AR RISALAH الــرســالـة

MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK

HALAMAN SANTAI

Ahad, 31 Mac 2019

BN hilang ‘kepala’ kalau Tok Mad kalah

Muhammad Azizul Osman
xMGF30032019_-KEMPEN-PRK-RANTAU41-681x453
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin berucap pada Majlis Mesra Bersama Pemimpin anjuran Jentara Pilihraya BN sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Bilik Gerakan PDM Pekan Sagga, Rantau, Negeri Sembilan. foto NOOREEZA HASHIM,
 

PRK RANTAU- Barisan Nasional (BN) perlu bekerja keras memastikan kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, 13 April depan.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, sekiranya Mohamad kalah di Rantau, ia menandakan BN akan kehilangan tampuk kepimpinan yang akan mengemudi parti itu kelak.

“Pemimpin PH yang datang ketika penamaan calon bukan calang-calang, ada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mereka tahu yang lawan ini ‘taiko’ daripada UMNO.

“Bagi mereka kalau boleh kalahkan Tok Mad, ‘kepala’ sudah dipotong. Sebab itu kita kena pastikan ‘kepala’ kita jangan dipotong,” katanya dalam ceramah di Pusat Daerah Mengundi Pekan Sagga, semalam.

Tambah bekas Menteri Belia dan Sukan itu, kerusi DUN Rantau penting untuk dipertahankan kerana ia melibatkan maruah Mohamad sebagai Timbalan Presiden UMNO yang kini menjalankan tugas Presiden UMNO.

“Ini peperangan maruah di mana calon yang kita letak ini lambang kepimpinan parti kita. Kebetulan kerusi ini ditandingi oleh Tok Mad yang menjalankan tugas Presiden UMNO,” katanya lagi.

PRK Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Mohamad dengan 3 calon lain, iaitu Dr. S. Streram yang mewakili PH dan 2 calon Bebas, Malar Rajaram dan Mohamad Nor Yassin. -MalaysiaGazette

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 3/31/2019 04:19:00 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Menjelang PRK Rantau, penganalisis percaya momentum BN lebih menyerlah

MINDA RAKYAT
 

PETALING JAYA: Penganalisis politik percaya Barisan Nasional (BN) akan tampil dengan momentum dan rekod lebih menyerlah berbanding calon lain, termasuk Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau akan datang.

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Azmi Hassan berkata, calon BN, Mohamad Hassan mempunyai kelebihan dan terkehadapan berbanding calon lain kerana beliau mendapat restu padu daripada ahli dan parti komponen.

“Ini termasuk juga sokongan daripada PAS,” katanya kepada FMT.

Katanya, keadaan ini berbeza dengan PH yang dilihat tidak selesa dengan calon mereka sendiri, Dr Streram Sinnasamy.
 
“Pencalonan beliau (Streram) menerima tentangan dalaman, terutama sekali daripada PKR kerana ada yang berpendapat, PH perlukan calon Melayu di situ,” katanya.

Beliau berkata, ini kerana PH berkemungkinan besar boleh meraih sokongan padu pengundi Cina dan India, tetapi mereka memerlukan faktor calon Melayu untuk menarik sokongan pengundi kumpulan itu.

“Perlu juga diingatkan Mohamad adalah anak tempatan Rantau dan juga bekas menteri besar negeri itu. Faktor itu sahaja boleh menarik sokongan pengundi bukan Melayu,” katanya.

Justeru kata Azmi, momentum positif akan lebih berpihak kepada calon BN, dengan ditambah oleh “aura” Mohamad yang tidak mempunyai liabiliti politik dan sukar ditandingi Streram.

Sebelum ini, Mohamad yang merupakan pemangku presiden Umno mengumumkan akan mempertahankan kerusi DUN berkenaan pada PRK yang akan berlangsung pada 13 April ini.

Manakala, Streram yang juga timbalan ketua PKR Rembau, diumumkan sebagai calon PH.

Beliau merupakan calon PKR bagi kerusi tersebut pada pilihan raya umum 9 Mei lepas dan bertanggungjawab memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan pilihan raya itu di Mahkamah Tinggi Seremban pada 23 Mei tahun lalu.

Pada 16 September lalu, Mahkamah Tinggi Seremban mengisytiharkan kemenangan Mohamad bagi kerusi itu terbatal dan tidak sah.

Mohamad diumumkan menang selepas Streram gagal menghantar borang penamaan calon kerana tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan disebabkan tidak mempunyai pas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam pada itu, penganalisis politik, Kamarul Zaman Yusoff berkata, bukan sahaja aura yang dimiliki oleh Mohamad, tetapi jasanya kepada negeri itu boleh menjamin beliau mengekalkan kerusi tersebut.

“Bukan saja jasanya kepada orang Melayu tapi juga orang bukan Melayu,” katanya ketika dihubungi FMT.

Beliau berkata, PH mungkin berdepan dengan momentum yang lebih perlahan disebabkan konflik dalaman yang berlaku parti itu.

“Selain pertikaian dalaman, ada antara parti komponen PH yang tidak menyokong calon mereka sendiri, apatah lagi dalam PKR itu sendiri ada 2 kem yang berpecah. Bagaimana ini boleh membantu sangat calon PKR ini,” katanya.


Dicatat oleh ELBI RISALAH di 3/31/2019 04:17:00 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Cadangan Mengantikan Raja Bahrin dan Husam Musa

Syed Mohd Al-Amin bin Tuan Sharif
 

1. Merujuk kepada kenyataan Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman, Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) dalam satu sidang media di Kedah pada 21 Mac 2019 lepas, yang menyatakan bahawa sokongan rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Harapan menurun, adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian serius oleh Pimpinan Tertinggi Pakatan Harapan Pusat. Namum, menurut beliau lagi, kemerosotan sokongan rakyat ini bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana dasar naluri manusia yang mahukan sesuatu perubahan itu drastik dalam tempoh yang singkat, tetapi sebagai kerajaan persekutuan yang baru, sewajarnya perubahan ketara yang lebih baik bagi kehidupan rakyat sepatutnya berlaku dan dirasai.

2. Walaupun kenyataan beliau itu dibuat secara umum tanpa merujuk kepada mana-mana bahagian pentadbiran kerajaan dan parti politik, tetapi apa yang penting kepada pendokong dan penyokong Pakatan Harapan di seluruh negara adalah tindakan pantas, sistematik, berhemah, konsisten dan tegas untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul di pelbagai peringkat. Setiap pemimpin peringkat tertinggi Pakatan Harapan sewajarnya dapat membaca dan menghidu keresahan para pendokong dan penyokong yang telah lama dan banyak bersuara tentang kekurangan, kelemahan dan kelompangan dalam beberapa perkara dan isu pentadbiran. Lebih malang lagi jika kelemahan pentadbiran ini berkait rapat dengan perkhidmatan yang sepatutnya diberikan kepada rakyat di kawasan-kawasan parlimen, kampung-kampung oleh pimpinan-pimpinan peringkat bahagian atau cawangan, disebabkan ketiadaan struktur pentadbiran yang diselaraskan antara parti Pakatan Harapan.

3. Antara sekian banyak kelemahan adalah kelemahan yang berlaku dalam Pakatan Harapan negeri sendiri bagi negeri tertentu. Dengan usia kemenangan yang menjangkau 1 tahun, sepatutnya negeri telah mempunyai struktur pentadbiran Pakatan Harapan Negeri yang mantap dan tersusun. Struktur ini juga sewajarnya telah melebar dengan kemas ke setiap kawasan, cabang atau bahagian. Jawatan-jawatan seperti Penyelaras Parlimen, Penyelaras DUN dan biro-biro yang selari dengan keperluan kementerian-kementerian di peringkat pusat, telah dianggotai bersama oleh rakan-rakan Pakatan Harapan Negeri. Mesyuarat diperingkat PH Negeri sepatutnya memandu dan boleh dijadikan panduan oleh bahagian, cabang atau kawasan. Tetapi amat malang jika masih ada pimpinan PH Negeri yang gagal mengadakan mesyuarat dengan korum yang penuh untuk membuat beberapa keputusan penting dan itu pun berlaku sekali dua sahaja dalam tempoh 10 bulan ini.

4. Justeru, sebagai pendokong dan penyokong perubahan bersama-sama rakyat yang telah memberi mandat kepada parti-parti dalam Pakatan Harapan, saya mencadangkan pihak kepimpinan tertinggi PH terutamanya Majlis Presiden PH supaya menilai dan menggantikan mana-mana pengerusi Pakatan Harapan Negeri yang tidak mempedulikan kelestraian dan kelangsungan politik Pakatan Harapan di peringkat negeri. Ini adalah amat penting dan sangat serius untuk diberikan perhatian memandangkan ia adalah suara akar umbi yang telah bosan dengan ketidakupayaan dan kepimpinan yang mendatar tanpa visi, misi dan tanpa anjakan keberhasilan.

Syed Mohd Al-Amin bin Tuan Sharif
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat Terengganu


Dicatat oleh ELBI RISALAH di 3/31/2019 04:14:00 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Jangan ingat Sarawak bodoh, Nancy bidas Putrajaya tarik balik projek

MINDA RAKYAT


KUALA LUMPUR: Seorang wakil rakyat Sarawak memberi amaran kepada Putrajaya agar jangan menganggap rakyat Sarawak bodoh selepas kerajaan persekutuan menarik balik projek pembinaan 3 jambatan atas alasan kekangan wang.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri berkata, beberapa wakil rakyat Sarawak membangkitkan isu pembinaan jambatan di Igan, Rambungan dan Batang Lupar dan pembangunan lain di Dewan Rakyat tetapi alasan diberi sama sahaja.

“Kerajaan persekutuan atau mana-mana parti memerintah harus beri kemudahan ini untuk kegunaan rakyat Sarawak. Tidak bolehlah kata tidak ada duit. Sudah beberapa kali isu ini dibangkitkan di Dewan Rakyat, menteri asyik kata tunggu lagi.

