawa "derma dari kerabat di raja Arab Saudi ke akaun peribadi pemimpin negara luar tidak pernah berlaku" menguatkan lagi pendustaan berkenaan.


Najib tidak boleh selama-lamanya menutup kebenran. Hukum akan tetap berjalan. 
 
 

Rafizi Dedahkan TH Guna Aset Bank Islam Untuk Tampung Rizab

KELAB GREENBOS


Aset Bank Islam diguna Tabung Haji untuk tampung rizab, dedah Rafizi

Alasan Tabung Haji (TH) kononnya mempunyai aset anak syarikat yang banyak untuk menampung rizab yang negatif sebenarnya adalah aset-aset Bank Islam berjumlah RM41.683 bilion yang digabungkan dalam kumpulan TH.

Sehubungan itu, Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berharap kepimpinan TH berhenti daripada mengelirukan rakyat dengan berselindung di sebalik terma-terma kewangan yang cuba menyembunyikan situasi sebenar.

“Penyata kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 menunjukkan Tabung Haji telah mempunyai rizab negatif yang bermakna ia tidak cukup dana dan aset untuk menampung pembayaran balik simpanan rakyat sekiranya dikeluarkan serentak, apatah lagi untuk membayar dividen/bonus.

“Jangan gali lubang tutup lubang - bergantung kepada Bank Islam (yang jaga simpanan rakyat) untuk tampung rizab Tabung Haji yang negatif,” katanya.

Merumuskan butiran penyata kewangan TH yang telah diaudit, beliau berkata, aset-aset anak syarikat TH adalah tidak cair dan tidak boleh ditunaikan segera kerana berbentuk pinjaman yang diberikan oleh Bank Islam kepada pelanggan dan Kerajaan Persekutuan.

“Malah, aset-aset ini tidak boleh digunakan bagi tujuan lain kerana ia perlu menanggung hutang Bank Islam berjumlah RM44.692 bilion iaitu jumlah simpanan rakyat yang didepositkan dan tanggungan polisi takaful.

“Untuk memenuhi tanggung jawabnya membayar kembali simpanan rakyat yang menabung dengannya dan membayar dividen atau bonus, Tabung Haji tidak ada pilihan lain kecuali menggunakan dana dan asetnya sendiri,” jelasnya.

Rafizi turut mengulas reaksi Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebelum ini yang menafikan TH mengalami masalah kewangan bahkan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang mengedarkan surat daripada Bank Negara Malaysia (BNM) bertarikh 23 Disember 2015.

“Saya kesal kerana Datuk Seri Azeez Rahim bersembunyi di sebalik kenyataan rasmi Tabung Haji bahawa kononnya walaupun rizab Tabung Haji adalah negatif, itu tidak menjejaskan kedudukan kewangannya kerana nilai keseluruhan aset anak-anak syarikatnya adalah lebih besar dan mampu menampung keperluan kewangan Tabung Haji.

“Kenyataan ini seolah-olah cuba mengelirukan rakyat terbanyak yang kurang arif dengan laporan kewangan,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, BNM melalui surat kepada Azeez yang kemudiannya viral di media sosial antara lain memaklumkan bahawa kedudukan paras rizab TH yang negatif.

Pada tarikh sama juga, surat daripada Gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula memberi amaran bahawa status kewangan TH boleh memberi kesan kewangan kepada kerajaan memandangkan simpanan deposit di TH dijamin sepenuhnya oleh kerajaan.

“Suasana pasaran ekonomi dan operasi yang lebih mencabar serta perkembangan saiz dan kompleksiti operasi LTH (Lembaga Tabung Haji) memerlukan Lembaga Pengarah memainkan peranan pengawasan yang lebih berkesan.

"Dalam hal ini, pengetahuan teknikal dan pengalaman dalam bidang kewangan adalah amat penting,” kandungan surat tiga halaman itu dipetik.

Bimbang dengan kedudukan kewangan Tabung Haji (TH), Rafizi menyarankan Abdul Azeez mengadakan sesi taklimat terbuka kepada para pendeposit.

Menurut beliau, Abdul Azeez perlu bersedia untuk menjawab pelbagai kemusykilan rakyat sekiranya benar kedudukan kewangan TH kukuh seperti didakwa.