“Kami bukannya bodoh, cakap duit tidak ada tetapi sebenarnya banyak duit. Kalau jadi pemimpin, jadilah pemimpin untuk semua rakyat. Masa pilihan raya bolehlah bergaduh untuk menang tetapi lepas pilihan raya janganlah berdendam,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg mengkritik Putrajaya dan menggelarnya buruk siku selepas menarik balik projek pembinaan 3 jambatan itu dan beberapa projek lain.

Menurut Abang Johari, tindakan menarik balik pembinaan jambatan itu selepas diluluskan sewaktu pentadbiran Barisan Nasional (BN) dilihat janggal ketika Putrajaya bersungguh-sungguh mahu menghasilkan kereta terbang pertama negara.

Nancy berkata, bukan setakat 3 projek jambatan itu sahaja yang ditarik balik, projek-projek pembangunan kecil lain, yang bernilai RM20,000 hingga RM30,000 juga dibatalkan.

“Betapa kejamnya kerajaan yang ada pada hari ini. Saya kata demikian kerana kami merasainya, saya bersyukur kerana kerajaan Sarawak dapat berikan kami peruntukan. Jika tidak diberikan peruntukan, kami turun ke kawasan tidak ada duit,” katanya.

Nancy berkata, walaupun negerinya dikatakan ketinggalan namun banyak projek hendak dilaksanakan disitu dan banyak pihak hendak berkawan dengan orang Sarawak.

“Mereka hendak gunakan sebagai proksi. Saya cakap betul, jangan perbodohkan kami, kerana ini adalah hak orang Sarawak,” katanya.

Menurut Nancy, mana-mana pihak mempersoalkan apakah sumbangan Barisan Nasional (BN) selama 55 tahun di Sarawak harus melihat semula diri mereka, memandangkan setiap pembangunan di negeri berkenaan dilakukan kerajaan terdahulu.

“Ada yang kata BN memerintah selama 55 tahun, apa yang BN lakukan. Jangan malukan diri sendiri, jangan soal kami sedemikian. Jika tidak kerana BN, anda bersekolah di mana? Jalan mana yang anda lalui? Setakat ini mana dia legasi dari PH?

“Jangan sombonglah, semua keindahan dan pembangunan di Sarawak itu daripada kerajaan BN. Saya marah sebab kami sudah buat kerja. Kami dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak malu berjalan mendongakkan kepala. Kami bangga kerana tahu sudah jalankan tugas dengan baik,” katanya.

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 3/31/2019 04:12:00 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

BUKTI DAKWAAN ATAU MOHON MAAF – MIC

Wartawan Watan-Online

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr. S. Streram didesak membuktikan dakwaan anggota MIC telah menyerang seorang ketua ranting PKR semalam.

Timbalan Presiden MIC, M. Saravanan berkata Streram perlu membuktikan tuduhan serius tersebut.
Beliau turut berkata MIC akan bertindak mengeluarkan surat saman kepada Streram sekiranya gagal membuktikan tuduhan tersebut dalam tempoh 24 jam.

“Kementerian Dalam Negeri berada di bawah Pakatan Harapan. Jika ahli MIC melakukan serangan itu (terhadap ketua ranting PKR), tangkap dia dan umumkan dia ialah ahli MIC.

“Dalam masa 24 jam Streram perlu membuktikan dakwaannya atau memohon maaf,” kata Saravanan seperti lapor media di Rantau pada Sabtu.

Terdahulu, ketua ranting PKR Taman Cempaka, K. Suresh dilaporkan diserang seorang lelaki ketika membersihkan sebuah kawasan belukar. Beliau berjaya melepaskan diri dan mengalami kecederaan di lengan kirinya.

Dalam satu ceramah, Streram dilaporkan mendakwa penyerang tersebut adalah dari kalangan anggota MIC.


Dicatat oleh ELBI RISALAH di 3/31/2019 04:06:00 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiga logo bergabung pada satu bendera tanda penyatuan BN-Pas

Muhammad Azizul Osman
MGF_30032019_PRK-RANTAU-PENAMAAN_03-681x454
Gelagat penyokong Barisan Nasional (BN) ketika memberi sokongan kepada calon pada Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sendayan, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL,
 

PRK RANTAU – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) menyaksikan agenda penyatuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pas ternyata benar dan semakin diperkukuhkan.

Semasa proses penamaan calon di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Bandar Sri Sendayan, kelihatan tiga logo iaitu BN-UMNO- Pas disatukan dalam satu bendera.

Malah beberapa kepimpinan Pas setia menemani calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan antaranya Naib Presidennya, Idris Ahmad, dan Ketua Dewan Ulama Datuk Mahfodz Mohamed.

Turut kelihatan bekas Exco Selangor dan bekas ADUN Selat Kelang, Dr Halimah Ali.

Hadir mengiringi Mohamad adalah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selain kepimpinan UMNO antaranya Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Noriani Ahmad.

Ini kerjasama ketiga Pas turun menyokong calon BN, dalam siri PRK antaranya di Cameron Highlands, Semenyih dan DUN Rantau.

Kehadiran Unit Amal Pas yang bertungkus lumus menjaga kesesakan ratusan penyokong BN dan Pas juga membuktikan bahawa agenda penyatuan ummah yang turut menerima restu MCA dan MIC kini semakin lancar. -MalaysiaGazette

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 3/31/2019 03:55:00 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

CLP: Kenapa AG tak sensitif?

Wartawan MalaysiaGazette
xMGF21122018_MAJLIS-PROFESSOR-NEGARA_18-681x454
Prof Dr. Teo Kok Seong

KUALA LUMPUR – Peguam Negara didakwa tidak sensitif apabila memperakui Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi tujuan menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP).

Meskipun, ia merupakan kuasa mutlak seorang Peguam Negara tetapi persoalannya mengapa pengiktirafan itu dilakukan secara tiba-tiba dan dalam ketika kajian pengiktirafan sijil itu sedang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan.

Penganalisis tempatan, Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, akibat daripada keputusan itu rakyat tertanya-tanya apakah kewajaran untuk mengiktiraf UEC yang sejak sekian lama menjadi polemik.
Lantaran itu, Tommy Thomas perlu menjelaskan mengenai keputusan yang dibuat.

“Keputusan Peguam Negara menjadi perdebatan kerana ia dianggap sebagai piecemeal atau pembaharuan tambahan dalam sesuatu sistem untuk satu tujuan.

“Mengapa tiba-tiba dan sekarang?

“Satu lagi, bukankah kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia dijadikan penanda aras dalam peperiksaan di Malaysia memandangkan peperiksaan itu mempunyai tiga subjek teras pembinaan bangsa negara melalui subjek bahasa Melayu, Sejarah, Pendidikan Islam/Moral.

“Jelaskan mengapa ia tidak dijadikan penanda aras dalam CLP?,” katanya kepada Malaysia Gazette.

Jelasnya, pengiktirafan UEC yang disamakan dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) memberi isyarat yang salah terhadap penduduk majoriti Malaysia kerana ia dilihat sebagai satu cubaan untuk ‘menganggu-gugat’ sistem pe ndidikan negara dan mencabul Dasar Pendidikan Negara.

“Dari segi undang-undang ia tidak salah. Tetapi dari segi moral ia adalah titik hitam kepada sistem pendidikan, kepada perjuang bangsa negara,” ujarnya yang kecewa dengan keputusan tersebut.

Mengulas lanjut, Kok Seong percaya, walaupun peguam-peguam negara terdahulu mempunyai kuasa mutlak itu namun mereka mengambil banyak pertimbangan kewajaran tentang negara dan kontrak sosial antara kaum, lantaran itu UEC tidak pernah berada dalam pertimbangan.

Baru-baru ini, Tommy yang juga Pengerusi Lembaga Kelayakan Profesional Undang-Undang Malaysia mengumumkan UEC pada tahap Senior Middle 3 boleh diterima sebagai memenuhi syarat kelayakan di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tujuan menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP).

Syarat menduduki CLP bagi pemegang sijil kelayakan UEC ialah lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran pada tahap Senior Middle 3 dan memperoleh sekurang-kurangnya 5 kepujian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ O-Levels/setaraf yang diperoleh dalam 1 peperiksaan yang sama.

Syarat ini hendaklah terpakai bagi semua pelajar yang mendaftar bagi kemasukan program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang selepas pengumuman keputusan terdahulu pada 5 Jun 2018.

Bagi mengelak apa-apa kekeliruan, adalah perlu ditekankan bahawa 1 Jan 2021, semua pelajar sama ada pemegang sijil UEC atau kelayakan lain yang diiktiraf, yang ingin menduduki peperiksaan CLP hendaklah memenuhi syarat 5 kepujian di peringkat SPM/O-Levels/ setaraf, dan kelulusan yang berkenaan di peringkat STPM/ UEC/A-Levels/setaraf yang diperolehi dalam 1 peperiksaan yang sama.

Menurut kenyataan itu, semua syarat lain adalah kekal terpakai sebagaimana dinyatakan dalam “Garis Panduan Baharu Kelayakan dan Syarat Untuk Layak Menduduki Peperiksaan CLP (Ijazah Undang-Undang dari United Kingdom) dan Garis Panduan Kelayakan dan Syarat Pengiktirafan Pemegang ijazah Undang-Undang dari Australia dan New Zealand Untuk Layak Mengikut Akta Profesion Undang-Undang 1976.

Terdahulu, pada 5 Jun 2018, lembaga kelayakan itu mengumumkan keputusan bahawa syarat menduduki CLP bagi pemegang sijil kelayakan UEC mulai tahun 2021 ialah perlu mempunyai kelayakan UEC dan lulus penuh sekurang-kurangnya dua mata pelajaran di peringkat STPM/A-Levels.

Pada masa ini, syarat kelayakan bagi pemegang sijil kelayakan UEC untuk menduduki CLP adalah memperoleh sekurang-kurangnya tiga kepujian di peringkat SPM/O-Levels yang diperoleh dalam satu peperiksaan yang sama; atau kelayakan UEC dan lulus penuh sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran di peringkat STPM /A-Levels yang diperoleh dalam satu peperiksaan sama. – MalaysiaGazette

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 3/31/2019 03:36:00 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Polis marin gagalkan cubaan seludup keluar petrol

MalaysiaGazette
xMarin
Pasukan Polis Marin

KUALA LUMPUR – Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan menyeludup keluar 600 liter petrol bernilai RM1,320 dalam operasi bersepadu di Pulau Kalapuan di Semporna, semalam.

Dalam satu kenyataan, Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata,
berdasarkan maklumat Unit Risikan Marin (URM), pihaknya membuat pemeriksaan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di pulau berkenaan dalam operasi yang turut disertai pegawai daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 20 tong masing-masing mengandungi 30 liter petrol yang disyaki cuba diseludup ke negara jiran.

“Seorang lelaki tempatan berusia 16 tahun yang mendiami rumah berkenaan turut ditahan kerana gagal menunjukkan sebarang lesen pemilikan atau menjual barang kawalan berkenaan,” katanya dalam kenyataan itu.

Beliau berkata, remaja terbabit dan barangan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 20 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sementara itu, Mohamad Pajeri berkata, operasi yang bermula 8 pagi hingga pukul 4 petang itu turut disertai pegawai imigresen dan 184 orang diperiksa, namun kesemuanya memiliki dokumen pengenalan diri sah. – MalaysiaGazette

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 3/31/2019 03:34:00 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Lebih 45,000 dapat manfaat Program Food Bank

Mohd Zaini Samsu Hadi
xMGF31032019_FOODBANK_10-681x454
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismai sambil diiringi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (dua kanan) meletakkan tanda tangan beliau sebagai gimik Pelancaran Food Bank Malaysia peringkat Parlimen Pandan di SK Pandan Mewah, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM
 

KUALA LUMPUR – Kira-kira 45,850 isi rumah telah mendapat manfaat daripada menerusi Program Food Bank Malaysia yang dirintis oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sehingga Februari lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, menerusi program itu ia secara tidak langsung telah berjaya menyelamatkan sebanyak 1,055 metrik tan lebihan makanan.

“Dalam melaksanakan inisiatif ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menghubungkan pihak industri yang mana merangkumi bukan sahaja pasaraya malah pengeluar produk makanan, restoran dan hotel dengan rakan strategik Kementerian iaitu Mutiara Food Bank, Food Aid Foundation dan KECHARA Soup Kitchen bagi membantu menyalurkan bantuan kepada golongan sasaran.

“Program ini bukanlah bersifat ad hoc ataupun one-off tetapi merupakan program yang berterusan untuk memberikan manfaat kepada golongan sasar iaitu miskin dan miskin tegar,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Food Bank Malaysia di sini hari ini.

Menurut Wan Azizah, susulan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) pada 15 Februari lalu, kerajaan telah memutuskan untuk meluaskan Program Food Bank Malaysia yang dikendalikan oleh Kementerian ini ke seluruh institusi pengajian tinggi.

Langkah itu katanya, sebagai menangani kos sara hidup yang dihadapi oleh mahasiswa yang kian meningkat.

Tambah beliau, Program Food Bank di Parlimen Pandan yang diadakan ini akan digerakkan oleh Rakan Strategik Utama iaitu KECHARA Soup Kitchen dan mendapat kerjasama dari Voice of Pandan (Petubuhan Suara Anak Pandan).

Jelasnya, NGO-NGO berkenaan akan mengumpul bahan makanan dari hypermarket dan supermarket yang terlibat dalam program ini dan mengagihkannya sekali seminggu kepada kumpulan sasar kawasan Parlimen Pandan.

Katanya lagi, pada masa ini, jumlah penerima yang didaftar melebihi 200 orang dan antara pasaraya yang terlibat dalam program berkenaan iaitu Tesco, Econsave, The Store, NSK dan SEGI.

“Saya amat berbesar hati kerana mendapat kerjasama yang tidak ternilai daripada pihak yang sama-sama ingin menjayakan program ini.

“Dengan adanya program Food Bank Malaysia ini, kita ingin memastikan tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang kelaparan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 3/31/2019 03:26:00 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Laporan CEP: Ada perkara dalam rundingan, tidak boleh dedah – Dr M

THE MALAYSIAN TIMES



LANGKAWI: Kerajaan tidak boleh mendedahkan laporan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) kepada umum memandang ada beberapa perkara di dalamnya yang masih di peringkat rundingan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana menteri berkata beliau sedar bahawa kerajaan dituduh sebagai tidak telus kerana pendirian itu, namun menjelaskan pihaknya memerlukan sedikit masa sebelum membuat keputusan seterusnya.

“Saya tidak tahu apa dia yang kita tidak boleh cerita sebab kita cerita semua, tapi ada perkara-perkara dalam rundingan dan kita tidak boleh dedah apa yang kita berunding sehinggalah keputusan dicapai,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau terdahulu hadir pada majlis sambutan Jubli Perak Permodalan Kedah Bhd (PKB) dan merasmikan Hotel Adya Chenang, di sini.

Dr Mahathir diminta mengulas mengenai gesaan pelbagai pihak agar kerajaan mendedahkan laporan itu yang pada masa ini diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Dalam pada itu, perdana menteri berkata beliau sedar rakyat tidak peduli tentang apa yang telah dilakukan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa memegang pentadbiran negara dahulu.

Namun, Dr Mahathir menegaskan bahawa tindakan bekas presiden UMNO itu telah menyukarkan proses pemulihan negara oleh kerajaan pada hari ini.

“Dia hutang begitu banyak dan duit hilang dan macam-macam lagi di masa dia dan dia mengambil kontrak yang merugikan Malaysia.

“Tapi (apabila) kita mahu matikan kontrak itu kita terpaksa bayar ganti rugi kepada kontraktor, ini menyebabkan kos meningkat dan kewangan negara terancam,” katanya.

Beliau berkata kerajaan hari ini tidak boleh memberi layanan yang sama kepada rakyat seperti mana dilakukan Najib, seperti memberi ‘duit percuma’ kepada rakyat.

“Ini kerana beliau menggunakan wang yang dicuri. Kami bukan kleptokrat, kami bukan pencuri, kami tidak mencuri wang. Kami cuba mencari wang sebanyak yang boleh, tetapi sudah tentulah kami perlu beransur-ansur kurangkan ‘hadiah percuma’ yang diberi oleh Najib,” katanya.—Bernama

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 3/31/2019 03:19:00 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Saya sudah bantu kerajaan dalam rundingan dua hala sejak 80-an

Wartawan MalaysiaGazette
Kertas cadangan mengenai kaedah pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dikemukakan kepada kerajaan dalam tempoh dua minggu, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin.
Tun Daim Zainuddin
KUALA LUMPUR- Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin tidak kisah untuk menyerahkan tanggung jawab mengepalai rundingan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan China kepada pihak lain yang berminat.

“Saya telah membantu kerajaan dalam mengendalikan rundingan dua hala sejak 80-an. Saya sangat gembira untuk menyerahkan rundingan ini kepada mana-mana pihak yang berminat untuk mengambilalih.

“Saya tahu, Tan Sri Rafidah Aziz antara orang yang mempunyai pengalaman di dalam bidang ini,” katanya dalam satu temubual eksklusif bersama The Star yang disiarkan hari ini.

Menurut Daim, rundingan dua hala adalah sesuatu yang sangat sensitif dan rumit.

Jelasnya, rundingan sedemikian selalunya memerlukan pihak yang terlibat untuk sangat berhati-hati dan berdiplomasi kerana rundingan-rundingan tersebut perlu dijauhkan daripada pandangan umum.

“Menteri Kewangan, Lim Guan Eng betul apabila beliau mengatakan rundingan tersebut adalah memakan masa dan panjang yang akan menganggu jadualnya.

“Beliau mempunyai banyak perkara yang hendak diuruskan dan mengendalikan rundingan dua hala memerlukan beliau menghabiskan masa yang panjang untuk satu perkara sahaja sedangkan sebagai Menteri Kewangan beliau banyak kerja untuk membersihkan masalah yang ditinggalkan oleh pentadbiran terdahulu,” katanya lagi.

Menurut bekas Menteri Kewangan itu, beliau tidak pernah mendengar sebarang rungutan terhadap tanggung jawab yang telah diamanahkan kepada beliau itu.

“Ada seorang dua blogger yang mengatakan saya tidak patut mengendalikan rundingan tersebut.

“Hakikatnya, hanya ada beberapa menteri sahaja di dalam Pakatan Harapan yang mempunyai pengalaman sebenar berurusan dengan China,” jelasnya.

Kata Daim, mempunyai kelebihan mengenali dan berpengalaman berurusan dengan kerajaan China sejak sekian lama membolehkan beliau membina satu hubungan dua hala yang berguna saat ini.

Tambahnya, ‘mulut-mulut bising’ yang tidak gembira dengan amanah yang diberikan kepada beliau pasti akan diam apabila melihat Malaysia mendapat manfaat hasil daripada rundingan tersebut.-


ARTIKEL BERKAITAN
Tun Daim memang layak ketuai rundingan ECRL ke Beijing – Guan Eng
Rundingan ECRL | Tun Daim Lebih Layak Bukan Lim Guan Eng | EDISI MG 20 MAC 2019

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 3/31/2019 03:13:00 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Takda makna Tok Mat bertanding di Rantau, kata Tian Chua

Vinodh Pillai
Naib Presiden PKR Tian Chua.

SEREMBAN: Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, tidak ada makna bagi Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dalam pilihan raya kecil (PRK) yang sedang berlangsung.

“Satu-satunya sebab beliau menyertainya ialah untuk kekal relevan,” kata bekas ahli Parlimen Batu itu.

“Dia bukan menteri besar dan bukan juga ahli Parlimen,” kata Tian Chua kepada FMT semasa proses penamaan calon PRK berkenaan, semalam.

“Dia juga tidak boleh memimpin Umno dengan berkesan. Jadi jelas satu-satunya sebab dia mempertahankan kerusi itu ialah demi kelangsungan kerjaya politiknya. Tak ada sebab lain.

“Barisan Nasional (BN) hanya menggunakan PRK ini sebagai platform bagi membolehkan Mohamad meneruskan kerjaya politiknya.”

Mohamad kini adalah pemangku presiden Umno selepas Ahmad Zahid Hamidi bercuti. Beliau merupakan bekas menteri besar Negeri Sembilan dari 2004 hingga 2018 dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rantau selama 3 penggal.