“Saya akan hadir sebagai salah seorang pendeposit kerana separuh dari simpanan hari tua saya adalah di dalam Tabung Haji,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini. -malaysiadateline

Untuk laporan terperinci kenyataan YB Rafizi Ramli, sila rujuk: SINI
 
 

Konvoi #BebasAnwar dilancar, jelajah KL dan Selangor 24 jam

Oleh Fyza Abd Halim


KUALA LUMPUR : Siri ‘Jelajah Konvoi #BebasAnwar’ dilancarkan hari ini sempena mengenang setahun Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim dipenjarakan pada tanggal 10 Februari ini.

Izzah-_JELALAH_KONVOI_BEBASANWAR_300116_TMISETH

Jelajah yang bermula di kediaman Anwar di Bukit Segambut pagi tadi itu dilancarkan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Ia dianjurkan kumpulan sukarelawan anak muda #BebasAnwar, yang turut sama giat mengumpul sejuta tandatangan untuk pembebasan Anwar.

Konvoi pertama mereka dalam masa 24 jam ini bakal menjelajah ke beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor.

Nurul Izzah berkata, program ini bertujuan membina momentum sebelum sambutan setahun pemenjaraan Anwar.

“Ia untuk membina momentum sebelum 10 Februari ini yang menandakan setahun sejak Anwar dipenjarakan. Dan selepas itu kita melihat kepada banyak lagi pemenjaraan dan pendakwaan pemimpin KEADILAN dan aktivis.

“Penting untuk peringatan kepada semua apabila suara Anwar didiamkan, maka skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau keputusan terkini Peguam Negara bukan saja dipersoalkan rakyat Malaysia tapi seluruh dunia termasuk siasatan di Switzerland tentang akaun 1MDB yang bermasalah,” katanya.

Antara kawasan yang dilalui peserta konvoi adalah Segambut, Subang, Petaling Jaya, Puchong, Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Selangor, Tanjung Karang, Kuala Selangor, Kapar, Klang, Shah Alam dan Sungai Buloh.

“Bukan sahaja di Selangor, malah Konvoi #BebasAnwar turut akan ke beberapa negeri lain seperti Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan,” jelas Nurul Izzah.

Selain Nurul Izzah dan adiknya, Nurul Nuha, hadir sama program itu adalah pemimpin-pemimpin parti politik, aktivis masyarakat sivil dan aktivis mahasiswa.

Lebih 18 kenderaan membawa hampir 100 peserta sepanjang konvoi ini.

Saya Tiada Dalam Senarai Calon MB Kedah - Adun Bayu

Oleh: LO TERN CHERN
 
 
Azmi Che Hussein
 
 
ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayu, Datuk Azmi Che Hussein menafikan spekulasi bahawa beliau sedang dipertimbangkan untuk jawatan Menteri Besar Kedah.

Apabila ditanya sama ada beliau bersedia untuk jawatan tersebut, Azmi dengan pantas menepis spekulasi tersebut dengan mengatakan bahawa dia tidak berada dalam senarai calon.

"Ia bukan saya, nama saya tiada di dalamnya (senarai calon). Saya tak mahu komen mengenai yang lain," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Transformasi Ekonomi di Sekolah Menengah Darussa'adah di Titi Besi di sini pada Ahad.

Sebelum itu, satu laporan berita berbahasa Melayu berkata nama Timbalan Speaker DUN Kedah itu adalah antara tiga calon yang dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah untuk jawatan tertinggi di negeri ini.

Dilaporkan bahawa Dua lagi calon ialah Adun Guar Chempedak Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail dan Adun Ayer Hangat, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid.

Pada 20 Januari lalu, Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah memulakan pemberontakan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dengan mendakwa bahawa majoriti Ketua Umno Bahagian di negeri itu hilang kepercayaan terhadap kepimpinannya.

SPAD Kesal Sikap Pemandu Bas Naik Angin

MSTAR ONLINE
 
 
Paparan skrin dari video yang dirakam oleh salah seorang penumpang yang berada di dalam bas di mana mangsa dilihat dipukul dengan selipar oleh pemandu bas.
 
 
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengingatkan pengusaha bas untuk memantau dengan teliti dan mendisiplinkan pemandu mereka bagi memastikan perkhidmatan berkualiti diberikan kepada penumpang pada setiap masa.