Penganalisis berkata, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat, akan berjaya mempertahankan kerusi tersebut kerana beliau disukai orang Melayu dan bukan Melayu di situ.

DUN Rantau mempunyai kira-kira 50% pengundi Melayu dan bukan Melayu.

Tian Chua berkata, “pendedahan berterusan tentang perbuatan rasuah dan salah guna kuasa Umno sebelum ini” akan membantu pengundi menyedari bahawa keputusan tidak mengundi BN merupakan satu langkah bijak.

“Kami masih bergelut dengan masalah yang diwarisi daripada kerajaan lepas.

“BN tidak menawarkan apa-apa kepada rakyat, jadi kami perlu jelaskan perkara ini kepada mereka.”

Tian bagaimanapun mengakui bahawa Pakatan Harapan (PH) berhadapan laluan sukar di Rantau, berikutan kekalahannya dalam 2 PRK sebelum ini.

Tian Chua, yang menggesa calon PH di situ, Dr S Streram, supaya bekerja kuat berkata, “keadaan mungkin tidak memberangsangkan, tetapi kami perlu jelaskan apakah yang boleh dilakukan oleh PH.

“Calon PH juga perlu turun ke akar umbi dan memperkenalkan dirinya sebagai orang yang akan memberikan perkhidmatan langsung kepada rakyat.”

Ketika ditanya tentang spekulasi bahawa Umno akan menggerakkan seluruh jenteranya di Rantau dan PH akan melakukan perkara sama, termasuk menggunakan jentera kerajaan, Tian Chua berkata, perkara itu tidak akan berlaku.

“Saya fikir PH tidak pernah menggerakkan seluruh jentera kerajaan dalam PRK sebelum ini. Lagipun tidak ada keperluan itu. Wawasan kami tidak akan berjaya disampaikan hanya dengan menggunakan jentera kerajaan.”

Tian Chua juga tidak percaya persaingan 4 penjuru di situ akan mengurangkan undi semua calon dengan berkata, PRK itu akhirnya akan menjadi persaingan antara Mohamad, yang mendapat sokongan PAS, dengan calon PH, Dr S Streram.

“Seperti kita lihat dalam PRK lepas, calon Bebas bukanlah pemain utama kerana akhirnya pengundi akan memilih antara 2 parti terbesar yang bertanding.

“Ini bukannya masa untuk calon Bebas bertanding,” kata beliau.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil bersetuju bahawa PRK Rantau bukanlah mudah bagi PH.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, fenomena “Bossku” bekas perdana menteri, Najib Razak kelihatan tidak berkesan dalam kalangan pengundi di Rantau dan Umno tidak seharusnya mengikut perkembangan itu.

Pemimpin BN menganggap kemenangan mereka dalam PRK Cameron Highlands dan Semenyih antara lain disebabkan gerakan Bossku, yang popular dalam kalangan generasi muda dan pengguna media sosial.

Ditanya bilakah Dr Mahathir Mohamad akan turun berkempen di Rantau, Fahmi berkata, beliau kurang pasti kerana jadual perdana menteri itu agak ketat, terutamanya kerana sidang Dewan Rakyat sedang berlangsung sekarang.

PRK Rantau 13 April depan menyaksikan Mohamad berdepan calon PH, Dr S Streram dan 2 calon Bebas, iaitu Malar Rajaram dan Mohd Nor Yassin.

Ia diadakan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan yang difailkan Mohamad untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan kemenangan tanpa bertanding beliau dalam pilihan raya umum 9 Mei tahun lepas.

Mohamad disiytiharkan menang di kerusi tersebut selepas Streram tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon kerana tidak memiliki pas masuk daripada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 3/31/2019 03:05:00 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

PROKHAS

 Abdul Rahim Hilmi Zakariya / minda rakyat.
 

Saya terbaca hantaran Dr Mujahid Yusof Rawa petang tadi yang cuba menerangkan apa itu Prokhas Sdn Bhd yang sedang mentadbir aset RM19.9 bilion milik asal Tabung Haji. [1] Pertama sekali saya nak sarankan YB Menteri semaklah dulu fakta sebelum kongsi di page rasmi.

1. Status tersebut mengatakan bahawa pengurusan atasan Prokhas Sdn Bhd termasuk En Chen Yin Heng dilantik oleh kerajaan BN. Ini salah. Prokhas sebelum ini diterajui oleh Dr Nungsari Ahmad Radhi sebelum En Chen dilantik menjadi CEO sekitar September 2018; 3 bulan sebelum pengambilalihan aset TH diumum media.

2. Kita tiada sebarang masalah dan tidak pernah mempertikaikan kejayaan Prokhas dalam menguruskan SPV bermasalah seperti Danaharta sebelum ini. Itu kejayaan kerajaan lama dan bagus la Dr Mujahid iktiraf secara tak langsung. Tetapi kita mempertikaikan mengapakah aset2 Tabung Haji yang merupakan milik mutlak ibadah umat Islam perlu diuruskan oleh bukan Islam? Ini isu yang sensitif sepertimana kita juga percaya bukan Islam tidak mahu aset dan harta berkaitan ibadah mereka diuruskan oleh individu beragama lain. Takkan menteri tak ada common sense?

3. Walaupun Prokhas mempunyai Lembaga Pengarah (BOD) yang dianggotai sepenuhnya tokoh Muslim, tetapi Lembaga Pengarah hanya bertindak sebagai pemantau prestasi, menetapkan sasaran dan standard syarikat serta memastikan hak pemegang saham terpelihara [2].

4. Bagi perancangan dan pelaksanaan operasi, ia masih tertakluk kepada pengurusan syarikat yang diketuai oleh CEO atau MD (Pengarah Urusan). Ini adalah standard pengurusan korporat yang dipraktikkan selama ini. Jadi apabila status Dr Mujahid mengatakan bahawa segala perjalanan, tindakan dan keputusan Prokhas dibuat oleh BOD, maka ia sesuatu yang terlalu janggal kerana BOD tidak bekerja sepenuh masa di syarikat berkenaan. Faham ke tidak copy paste tu?

5. Keperluan pengurusan aset berkaitan ibadah haji wajib diketuai oleh seorang teknokrat Muslim. Ia adalah bagi memastikan pemerolehan hasil adalah menepati kehendak dan matlamat syarak daripada sekecil kecil perkara. Bukan sekadar beli saham di kaunter patuh syariah sahaja.

6. Atas sebab itu, Tabung Haji sendiri melalui Seksyen 6(2) dan 11(3) Akta 535 menegaskan keperluan teknokrat Islam bagi mengemudi institusi tersebut. Patutnya sebagai Menteri Agama kenalah memahami semangat dan roh Akta ini.

7. Aset Tabung Haji ni bukan macam Danaharta atau KWSP. 2 entiti tu kalau non muslim nak pegang dari atas sampai ke bawah pun, kita tak terlalu sensitif sebab ia tak berkaitan dengan ibadah haji yang jadi sebahagian daripada Rukun Islam. Tapi janganlah ambil yang sama level dengan Lim Guan Eng pula.

8. Kalau nak libatkan bukan Islam juga dalam pengurusan aset berkaitan ibadah ummah, tak perlulah sehingga mengetuai eksekutif dan operasi. Setakat nak letak sebagai lead auditor tak ada masalah la sebab audit ini tak terlibat dalam operasi harian.

9. Lembut dah ni. Habis lembut dah ni.

*Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu

Rujukan:

[1] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2187938687911619&id=420621651310007

[2] Malaysian Code on Corporate Governance, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, 2017, ms13

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 3/31/2019 10:54:00 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Ketua PKR Rembau ketepi bantahan terhadap Streram “demi Anwar”

Vinodh Pillai



SEREMBAN: Ketua PKR Rembau, R Tanggam sanggup ketepikan bantahannya terhadap pencalonan Streram Sinnasamy sebagai calon Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil Rantau “demi Anwar”.

Tanggam berkata dia tidak membenci Streram, yang juga tidak mahu meneruskan pertikaian antara mereka.

Tanggam memberitahu FMT: “Bagi saya, ia mengenai apa yang perlu perlukan. Setiap ahli mempunyai pandangan masing-masing tetapi ini keputusan presiden.

“Saya hanya menyokong Anwar dan parti. Begitulah pendirian saya sejak 1990 hingga hari ini dan saya akan melakukannya demi Anwar. Saya di sini hari bukan kerana orang lain.”

Tangam berkata dia akan membantu Streram menang di Rantau, mengatakan tumpulannya sekarang ini adalah “pertama sekali, bantu Anwar, dan kedua, bantu parti”.

Tanggam dan Streram tahun lepas saling berbalah dalam pertikaian mengenai calon DUN Rantau.
R Tanggam.
Tanggam berkata Streram, yang berasal dari Klang, akan menjejaskan peluang parti kerana dia bukan orang tempatan. Beliau menyokong pencalonan seorang wanita di DUN Rantau, dan cawangan sebulat suara mencalonkan dia dan isteri, K Bathmavathi, yang mengetuai sayap Wanita, disamping Streram, yang juga timbalan ketua bahagian.

Streram dinamakan calon PH oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim selepas menang kes mahkamah yang membuka laluan kepada pilihan raya kecil.

Streram hilang kelayakan untuk bertanding di Rantau pada pilihan raya umum 2018, dan Mohamad Hasan dari Barisan Nasional diumumkan pemenang. Streram mencabar keputusan itu di mahkamah dan menang. Hari mengundi ditetapkan pada 13 April.

Tanggam berkata Rantau bukan pertandingan yang mudah, kerana Mohamad puppular dalam kalangan orang Melayu dan bukan Melayu.

Beliau percaya pembangkang akan memainkan sentimen Melayu.

Bagaimanapun, Pakatan Harapan “mempunyai Mahathir Mohamad, Azmin Ali dan Anwar Ibrahim untuk menarik undi orang Melayu”, katanya.

Beliau berkata gabungan itu juga mesti mendapatkan undi orang India dan Cina juga.

Pada pilihan raya kecil, Streram dan Mohamad dicabar 2 calon bebas.