Arahan itu dibuat susulan klip video yang menjadi viral membabitkan pemandu bas ekspres yang didakwa naik angin dan bertindak memukul dua penumpang kerana tidur di kerusi rehatnya semasa dalam perjalanan pulang ke Melaka dari Pulau Pinang.

Menerusi video berkenaan, dua mangsa yang berumur 35 dan 41 tahun telah dipukul beberapa kali dengan selipar, malah ditampar serta ditendang oleh pemandu bas terbabit.

Ketika dalam perjalanan, dia juga menggunakan bahasa yang kasar untuk memarahi mereka di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.

Salah seorang mangsa, yang tidak mahu namanya disiarkan berkata dia dan rakannya telah memohon maaf kepada pemandu itu kerana tindakan mereka tidak disengajakan.

"SPAD ingin merakamkan kekesalan terhadap penumpang yang terlibat kerana terpaksa berhadapan dengan satu pengalaman yang menakutkan semasa perjalanan mereka," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

SPAD berkata ia memandang serius perkara itu dan telah berhubung dengan penumpang terbabit untuk merakamkan kenyataan.

Menurut kenyataan itu, penumpang berkenaan membuat laporan polis pada 28 Januari lalu di Balai Polis Melaka Tengah atas nasihat SPAD.

"SPAD akan membantu PDRM dengan memberikan maklumat yang diperlukan membabitkan pemandu dan pengendali bas ekspres.

"Ia supaya tindakan tegas dan pantas dapat diambil terhadap pemandu yang tidak bertanggungjawab itu.

"SPAD juga telah mengarahkan pengendali bas ekspres yang terlibat dalam kes itu untuk menghadiri siasatan pada 1 Februari," katanya.

Potong GST bukannya caruman KWSP



Oleh Faiz Fadzil


Pengumuman perdana menteri kerajaan memotong caruman KWSP pekerja sebanyak 3% sebagai salah satu pengubahsuaian Bajet 2016 bukanlah satu jumlah yang banyak yang mampu membantu meringankan beban rakyat yang dihimpit dengan kenaikan harga barang, petrol, tol, caj pengangkutan awam dan bermacam lagi kos sara hidup.

Ini kerana pada masa sama, perdana menteri dengan bangganya mengatakan GST menyelamatkan ekonomi negara dan mengingatkan rakyat terutama penjawat awam hasil GST mengekalkan jawatan mereka.

Ironinya, GST dikutip daripada rakyat.


Dianggarkan jumlah kutipan GST pada 2016 akan mencecah RM39 bilion di mana secara purata setiap rakyat perlu membayar GST sebanyak RM7000 setahun.

GST adalah cukai yang dikenakan ke atas setiap barangan dan perkhidmatan yang sudah pasti ditanggung setiap rakyat samaada bekerja atau tidak, bergaji atau berniaga sendiri, di bandar atau luar bandar.

Malahan, rakyat miskin yang tinggal di Sik, Baling, Gua Musang termasuk yang tinggal di kota besar juga perlu menanggung GST.

Sedangkan, caruman KWSP hanya ditanggung pekerja saja.

Walaupun mereka mendapat pendapatan lebihan akibat pengurangan caruman KWSP, mereka juga tidak terlepas daripada menanggung GST yang jumlahnya jauh lebih besar daripada potongan caruman KWSP.

Hasrat kerajaan untuk mengutip lebih banyak hasil GST juga dapat dicapai di mana pendapatan lebihan ini pasti akan dibelanjakan pekerja yang mana hasil GST akan meningkat dengan meningkatnya perbelanjaan ke atas barangan dan perkhidmatan.

Justeru, GST yang seharusnya dipotong.

Usahlah perdana menteri mengulangi skrip memperbodohkan rakyat kononnya GST membantu rakyat sepertimana skrip membebaskan perdana menteri daripada kesalahan jenayah dalam skandal RM2.6 bilion sungguhpun disahkan aliran kemasukan wang sejumlah RM27 juta dari SRC International ke akaun peribadi beliau.

Mengapa perdana menteri tidak diarahkan memulangkan wang tersebut sedangkan rakyat diarahkan membayar GST.

Cukuplah menekan dan memperbodohkan rakyat.

* Penulis ialah timbalan ketua pemuda  Amanah.

Apa lagi selepas ini Najib?




Oleh Amin Iskandar


Ketika ramai merasakan semuanya hampir selesai selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengumumkan Datuk Seri Najib Razak tidak bersalah dalam kes derma RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd, siasatan Switzerland mendapati AS$4 bilion (RM16.8 bilion) disalah gunakan syarikat Malaysia.

Pihak pendakwa raya Switzerland turut meminta bantuan pihak berkuasa Malaysia dalam siasatan pencurian besar-besaran daripada sebuah firma dimiliki kerajaan yang ketika ini berdepan skandal rasuah.

Nampaknya sukarlah kita untuk mengikut saranan perdana menteri agar melupakan episod ini dan bergerak ke hadapan apa lagi selepas Malaysia sekali lagi berjaya menjadi tajuk utama berita dunia semalam.

Selepas episod sedih kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjaya menjadikan negara semakin terkenal di peringkat antarabangsa.

Ketika ekonomi negara semakin merudum disebabkan kejatuhan harga minyak global, berita-berita “sebegini” sudah pastinya menyukarkan Malaysia untuk menarik pelaburan asing.

Tetapi tidak mengapalah, oleh kerana Malaysia akan menyertai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) tidak lama lagi, pelaburan asing “sudah pasti akan masuk”.

Dalam kenyataannya, Peguam Negara Switzerland Michael Lauber berkata, beliau bimbang dengan keputusan Malaysia menghentikan siasatan terhadap pindahan wang AS$681 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun bank peribadi Najib kerana langkah itu akan menjejaskan siasatan Switzerland terhadap syarikat milik Kementerian Kewangan yang bermasalah itu.

“Kami sangat bimbang,” kata Lauber dalam kenyataannya.

“Kami sudah menemui bukti menunjukkan pindahan wang yang mencurigakan, berkait dengan 1MDB menerusi institusi kewangan Switzerland, dan kami percaya amat penting ia dikongsi dengan pihak berkuasa Malaysia.”

Kenyataan peguam negara Switzerland itu mengingatkan kita kembali bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang bertanggungjawab membuat laporan di peringkat antarabangsa terhadap 1MDB.

Tahun lalu, Khairuddin disekat untuk ke Amerika Syarikat. Tidak berapa lama selepas itu, beliau ditahan polis dan dituduh cuba menggulingkan kerajaan.

Selepas dibebaskan, Khairuddin ditahan semula mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dengan tuduhan mensabotaj dan cuba untuk mensabotaj ekonomi negara.

Kemudian peguamnya Matthias Chang pula ditahan mengikut Sosma.

Selepas lebih sebulan ditahan, kedua-duanya dibebaskan selepas mahkamah mendapati mereka tidak melakukan kesalahan membabitkan keselamatan negara.

Hari ini, ternyata usaha dilakukan Khairuddin tidak sia-sia. Pihak berkuasa di peringkat antarabangsa menganggap 1MDB sebagai isu serius dan menyiasatnya dengan teliti.

Cuma yang terkena tempiasnya ialah Malaysia. Kredibiliti negara di peringkat antarabangsa semakin hari semakin tercalar.

Lebih banyak berita buruk mengenai Malaysia disiarkan media antarabangsa, semakin runtuh imej negara yang pada satu ketika dahulu dijadikan sebagai contoh di kalangan negara-negara membangun.

Orang-orang kecil seperti kita hanya mampu bertanya, apa lagi selepas ini Najib?

Kecilkan kabinet jimat belanja negara

MALAYSIAKINI


 


Langkah kerajaan melakukan pengubahsuaian belanjawan diumum perdana menteri pada 28 Januari lalu tidak banyak mengurangkan beban kewangan kerajaan.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata bebanan itu ditanggung kerana kejatuhan harga minyak serta nilai ringgit di pasaran.

Kata bekas Naib Presiden PAS itu, berbanding mengecilkan saiz kabinet kerajaan menyarankan caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada tiga peratus sehingga Disember 2017.

"Namun kerajaan tidak melakukan sesuatu yang memberikan kelegaan kepada rakyat.

"Jumlah anggota kabinet langsung tidak disentuh untuk dikurangkan seperti yang dicadangkan kepada antara 15 hingga 19 orang saja berbanding 35 orang sekarang.