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 3/31/2019 10:46:00 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Ekstremisme musuh Malaysia Baru

Howard Lee Chuan How 


   
ULASAN | Apabila pertukaran rejim berlaku selepas PRU ke-14, rakyat berada dalam dalam keadaan suka ria meraikan pembaharuan negara dan kasih sayang sesama kita sebagai masyarakat.

Akhirnya, kita berjaya membuang kepimpinan kleptokrat dan Malaysia boleh meluncur deras menuju kegemilangan. Semangat baru ini malah kita gelar sebagai "kelahiran Malaysia Baru”.

Walau bagaimana pun, pada hemat saya, pada 9 Mei ‘Malaysia Baru’ belum pun lahir lagi, ia hanya baru bersenyawa di rahim sebuah struktur demokrasi baru tanah air kita. Namun begitu kita tetap dijunjung serata dunia sebagai obor harapan untuk demokrasi.

'Anak kandungan' hasil perjuangan bersama kita selama separuh abad yang belum lahir ini berada dalam mod survival bergelut dengan berbagai ancaman dari pelbagai sisi.

Banyak pihak yang punya kepentingan sendiri sedang menepis usaha membina dan menyatukan negara. Mereka sedang bekerja keras secara terang-terangan dan diam-diam untuk menghasut supaya suasana menjadi berwaspada, terancam dan berbahaya.

Malah mereka adalah petualang sama yang menyatukan kesatuan besar rakyat Malaysia pada PRU ke-14; bukan sahaja musuh sama yang terpalit dengan korupsi dan kleptokrasi, tetapi juga ancaman yang sama iaitu keganasan, terrorisme dan perkauman yang cuba merampas perjuangan kita untuk identiti Malaysia Baru.

Orang gila dalam kegelapan

Ketika dahulu, elemen-elemen ini mengugut masyarakat melalui salah guna kuasa institusi dan pemerintahan. Namun, mereka akan rugi segalanya jika keamanan terganggu dan kestabilan tergugat.

Tambah lagi, mereka telah disemak dan disederhanakan oleh seteru mereka yang cintakan keamanan dan pejuang kebebasan untuk keharmonian dan perpaduan.

Musuh yang kalah bukanlah musuh yang hilang. Askar yang gencat senjata tidak semestinya adalah angkatan yang termansuh. Ancaman luar kawalan adalah lebih bahaya berbanding ancaman dalam kawalan.

Jika orang gila dalam penglihatan kasar kita, kita boleh lari dan sembunyikan diri, namun orang gila dalam kegelapan adalah orang yang bolehn menyerang kita di mana dan bila-bila masa sahaja.



Ancaman dan elemen-elemen ini masih di luar sana - tewas, namun sedang mengumpul semula kekuatan, menghendap-hendap untuk membunuh Malaysia Baru - cuma sekarang mereka tiada lagi berkehendak untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan.

Malah sebaliknya: ketidakstabilan, syak wasangka dan konflik adalah alat sempurna untuk mereka menggandakan diri dan galak meradikalkan akar umbi, organisasi, seruan dan matlamat permainan mereka.

Kita kini menyaksikan hampir setiap minggu, aksi-aksi ekstrem ganas yang secara strategiknya diaturkan untuk menghasut tekanan dan rasa cemas.

Perasaan ini kemudiannya diacu kepada isu-isu agama dan kaum untuk memecahbelahkan masyarakat kepada garis kaum dan agama.

Hal ini telah menjadi batu loncatan kepada politik identiti aras lebih tinggi. Kekerasan kepada mahasiswa dan wartawan baru-baru ini misalannya, sedang secara taktikalnya dijelmakan melalui rangka perkauman oleh mereka kepada masyarakat awam.

Menghasut kepada ketidakstabilan

Bahasa yang digunakan oleh pihak yang teratur ini juga menghasut perang dan ketaksuban - di samping secara separa sedar mempropagandakan mentaliti perang antara kaum dan agama.

Anggota masyarakat secara tidak sedar dan secara mudah terpengaruh dengan retorik, lalu menjadi mangsa salah maklumat dan akhirnya membantu menyebarkan naratif ekstrem.

Platform media sosial seperti WhatsApp sememangnya berkuasa dalam mempengaruhi perubahan positif, namun pada masa yang sama juga menyebarkan ucapan kebencian dan tuduhan palsu.



Semua ini dieksploitasi sepenuhnya oleh puak radikal ini. Memanfaatkan pengalaman dan kemahiran media sosial yang diperoleh dan didanai oleh kuasa naungan politik yang lalu, mereka dengan handalnya menggunakan kemahiran yang sama untuk menghasut ketidakstabilan dan kekacauan kepada negara.

Taktik bahaya bermain-main dengan ekstremisme ini bukanlah baru. Rantau kita ini sudah biasa dengan kekacauan politik negara jiran kita selepas Jokowi meraih kuasa.

Kita telah melihat bagaimana parti yang kalah dalam demokrasi sekarang menggambil pendekatan ekstrem untuk menghasut kebencian terhadap kelompok minoriti yang membawa kepada perhimpunan raksasa dan pemenjaraan Ahok.

Ada pengajaran yang boleh diambil di sini. Kita mesti berwaspada terhadap ancaman kepada keselamatan negara. Negara kita ini memerlukan naratif dan cerita baru, yang memerlukan kita sedar dan akui terhadap ancaman nombor satu: mereka yang bermatian untuk merampas kuasa melalui naratif ekstrem dan kebencian untuk memisahkan masyarakat kita kepada konflik kaum dan agama.

Mereka mestilah tidak dibenarkan untuk kembali berkuasa. Mereka mestilah ditahan daripada membunuh kelahiran Malaysia Baru.

Mereka mesti dihalang daripada meradikal dan menakut-nakutkan anak muda daripada memilih keganasan dan ekstremisme. Mereka mesti dihentikan daripada memesong negara kita untuk merealisasikan keutuhan, perpaduan, keadilan dan demokrasi.

Hal ini bukanlah perjuangan kecil, ianya usaha dan kewajipan semua manusia sedunia melawan ekstremisme yang kita mesti mulakan di tanah watan kita di sini; demi memastikan lahirnya Malaysia Baru, dan demi mempertahankan dan mengekalkan keamanan dunia.


* HOWARD LEE CHUAN HOW merupakan ketua Pemuda DAP dan exco Perak.

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 3/31/2019 09:58:00 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

'Maruah PKR jadi taruhan di Rantau'

MALAYSIAKINI

   

Ketua PKR Cabang Rembau R Tanggam memberi gambaran bahawa pilihan raya kecil (PRK) Rantau sebagai medan yang turut mempertaruhkan nama presiden parti, Anwar Ibrahim.

"PRK Rantau adalah maruah Anwar. Maruah parti kita.

"Kalau berlaku kekalahan, kita akan susah," kata Tanggam pada sesi bertemu media di Kampung Sendayan hari ini.

Bagaimanapun, timbalannya yang juga merupakan calon PRK itu, Dr S Streram, lebih optimistik.

Diminta mengulas kenyataan Tanggam, Streram mengakui bahawa dia bukan calon pilihan berbanding Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

Bagaimanapun, Streram berkata beliau akan menumpukan usaha untuk menang dengan bekerja keras dan bukannya pada kekalahan Anwar atau parti.

Streram juga berkata dia "60 hingga 70 peratus" yakin PKR boleh menang PRK itu.

PKR setakat ini menang dalam kesemua tiga PRK yang ditandingi selepas pertukaran kerajaan pusat.

Bagaimanapun, PH kalah dalam dua PRK iaitu di Cameron Highlands dan Semenyih, yang dilihat memberi tekanan kepada Anwar untuk memberi kemenangan kepada gabungan mereka.

PRK Rantau yang akan diadakan 13 April ini akan menyaksikan pertembungan empat penjuru. Selain Streram dan Mohamad, dua calon bebas turut bertanding iaitu R Malar dan Mohd Nor Yasin.


Dicatat oleh ELBI RISALAH di 3/31/2019 08:12:00 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Amanah sahkan Mohd Nor ahli parti, cadang pecat

MALAYSIAKINI

   

PRK RANTAU | Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir tampil mengesahkan Mohd Nor Yassin yang bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil (PRK) Rantau sebagai ahli partinya.

"Berdasarkan semakan keahlian, diakui beliau merupakan ahli Amanah yang masih baru menyertai parti ini.

"Menurut tatacara Perlembagaan Amanah, Jawatankuasa Pengurusan Amanah akan mencadangkan pemecatan keahlian Mohd Nor kepada Jawatankuasa Tatatertib Parti kerana telah bertanding tanpa menerima watikah perlantikan calon daripada parti," katanya.

Terdahulu, kekeliruan timbul selepas Mohd Nor menafikan kenyataan media PAS yang mendakwa beliau sudah menyertai Amanah pada 10 Mac lalu.

"Saya tak dapat maklumat itu (bahawa saya ahli Amanah). Saya masih ahli PAS," kata Mohd Nor ketika diminta mengulas perkara itu.

Susulan itu, Timbalan Pengerusi Amanah Negeri Sembilan Mohamad Taufek Abd Ghani tampil mengesahkan bahawa Mohd Nor merupakan bekas ahli PAS yang sudah menyertai Amanah.

Mohamad Taufek juga tidak menolak kemungkinan Mohd Nor yang bertanding sebagai calon bebas pada PRK Rantau cuba "mensabotaj" PH.
Sementara itu, dalam kenyataan sama, Anuar turut menegaskan bahawa ahlinya hanya diarahkan membantu kempen calon PH Dr S Streram.

"Sementara menanti keputusan Jawatankuasa Disiplin Parti, semua ahli dan penyokong Amanah yang bertugas dalam PRK N.27 Rantau adalah dengan ini diarahkan hanya membantu kempen calon daripada PH iaitu Streram," katanya.

Mohd Nor, 66 pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 bertanding sebagai calon PAS bagi kerusi dewan undangan negeri Gemencheh di Negeri Sembilan.

Bekas pensyarah itu tewas di kerusi itu dengan beza 3,025 undi selepas meraih 4,757 undi berbanding calon BN Mohd Isam Mohd Isa yang meraih 7,782 undi.

Mohd Nor hari ini tampil menyerahkan borang pencalonan untuk PRK Rantau sebagai calon bebas.

Selain Mohd Nor, turut bertanding sebagai calon bebas ialah, R Malar yang merupakan penganjur program kemasyarakatan

Dua calon lain ialah dari PH Dr S Streram dan calon BN yang juga Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

PRK Rantau akan diadakan pada 13 April ini.


Dicatat oleh ELBI RISALAH di 3/31/2019 08:09:00 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tok Mat mahu tak ada parti perintah negara lebih 3 penggal

M Fakhrull Halim 

    PRK RANTAU | Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan berkata pembangkang akan menumpukan usaha untuk mewujudkan sistem dua parti dalam negara yang hanya membolehkan sesebuah gabungan memerintah tidak melebihi tiga penggal.

Mohamad berkata demikian ketika menegaskan perlunya gabungan pembangkang yang kuat dalam sistem dua parti bagi menyemak dan mengimbangi kerajaan PH.

“Dalam negara yang amal sistem dua parti tidak ada satu parti yang akan mentadbir negara lebih daripada tiga penggal, paling banyak dua penggal.

“Ini satu sistem kita cuba bawa, itu sebab kami dalam BN kita cuba untuk mengadakan satu gabungan pembangkang untuk kita memeriksa, semak dan imbang parti kerajaan iaitu PH.

“Kerajaan mesti disemak, selalu lihat dasar yang mereka nak buat, kerana apa yang nak dibuat akhirnya nanti rakyat mesti dapat faedah,” katanya ketika berucap dalam ceramah sulung BN sempena kempen PRK Rantau di Pekan Saga malam ini.

Mohamad turut mengulas tanggapan yang mengatakan kerjasama Umno PAS akan menyebabkan negara menjadi seperti di bawah pentadbiran Taliban.

Memberi contoh, Mohamad memetik negeri Kelantan yang mempunyai antara patung Buddha terbesar di Asia.

“Kita bukan mula dari sekarang, BN dah tadbir negara sejak 1957, kita tak buat negara ini jadi Taliban.

"Kalau nak kata PAS, PAS sudah tadbir Kelantan sudah lima penggal, 25 tahun. Tak ada Taliban di Kelantan. Orang Cina, India, hidup bebas dan aman damai di Kelantan.

“Bahkan, di Kelantan ada patung Buddha tidur (antara) yang paling besar di Asia. Ini menunjukkan PAS mengamalkan dasar toleransi beragama, berbilang kaum, jadi tidak timbul soal itu tapi dibuat untuk menakutkan rakyat jangan menerima konsep kerjasama ini,” katanya lagi.

Kata Mohamad lagi, kerjasama BN dan PAS bukanlah terhenti dengan kerjasama kedua-dua parti itu semata-mata, tetapi juga akan melibatkan parti komponen BN yang lain.

“Dua hari lepas, PAS punya kepimpinan dah jumpa pula dengan kepimpinan MIC. Begitu juga dengan parti-parti (komponen) lain, kita akan membina satu gabungan parti pembangkang (yang kuat),” katanya.

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 3/31/2019 07:59:00 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

'Kita akan cabar orang Semenyih' - SPR yakin peratusan lebih tinggi di PRK Rantau

Rahimah Abdullah dan Sahlizah Mohamed, Astro Awani
'Kita akan cabar orang Semenyih' - SPR yakin peratusan lebih tinggi di PRK Rantau
SPR optimis peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil DUN Rantau 13 April ini akan lebih baik berbanding PRK DUN Semenyih.
 

SEREMBAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) optimis peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil DUN Rantau 13 April ini akan lebih baik berbanding PRK DUN Semenyih.

Timbalan Pengerusinya, Azmi Sharom berkata PRK DUN Semenyih sebelum ini mencatatkan 73 peratus.

“Kita sasarkan lebih 70 peratus yang keluar mengundi. Kita yakin kita boleh dapat lebih daripada PRK Semenyih.

"Semenyih 73 peratus. Kita akan dapat lebih lagi. Kita akan cabar orang Semenyih,” katanya dalam sidang media selepas pengumuman penamaan calon PRK DUN Rantau di SJKC Bandar Sri Sendayan di sini.

PRK DUN Rantau adalah ketujuh diadakan selepas PRK DUN Sungai Kandis, DUN Balakong, DUN Seri Setia, Parlimen Port Dickson, Parlimen Cameron Highlands dan DUN Semenyih.

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 3/31/2019 07:56:00 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiga sekeluarga tidak sedar 'ditemani' ular tedung selar ketika tonton televisyen

Salim Aziz, Astro Awani
Tiga sekeluarga tidak sedar 'ditemani' ular tedung selar ketika tonton televisyen
Ular tedung sepanjang 6.5 meter ini bersembunyi di ruang tamu mangsa. - Foto: APM
 

ALOR SETAR: Sebuah keluarga dari Kampung Haji Abbas, Baling tidak sedar mereka ‘ditemani’ seekor tedung selar ketika sedang leka menonton televisyen.

Tentunya perkara yang lebih buruk boleh terjadi jika sesiapa daripada anggota keluarga itu menjadi menjadi mangsa patukan reptilia berbisa sepanjang 6.5 meter itu.

Bagaimanapun, mujur keluarga tiga beranak itu terhindar daripada ancaman itu apabila dengusan haiwan itu didengari.

Menurut pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Baling, Leftenan Pertahanan Awam Mohd Faizol Ab Aziz, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8 malam Sabtu.

Mangsa, Helmiza Omar, memaklumkan bahawa terdapat seekor tedung selar di bawah meja kopi di ruang tamu rumahnya.

Kata Mohd Faizol, ketika anggotanya tiba di lokasi kejadian, ular berkenaan bertindak agresif dan berada dalam kedudukan yang sedia untuk menyerang.

Lebih 30 minit anggotanya ‘bertarung’, sebelum berjaya menangkap reptilia seberat hampir 10 kilogram itu.

Tiada kecederaan dilaporkan namun mangsa sekeluarga masih trauma dengan kejadian itu.

Ular itu kemudiannya dibawa balik ke pejabat APM Baling sebelum diserahkan kepada pihak Perhilitan.

APM menasihatkan orang ramai agar tidak membiarkan pintu rumah terdedah, hingga boleh mengundang reptilia itu masuk ke dalam rumah.

Namun sekiranya terserempak dengan reptilia itu, orang ramai dinasihatkan tidak bertindak sendirian dan menghubungi talian 999 untuk bantuan.

BACA: Cuaca panas buatkan ular merayap cari tempat berteduh

BACA: Segera bersihkan kawasan rumah! Elakkan jadi tempat ular berlindung pada musim panas

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 3/31/2019 07:45:00 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Terima Kasih Peguam Negara Iktiraf UEC – Nie Ching


Hasil carian imej untuk FOTO TEO NIE CHING

MYNEWSHUB

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching ternyata gembira dengan keputusan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia yang mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan A-Levels.


Menerusi kenyataan yang ditulis dalam bahasa Mandarin dalam akaun Facebook rasminya malam tadi, Nie Ching turut mengucapkan tahniah secara khusus kepada Peguam Negara, Tommy Thomas yang merupakan Pengerusi Lembaga Kelayakan Profession Undang-undang Malaysia.

“Lembaga Kelayakan Profession Undang-undang Malaysia telah bersetuju UEC adalah setaraf dengan STPM dan A-Levels, dan perkara ini membolehkan pelajar persendirian Cina boleh membuat permohonan untuk menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG).

“Terima kasih Peguam Negara,” katanya di sini.

Semalam, Tommy dalam kenyataan memaklumkan Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG) akan menerima pakai kelayakan UEC pada tahap ‘Senior Middle 3’ untuk bermula 1 Januari 2021.

Katanya, perubahan itu dibuat sebagai maklum balas terhadap pelbagai cadangan daripada ramai orang dan pihaknya akan mendapatkan maklumat daripada beberapa universiti di United Kingdom (UK) mengenai penerimaan UEC sebagai syarat kelayakan untuk kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Undang-undang. – UTUSAN ONLINE


Dicatat oleh ELBI RISALAH di 3/31/2019 07:21:00 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Sabtu, 30 Mac 2019

PASARAYA HARGA MURAH OLEH SULTAN JOHOR, CABARAN BUAT PH

Shahbudin Husin





Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilapor akan membuka sebuah pasaraya harga murah di negeri itu.

Pasaraya yang akan menjual barang keperluan harian pada harga murah itu diusahakan oleh baginda melalui kerjasama strategik dengan sebuah pasaraya besar yang sedia ada di Johor.

“Pasar raya ini memberi jaminan bahawa mereka boleh menjual barang pada kadar 10 peratus lebih rendah, pada masa sama turut memberi jaminan pada kualitinya.

“Ini akan memudahkan rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah mendapatkan barang keperluan asas dan harian pada harga yang murah,” titah baginda dalam hantaran terbaru di laman sosial.

Langkah Sultan Johor ini tentu saja harus dipuji dan menunjukkan keprihatinan baginda terhadap rakyatnya.

Ia bukan saja sebagai usaha untuk menangani kos sara hidup rakyat, malah ia secara tidak langsung merupakan cabaran buat PH.

Ini kerana, dalam kempen-kempen sebelum PRU14 lalu, antara isu yang sering dimainkan oleh PH ialah untuk menangani kos sara hidup serta memberi keselesaan kepada rakyat menjalani kehidupan seharian lantaran BN ketika itu didakwa gagal berbuat demikian.

Bagaimanapun, setelah 10 bulan berlalu menjadi kerajaan, usaha memberi lebih keselesaan hidup kepada rakyat masih lagi belum menampakkan sebarang bayangnya serta dalam masa yang sama kenaikan harga barang keperluan harian terus mencekik dan mencanak setiap hari.

Di mana-mana ketika ini rungutan rakyat ialah berkaitan kos sara hidup yang semakin tinggi serta kegagalan PH menunaikan janji sebagaimana yang mereka laungkan sebelumnya.

Sememangnya tugas memberi keselesaan hidup kepada rakyat ialah tanggungjawab kerajaan yang sedang berkuasa.