"(Pada masa sama) sektor swasta terpaksa mengurangkan kakitangannya daripada pelbagai peringkat untuk mengurangkan beban kos operasi.

"Sepatutnya kerajaan juga mengurangkan separuh anggota kabinetnya untuk mengurang kos gaji menteri dan lantikan politik," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Datuk Seri Najib Razak pada Khamis lalu mengumumkan beberapa langkah pengubahsuaian untuk menyesuaikan kemampuan kerajaan berdepan masalah semasa.

Selain pengurangan carumah, kerajaan bersetuju mengecualikan cukai individu sehingga RM2,000 bagi seseorang yang berpendapatan kurang daripada RM8,000 sebulan untuk tahun taksiran 2015.

Keluarga miskin tegar yang berdaftar pula akan menerima 20 kilogram beras setiap bulan.


Bagaimana bukan pencarum?

Kata Mahfuz, kerajaan juga tidak memansuhkan pelantikan jawatan Duta Khas dan penasihat perdana menteri yang bertaraf menteri yang "menghabiskan sejumlah wang negara" melalui pembayaran kepada mereka.

Beliau berkata pengurangan caruman KWSP sebanyak 3 peratus dengan anggaran RM8 bilion untuk pekerja berbelanja masih tidak mencukupi kerana tidak semua rakyat Malaysia mencarum dalam agensi berkenaan.

Ketika ini, kata Mahfuz, hanya 6.72 juta pencarum KWSP yang masih aktif terlibat.

"Bagaimana golongan yang tidak mencarum dalam KWSP dan golongan yang selama ini pendapatan mereka tidak layak dicukaikan kerana cukup makan atau pun tak cukup makan?

"Bukan semua rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi tergolong dalam 200 ribu keluarga miskin tegar yang akan mendapat bantuan beras 20 kilogram sebulan," katanya.

Mahfuz menambah pengubahsuaian belanjawan tidak memberi makna jika rakyat gagal memperoleh pendapatan boleh guna yang lebih besar, dan pada masa sama terus menjadi mangsa cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Justeru, katanya, beliau tetap mencadangkan kerajaan perlu mengurangkan kadar GST daripada enam peratus kepada tiga peratus saja.

"Potongan KWSP dianggar meningkatkan perbelanjaan penggunaan swasta sebanyak RM8 bilion setahun seperti diharap oleh Najib sebenarnya membawa pulangan kepada kerajaan melalui GST bernilai RM480 juta.

"Begitu juga dengan pelepasan khas cukai individu RM2,000 kepada pembayar cukai pendapatan individu yang berpendapatan RM8,000 sebulan ke bawah kononnya menyebabkan kerajaan hilang RM350 juta setahun.

"Ini bermakna RM350 juta dalam poket rakyat untuk dibelanjakan bagi kerajaan mendapat kembali melalui GST. Wang RM350 juta tersebut akan memberi balik pulangan kepada kerajaan melalui GST sebanyak RM21 juta.

"Ini bermakna kerajaan mendapat tambahan pendapatan melalui GST sebanyak RM501 juta kepada perolehan GST sedia ada sebanyak RM51 bilion.

"Maksudnya, pengubahsuaian belanjawan itu menjadikan rakyat sebagai penyelemat ekonomi negara melalui GST, bukannya Najib dan kabinet dapurnya," kata Mahfuz.


Pemimpin meroyan punca pembangkang dilarang masuk Sarawak – MYKMU.NET

 
Ia dikatakan berlaku ekoran bakal menjelangnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.


zurida,mykmu


PETALING JAYA: Blog pro UMNO, MYKMU.NET  menegaskan pemimpin pembangkang yang menggunakan media untuk meroyan dengan menyerang Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satim sebagai punca mereka tidak dibenarkan masuk ke negeri itu oleh pihak berkuasa.

Menerusi artikel bertajuk `Belum masuk Sarawak pun sudah tunjuk perangai buruk, macam mana hendak dibenarkan masuk?, penulis artikel itu mendakwa, semua itu berlaku ekoran bakal menjelangnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Penulis artikel tersebut merujuk perkara berkenaan kepada Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin yang dihalang masuk ke Sarawak oleh pihak Imigresen.