Dengan itu, PH bukan saja harus berasa malu dengan usaha Sultan Johor ini, malah sepatutnya tidak berlengah lagi melaksanakan sesuatu yang berkesan dan bermanfaat demi keselesaan hidup rakyat.



Dicatat oleh ELBI RISALAH di 3/30/2019 04:48:00 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

DAP belum umum persiapan PRK Sandakan

Ruzaini Zulkepli, Astro Awani
DAP belum umum persiapan PRK Sandakan
FRANKIE (tengah) gagal menahan sebaknya dalam sidang media berkenaan di Kota Kinabalu, hari ini. - Astro AWANI
 
 
KOTA KINABALU: DAP Sabah belum lagi mahu memikirkan mengenai persiapan pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen P.186 Sandakan susulan kehilangan penyandang sebelum ini, Datuk Stephen Wong yang meninggal dunia pada Khamis.

Naib Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, pihaknya kini memberi fokus kepada majlis pengebumian mendiang Stephen yang akan dikebumikan di daerah Sandakan pada esok (Sabtu) bagi memberi ruang semua pihak memberikan penghormatan terakhir kepada tokoh politik itu.

Beliau berkata, pihaknya sedar dan tahu mengenai keperihatinan mengenai ketetapan berkenaan untuk terus memberikan khidmat kepada rakyat Sabah dan penduduk di  Parlimen Sandakan khususnya, namun perkara itu akan dibincangkan kemudian.
 
"Saya pasti semua pihak amat perihatin apa yang akan berlaku dengan situasi di negeri  ini, bukan sahaja DAP bahkan kerajaan kerana negeri harus meneruskan perkhidmatan berkenaan tetapi mereka juga  berkongsi perasaan dengan kami," katanya.

"Kita sekarang memberi fokus kepada proses pengebumian mendiang  berbanding perkara berkenaan (PRK) dan ianya boleh ditunggu, saya  pasti," katanya.

Frankie yang  juga Menteri Belia dan Sukan Sabah itu  berkata demikian dalam sidang  media di pejabat DAP Sabah, Luyang, Kota Kinabalu, pada Jumaat.

Terdahulu, mendiang  Stephen yang juga Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat meninggal dunia pada jam 12.15 tengah hari Khamis lalu selepas dikejarkan ke hospital akibat  diserang sakit  jantung.

Mendiang meninggalkan seorang balu, empat anak dan dua cucu.

Sementara itu, Stephen yang menyandang Ahli Dewan Rakyat atas kerusi Parlimen P.186 Sandakan sejak 2013 dan memegang  jawatan sebagai lantikan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah selepas PRU-14  lalu.

Dalam PRU-14 yang lalu, mendiang menang atas tiket DAP dengan majoriti 10,098 mengalahkan calon BN, Datuk Lim Ming Ho dengan jumlah keseluruhan 19,094 undi.

Sementara itu, Menteri Kewangan merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dijangka hadir pada malam ini ke Sabah untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Stephen di Pusat Perkhidmatan Pengebumian Wisma Fook Lu Siew, Kota  Kinabalu. 
 
 
Dicatat oleh ELBI RISALAH di 3/30/2019 04:28:00 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Henti ambil ubat darah tinggi yang ditarik balik - Dr Lee Boon Chye

Astro Awani
Henti ambil ubat darah tinggi yang ditarik balik - Dr Lee Boon Chye
DR LEE: Sekiranya pesakit yang masih ada ubat tersebut, harus pulangkan tetapi tak perlu panik, berhentikan ubat tersebut dan serahkan kepada pembekal. -Gambar fail
 

IPOH: Pesakit yang masih menyimpan produk ubat darah tinggi yang mengandungi bahan aktif losartan yang ditarik balik baru-baru ini dinasihat menghentikan pengambilan ubat berkenaan dan memulangkannya kembali kepada pembekal.

Bagaimanapun, menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, pesakit yang sudah mengambil ubat tersebut bagi merawat tekanan darah tinggi tidak perlu panik dan segera memulangkannya untuk mendapatkan bekalan ubat yang baharu.

"Sekiranya pesakit yang masih ada ubat tersebut, harus pulangkan tetapi tak perlu panik, berhentikan ubat tersebut dan serahkan kepada pembekal.

"Untuk kementerian, kita telah tarik balik ubat tersebut sebelum ini. Sepatutnya, ikut rekod, tidak lagi ada ubat itu dalam pasaran kecuali mereka yang simpan stok lama," katanya.

Menurutnya, hanya beberapa jenama ubat mengandungi losartan yang ditarik balik akibat tercemar dengan bahan yang tidak diingini.

Pada 7 Mac lalu, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah menggantung pendaftaran tujuh produk ubat-ubatan yang dikesan mengandungi bahan aktif losartan.

Tindakan itu diambil setelah Pihak Berkuasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) mengeluarkan notis panggil balik ke atas tiga produk yang mengandungi losartan daripada sumber bahan aktif dikeluarkan syarikat Hetero Lab Limited, India kerana kehadiran impuriti n-nitroso-n-methyl-4-aminobutyric acid (NMBA).

Impuriti ini berkemungkinan boleh menyebabkan kanser kepada penguna dalam jangka masa panjang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia peringkat negeri Perak pada Sabtu.

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 3/30/2019 04:17:00 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tok Mat tidak gentar Anwar bantu calon PH ‘sepenuh masa’ di Rantau

Faiz Zainudin
Calon BN bagi PRK Rantau, Mohamad Hasan berkata, beliau 
akan bertemu dengan seramai mungkin pengundi tanpa mengira 
kaum bagi membantu kempennya di situ.
 
SEREMBAN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Mohamad Hasan tidak gentar dengan penglibatan sepenuh masa Presiden PKR, Anwar Ibrahim membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH) di situ.

Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu berkata, kehadiran nama besar PKR itu tidak mengancam peluang beliau untuk mempertahankan kerusi Rantau yang dimenanginya sejak 2004.

“(Anwar bantu calon PH) tidak mengapa, kita mengamalkan demokrasi dalam negara ini. Saya tidak memandang itu sebagai ancaman ataupun tidak, tetapi saya minta kita kempen secara sihat.

“Kita berkempen kerana kita nak menegakkan amalan demokrasi di negara kita. Semua orang ada peluang dan boleh berkempen secara sihat supaya tidak ada isu yang boleh buat keadaan harmoni di Rantau yang berbilang kaum tergugat,” katanya ketika kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon di SJK (C) Bandar Sri Sendayan di sini, hari ini.
Mohamad, atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Mat berkata demikian bagi mengulas dakwaan setengah pihak bahawa Anwar akan “berkampung” di Rantau membantu calon PH dengan anggapan bahawa ahli Parlimen Port Dickson adalah “giant killer” untuk menafikan kemenangan BN di kerusi tersebut.

Mohamad berkata, beliau akan bertemu dengan seramai mungkin pengundi di Rantau tanpa mengira kaum sebagai sebahagian daripada kempennya untuk memenangi PRK tersebut.

“Saya tidak ada fokus undi Melayu atau tidak. Saya akan jumpa semua orang. Saya tidak fokuskan bahawa saya tak perlu jumpa kaum ini dan kaum itu. Saya tidak pernah membezakan pengundi saya.

Paling penting selama 13 hari ini saya perlu jumpa seramai mungkin pengundi,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan bertemu pengundi secara bersemuka lebih berkesan kerana majoriti penduduk mengenalinya menandangkan beliau merupakan anak tempatan di situ.

Mengulas mengenai pertandingan 4 penjuru yang dihadapinya, Mohamad berkata, beliau sudah menjangkakan perkara itu.

“Saya jangka lebih 4 penjuru, sebab orang yang beli borang banyak. Saya jangka sekurang-kurangnya 5 calon. Cuma ada 4 orang sahaja, jadi lebih senang kalau sikit (calon) untuk kita menjalankan kempen kita,” katanya.

PRK Rantau yang ditetapkan pada 13 April depan menyaksikan pertembungan 4 penjuru antara Mohamad dengan 3 calon lain, iaitu Dr S Streram mewakili PH dan 2 calon Bebas, iaitu suri rumah, Malar Rajaram dan bekas pensyarah, Mohamad Nor Yassin.

Terdapat 29,926 pengundi berdaftar di DUN Rantau, dengan 55% daripadanya pengundi Melayu, India 26% dan Cina 19%.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula hari ini dan hari mengundi awal dijadualkan pada 9 April.

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 3/30/2019 04:12:00 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Kerajaan jimat RM2.1 bilion jika kurangkan penjawatan perkhidmatan awam yang tidak diisi

THE MALAYSIAN TIMES
 
 


KUALA LUMPUR: Kerajaan dapat menjimatkan RM2.1 bilion untuk satu tahun jika mengurangkan enam peratus jawatan yang tidak diisi lagi dalam perkhidmatan awam, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Md Farid Md Rafik berkata daripada 1.7 juta penjawatan yang diwujudkan, pengisian jawatan adalah hanya 94 peratus dan baki enam peratus jawatan masih tidak diisi.

“Pengurangan yang kita maksudkan adalah kita ‘slash’ jawatan-jawatan yang tidak diisi ini jika ia tidak mempunyai impak besar kepada perkhidmatan awam. Penjawat awam yang sedia ada, yang menjawat jawatan dalam kerajaan sekarang tidak terlibat (dalam proses pengurangan ini),” katanya.– Bernama

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 3/30/2019 04:07:00 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Pendaftaran kenderaan melalui e-Daftar wajib guna nombor siri sijil VTA sah

THE MALAYSIAN TIMES
 

KUALA LUMPUR: Proses pendaftaran kenderaan motor menerusi sistem e-Daftar diwajibkan menggunakan nombor siri Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) yang sah daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bermula 1 April 2019.

Menurut JPJ dalam satu kenyataan, setiap pengeluar kenderaan serta pihak berkenaan perlu mematuhi ketetapan itu bagi mengelakkan sebarang kesukaran atau sekatan terhadap proses pendaftaran kereta masing-masing.

“Pengeluar kenderaan hendaklah memastikan mereka telah mempunyai medan data berkaitan nombor siri sijil VTA di dalam sistem e-Daftar masing-masing sebelum 31 Mac 2019 (Ahad ini) seperti mana spesifikasi yang ditetapkan pihak JPJ.