Ia turut melibatkan sama Ahli Parlimen Lembah Nurul Izzah Anwar, yang sebelum ini pernah menuduh Adenan sebagai pengecut ekoran langkahnya tidak membenarkan Zuraida memasuki Sarawak.

“Setiap kali ada pemimpin PKR, DAP mahupun Amanah disekat masuk ke Sarawak, maka setiap kali itulah mereka meroyan menuduh yang bukan-bukan.

“Belum masuk Sarawak pun sudah memburuk-burukkan kerajaan negeri dengan pelbagai tuduhan jahat, apatah lagi jika dibenarkan masuk? Lagi teruklah mereka tunjuk perangai buruk dan membawa budaya tidak sihat ke negeri itu. Burukkan nama orang semenanjung saja, kan?,” tulis artikel berkenaan.

Kata penulis itu lagi, disebabkan itu pihak imigresen mempunyai alasan untuk tidak membenarkan beberapa pemimpin pembangkang masuk ke Sarawak kerana rakyat di negeri itu berhak dan mempunyai keistimewaan sejak merdeka.

Oleh kerana itu, penulis artikel berkenaan menjelaskan, tidak ada siapa dalam kalangan pemimpin pembangkang yang boleh mempertikai hak dan keistimewaan negeri itu.

“Sekiranya Zuraida atau mana-mana individu yang mahu menjejakkan kaki di bumi Sarawak, maka mereka perlu memastikan mereka berkelakuan baik, tidak membawa budaya buruk, tidak menghasut, tidak menipu, tidak berbohong dan tidak cuba mengajar orang Sarawak untuk berlaku biadap.

“Mereka juga perlu patuh hormat pada kedaulatan undang-undang dan tidak perlu pun berkempen melepaskan banduan yang disahkan bersalah di mahkamah. Rakyat Sarawak terkenal patuh pada undang-undang dan bertamadun menghormati keputusan mahkamah,” tulis penulis berkenaan.

Rakyat sebenarnya penyelamat negara, bukannya Najib

 
Pengurangan 3 % caruman KWSP memberi pendapatan tambahan kepada kerajaan menerusi GST.


mazfuf,najib


PETALING JAYA: Pengubahsuaian Bajet 2016 memberi petunjuk bahawa rakyat menjadi penyelamat ekonomi dan kewangan Negara, bukannya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau anggota kabinetnya.

Ketua Whip PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, rakyat terus menanggung beban Kerajaan Persekutuan apabila membayar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Katanya, potongan 3% WSP dianggar meningkatkan perbelanjaan penggunaan swasta RM8 bilion setahun yang diharap Najib untuk pekerja berbelanja sebenarnya membawa balik pulangan pada kerajaan melalui GST sebanyak RM480 juta.

“Begitu juga dengan pelepasan khas cukai individu RM2,000 kepada pembayar cukai pendapatan individu yang berpendapatan RM8,000 sebulan ke bawah untuk tahun taksiran 2015 dengan kerajaan kononnya kehilangan RM350 juta setahun.

“Ini bermakna, RM350 juta dalam poket rakyat untuk dibelanjakan bagi kerajaan mendapat kembali melalui GST.

“RM350 juta tersebut akan memberi balik pulangan kepada kerajaan melalui GST sebanyak RM21 juta.

Ini bermakna kerajaan mendapat tambahan pendapatan melalui GST sebanyak RM501 juta daripada pendapatan GST sedia ada RM51 bilion melalui pengubahsuaian Bajet 2016.

“Ini bermakna Pengubahsuaian Bajet 2016 menjadikan rakyat penyelamat ekonomi rakyat penyelamat ekonomi dan kewangan negara dengan GST, bukannya Najib atau kabinetnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Najib juga dilihat tidak banyak mengurangkan beban kerajaan ekoran kejatuhan harga minta dunia yang mencecah hampir ASD30 setong serta kejatuhan nilai Ringgit Malaysia.

“Pengubahsuaian Bajet 2016 tidak memberi makna jika rakyat tidak memperolehi pendapatan boleh guna yang lebih besar, bahkan rakyat terus menjadi mangsa GST.

“Saya tetap menegaskan bahawa kerajaan perlu turut mengurangkan Kadar GST dari 6% kepada 3% sahaja. Barulah semua lapisan rakyat dapat merasai dan meringankan beban kos sara hidup,” katanya.

Katanya, jumlah anggota kabinet yang ramai tidak membantu rakyat sebaliknya hanya menyemakkan negara.

“Jumlah anggota kabinet langsung tidak disentuh untuk dikurangkan seperti yang dicadangkan kepada 15 hingga19 orang sahaja daripada jumlah sekarang sebanyak 35 orang.

“Pada hal sektor swasta terpaksa mengurangkan kakitangannya daripada pelbagai peringkat untuk mengurangkan beban kos operasi. Sepatutnya kerajaan juga mengurang separuh anggota kabinetnya untuk mengurang kos gaji Menteri dan lantikan politik.

“Begitu juga kerajaan tidak memansuhkan pelantikan jawatan Duta Khas dan Penasihat Perdana Menteri yang bertaraf menteri yang telah menghabiskan sejumlah wang negara,” katanya lagi.

Pelakon dikecam kerana buka tudung, seksi ketika bercuti

 
Uqasha Senrose yang telah bertudung didakwa bergambar seksi sehingga nampak bahagian pusat dan bertindik.


Uqasha Senrose


PETALING JAYA: Pelakon Uqasha Senrose menjadi ‘tumpuan’ peminat seni hiburan tempatan di media sosial gara-gara dikatakan membuka tudung dan berpakaian seksi ketika bercuti di Thailand.

Pelakon kelahiran Kelantan itu menjadi tumpuan selepas gambar-gambarnya tidak bertudung disiarkan di sebuah akhbar mingguan Ahad lalu.

Antara gambar itu menunjukkan Uqasha berpakaian seksi sehingga mendedahkan pusat dan bertindik.

Dia juga bergambar berpeluk dengan seorang pelakon lelaki, Iqram Dinzly.

Uqasha mula berhijrah dengan memakai pakaian menutup aurat pada 2014 dan turut menceburkan diri dalam perniagaan menjual tudung.

Pelakon jelita itu sebelum ini pernah digosipkan mengunjungi kelab malam walaupun selepas berhijrah. Tetapi Uqasha menafikan dakwaan itu.

Menurut beberapa portal hiburan, pelakon itu masih membisu dan mengelak daripada wartawan selepas gambar-gambar seksinya tersebar.

Peminat hiburan tempatan marah dan menuduh pelakon itu berhijrah semata-mata untuk mendapatkan publisiti

Malah, ada yang mendakwa Uqasha dan Iqram menggunakan agama bagi meraih perhatian masyarakat.

Iqram pula sebelum ini pernah mengubah imej dengan berjubah dan bercakap isu keagamaan dan ketuhanan tetapi perbuatannya berpelukan dengan wanita bukan muhrim telah menyebabkan masyarakat memandang serong kepadanya.

“Mempersendakan agama. Kejap bukak kejap tutup.. ingat Allah cuma ada kat Malaysia je kot,” komen Bip_koh di portal hiburan beautifulnara.com.

“Uqasha tu aku tak terkejut sgt..yg iqram tu..bukan dia cam alim n islamic ke..patut dia jaga batas n pilih la perempuan yg elok2 sikit..hmm..kecewa..,” komen miss ungu violent.

Najib tersenarai sebagai sasaran kumpulan militan – akhbar Cina

 
Najib dan Ayub dilihat oleh penyokong IS sebagai musuh malahan, turut didakwa sebagai pengkhianat agama.


najib23


PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi salah seorang daripada dua individu yang `disenarai pendek’ sebagai sasaran oleh kumpulan militan.

Seorang lagi individu yang turut tersenarai adalah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay.

Menerusi wawancara khas dengan akhbar berbahasa Cina, China Press yang diterjemahkan oleh sebuah laman portal, Ayub menjelaskan, dirinya dan Najib telah dilihat oleh Penyokong IS sebagai musuh malahan, turut didakwa sebagai pengkhianat agama.

Katanya, keadaan itu telah menyebabkan Najib dan dirinya menerima ugutan maut daripada kumpulan pengganas selain, terdapat penyokong IS tertentu mengugut melalui media sosial apabila mahu beliau dan Najib berhenti melancarkan usaha menentang pengganas.

“Setahu saya, Perdana Menteri dan menteri tertentu yang menyokong usaha menentang pengganas turut menerima ugutan serupa,” katanya.

Dalam pada itu, Ayub berkata, polis juga bimbang kemungkinan pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di Timur Tengah terpengaruh dan menyertai aktiviti pengganas di negara-negara berkenaan.

Katanya, polis pernah menyeru perwakilan Malaysia di Timur Tengah supaya mengawasi gerak-geri pelajar Malaysia.

Beliau bagaimanapun mengakui usaha itu tidak mudah dilaksanakan kerana ramai pelajar tidak berdaftar dengan pihak kedutaan.

Jangan senang-senang neutralkan pendatang tanpa izin di Sabah

stephen wong

Roketkini.com


SANDAKAN: Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fatt mendesak kerajaan mengeluarkan kad pengenalan khas Sabah sebelum melaksanakan Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin  atau Rehiring Proggramme).

Beliau berkata, ia berikutan program itu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini menimbulkan kekhuatiran berhubung situasi yang bakal berlaku melibatkan golongan itu khususnnya di Sabah.

“Sebelum laksanakan rehiring programme, kerajaan kena bersihkan dulu mereka yang mendapat kerakyatan dengan cara yang tak betul dan melaksanakan pemberian Kad Pengenalan Khas Sabah yang dicadangkan banyak pihak sebelum ini.

“Kerajaan perlu cari kaedah tertentu untuk bendung gejala ‘Projek IC’ dengan lebih berkesan, bukan senang-senang neutralkan PATI dengan rehiring programme. Jadi, PATI yang sudah dapat IC melalui saluran salah macam mana pula?” katanya.

Ahli Parlimen Sandakan itu turut menggesa Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Teknikal untuk mengkaji cadangan Laporan RCI Pendatang Asing Sabah, Tan Sri Pairin Kitingan supaya membentang laporan siasatannya secepat mungkin.

“Sepatutnya laporan ini sudah lama keluar tapi sampai sekarang tidak ada. Mereka nampaknya tidak serius untuk selesaikan masalah ini,” katanya.

Dalam pengumumannya baru-baru ini, Najib berkata kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI atau Rehiring Programme untuk memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di Malaysia diberi permit kerja yang sah.

Mengikut statistik Kementerian Sumber Manusia pada 2014, seramai 6.7 juta pekerja asing ada di Malaysia tetapi hanya 2.1 juta memiliki permit kerja sah. Kerajaan juga pada Jun tahun lalu mengumumkan akan membawa masuk seramai 1.5 juta pekerja dari Bangladesh. – Roketkini.com


80% kerusi DUN Sarawak dipersetujui HARAPAN

Lu Wei Hoong


 


Menjelang pilihan raya Sarawak tidak lama lagi, isu pembahagian kerusi di kalangan pembangkang di negeri itu dilaporkan hanya 20 peratus belum diselesaikan.

"Kami sudah memuktamadkan kebanyakan (rundingan) kerusi.

"Secara umum 80 peratus sudah diselesaikan dan 20 peratus lagi sedang diusahakan," kata Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian kepada Malaysiakini.

Adun Bakelalan itu
memberitahu persetujuan itu dicapai melalui pertemuan dengan wakil Pakatan Harapan di Sarawak pada Selasa.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak dapat memberikan butiran lanjut kerana terikat dengan persetujuan mesyuarat.

Rundingan itu, katanya, akan diteruskan selepas cuti Tahun Baru Cina Februari ini.

Sementara itu Setiausaha DAP Sarawak Alan Ling turut mengakui kebanyakan kerusi sudah dimuktamadkan namun enggan memberi maklumat lanjut.

Alasannya, gabungan pembangkang mahu mengelak kenyataan bercanggah kepada umum.

Kata Ling beberapa kerusi masih dirundingi antara DAP dan PKR.

"Saya boleh katakan kebanyakan kerusi dipersetujui ditandingi parti yang meletakkan calon dalam pilihan raya terdahulu, manakala selebihnya (kerusi baru) akan dibincangkan.

"Kami berharap ia boleh diselesaikan pertengahan Februari," katanya kepada Malaysiakini.

Persempadanan semula kawasan pilihan raya tahun lalu menjadikan jumlah kerusi untuk DUN Sarawak meningkat daripada 71 kepada 82.