“JPJ menguatkuasakan perkara ini bagi memastikan setiap kenderaan motor yang akan didaftarkan serta dilesenkan mempunyai kelulusan VTA yang sah selain sebagai instrumen kawalan dan sekatan terhadap mana-mana pihak yang ingkar mendapatkan kelulusan VTA daripada pihak JPJ,” menurut kenyataan itu.

VTA merupakan proses mandatori terhadap kenderaan model baharu sebelum dibenarkan untuk didaftarkan dan dilesenkan oleh pihak JPJ.

Proses VTA ini dikuatkuasakan bagi memastikan setiap model baharu kenderaan tersebut mematuhi ciri-ciri pembinaan dan spesifikasi seperti mana ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-kaedah di bawahnya.

Sehubungan itu, pihak JPJ menasihatkan semua pengeluar kenderaan mengambil tindakan sewajarnya dan memastikan sistem e-Daftar masing-masing berfungsi dengan baik bagi mengelakkan sebarang masalah semasa proses pendaftaran kenderaan.–Bernama

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 3/30/2019 04:00:00 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Pembangunan DUN Rantau sudah lama diabai BN – Anwar

Kumara Sabapatty
xMGF30032019_PENAMAAN-CALON-PRK-RANTAU01-681x454
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta barisan tertinggi Pakatan Harapan mengiringi calon Pakatan Harapan (PH), Streram Sinnasamy berarak memasuki dewan pada Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sendayan, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL
 

PRK RANTAU- Sokongan pengundi khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau sangat diperlukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menyusun pelan pembangunan yang strategik dan mampan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Rantau berpotensi besar dibangunkan kerana kedudukan dekat dengan KL tetapi terabai walaupun dikuasai UMNO BN kian lama,” kata Presiden PKR itu dalam sidang media selepas penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bandar Seri Sendayan di sini hari ini.

PKR mengetengahkan Dr. S. Streram sebagai calon PH yang menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan yang akan mempertahankan kerusi tersebut.

Manakala dua calon bebas, R. Malar, 51, juga akan bertanding menggunakan lambang pokok dan bekas ahli Pas berusia 66 tahun, Mohd. Nor Yassin.

Jelas Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, pembangunan DUN Rantau merupakan fokus utama yang akan beri perhatian parti untuk meyakinkan rakyat.

Menurutnya jentera PH yang diketuai Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminudin Harun dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai penyelaras di peringkat nasional akan memastikan segalanya berjalan lancar.

“Peringkat nasional kita mohon rakyat beri dokongan penuh kepada PH dibawa Tun M (Mahathir Mohamad) yang berjaya mengekang keterlanjuran rasuah dan penyelewengan besar.

“Peringkat negeri, kita lihat hampir setahun di bawah MB (Aminuddin)i projek yang memberi impak langsung lepada rakyat termiskin termasuk kemudahan asas jauh lebih baik daripada apa yang dilakukan kerajaan terdahulu.

“Di Rantau saya lihat ada beberapa program baharu yang dilaksanakan untuk rakyat,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 3/30/2019 03:50:00 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

PILIHAN TRANSLATE / TERJEMAHAN BERITA KE BAHASA ANDA:

IKLAN :- HOMESTAY JKKK SUNGAI HAJI DORANI, SUNGAI BESAR, SELANGOR

TELEFON PEJABAT: 019-911 4470 ( whatsapp / SMS )

SUASANA SEMASA HOMESTAY JKKK

SUASANA SEMASA HOMESTAY JKKK
BULAN JANUARI 2022.... Kerja-kerja mengambil hasil sawah padi menggunakan jentuai sudah bermula di sekitar kampung Sungai Haji Dorani. Di jangka akhir bulan Januari 2022 semua sawah habis diambil hasilnya....Pelawat yang ingin berkunjung ke HOMESTAY JKKK , sila dapatkan maklumat awal ke talian 019-911 4470 (P)
SILA LAWATI HALAMAN FACEBOOK AR RISALAH
( SILA KLIK DI SINI ! )

PAUTAN BERITA DI SARANKAN:

  • UTUSAN ONLINE
  • SUARA MERDEKA
  • ISMA WEB
  • MALAYSIA GAZETTE
  • MALAYSIA DATELINE
  • ASTRO AWANI
  • FREE MALAYSIA TODAY
  • SABAH KINI
  • SUARA KEADILAN
  • SELANGOR KINI
  • HARIAN METRO
  • MALAYSIA TODAY
  • SABAH DAILY
  • BERNAMA
  • BULETIN ONLINE
  • SINAR HARIAN
  • BERITA HARIAN ONLINE
  • MSTAR ONLINE
  • HARAKAH DAILY
  • AGENDA DAILY
  • SUARA MERDEKA
  • MALAYSIA NOW

PEMBACA SEJAK 2007 HINGGA HARI INI:



Sedang Online
page counter

PENGGEMAR / PEMBACA TETAP:

PAPARAN TAJUK BERITA DISIAR :

  • ►  2022 (807)
    • ►  Februari (114)
    • ►  Januari (693)
  • ►  2021 (7523)
    • ►  Disember (628)
    • ►  November (724)
    • ►  Oktober (582)
    • ►  September (546)
    • ►  Ogos (653)
    • ►  Julai (613)
    • ►  Jun (677)
    • ►  Mei (525)
    • ►  April (683)
    • ►  Mac (697)
    • ►  Februari (554)
    • ►  Januari (641)
  • ►  2020 (5750)
    • ►  Disember (547)
    • ►  November (549)
    • ►  Oktober (465)
    • ►  September (460)
    • ►  Ogos (591)
    • ►  Julai (520)
    • ►  Jun (502)
    • ►  Mei (495)
    • ►  April (340)
    • ►  Mac (386)
    • ►  Februari (410)
    • ►  Januari (485)
  • ▼  2019 (4809)
    • ►  Disember (393)
    • ►  November (311)
    • ►  Oktober (283)
    • ►  September (325)
    • ►  Ogos (331)
    • ►  Julai (305)
    • ►  Jun (385)
    • ►  Mei (553)
    • ►  April (526)
    • ▼  Mac (565)
      • BN hilang ‘kepala’ kalau Tok Mad kalah
      • Menjelang PRK Rantau, penganalisis percaya momentu...
      • Cadangan Mengantikan Raja Bahrin dan Husam Musa
      • Jangan ingat Sarawak bodoh, Nancy bidas Putrajaya ...
      • BUKTI DAKWAAN ATAU MOHON MAAF – MIC
      • Tiga logo bergabung pada satu bendera tanda penyat...
      • CLP: Kenapa AG tak sensitif?
      • Polis marin gagalkan cubaan seludup keluar petrol
      • Lebih 45,000 dapat manfaat Program Food Bank
      • Laporan CEP: Ada perkara dalam rundingan, tidak bo...
      • Saya sudah bantu kerajaan dalam rundingan dua hala...
      • Takda makna Tok Mat bertanding di Rantau, kata Tia...
      • PROKHAS
      • Ketua PKR Rembau ketepi bantahan terhadap Streram ...
      • Ekstremisme musuh Malaysia Baru
      • 'Maruah PKR jadi taruhan di Rantau'
      • Amanah sahkan Mohd Nor ahli parti, cadang pecat
      • Tok Mat mahu tak ada parti perintah negara lebih 3...
      • 'Kita akan cabar orang Semenyih' - SPR yakin perat...
      • Tiga sekeluarga tidak sedar 'ditemani' ular tedung...
      • Terima Kasih Peguam Negara Iktiraf UEC – Nie Ching
      • PASARAYA HARGA MURAH OLEH SULTAN JOHOR, CABARAN BU...
      • DAP belum umum persiapan PRK Sandakan
      • Henti ambil ubat darah tinggi yang ditarik balik -...
      • Tok Mat tidak gentar Anwar bantu calon PH ‘sepenuh...
      • Kerajaan jimat RM2.1 bilion jika kurangkan penjawa...
      • Pendaftaran kenderaan melalui e-Daftar wajib guna ...
      • Pembangunan DUN Rantau sudah lama diabai BN – Anwar
      • Malaysia Airlines perlu ‘terbang’ di pasaran yang ...
      • Kereta rasmi milik Kerajaan Negeri di pusat penama...
      • UMNO beri wang dari rumah ke rumah tak jadi masala...
      • HENTI USAHA JADIKAN YADIM ‘PARTI POLITIK’
      • Pertandingan 4 penjuru di Rantau
      • Daim, Jomo setuju dedah laporan CEP tapi terserah ...
      • Mental pemain Kelantan tak kuat - jurulatih
      • Najib, bergembiralah sebelum masuk penjara
      • Dr M: Saya tergesa-gesa sebab tak banyak masa lagi
      • Mengapa tidak ambil KJ?
      • PRK Rantau: Sri Sendayan agak sesak
      • PAS kerah jentera seluruh negara bantu Tok Mat
      • Pastikan Tok Mat pertahan Dun Rantau
      • Harga RON95, diesel kekal
      • Struktur kuasa lawan kekuatan pengaruh di Rantau
      • APM bergelut hampir empat jam tangkap ular sawa 18...
      • PH 10 Bulan Memerintah - Analisis Ringkas
      • ORANG DALAM PH SUDAH MULA MENUNTUT JANJI MANIFESTO...
      • Tiga warga emas antara 27 ditahan leka hisap dadah
      • ‘Angin kuat seperti puting beliung…’
      • Ramai minat sertai Umno kerana PH 'kencing', kata ...
      • Anwar: Usahlah laga-lagakan lagi
      • Kes liwat remaja, pegawai undang-undang direman 6 ...
      • 8 asnaf cedera pusat jagaan dihempap pokok
      • Anak buaya 10kg sesat di tempat letak kereta
      • [UPDATE] Mayat belakang rumah polis
      • Dewan Rakyat kecoh, Khairy panggil Kor Ming 'Taliban'
      • Kenapa pimpinan PH Terengganu bodoh, engkau berjan...
      • KERAJAAN PH SANGAT LEMAH – AHMAD YAKOB
      • RAKYAT MULA MUAL DENGAN PH
      • RANTAU UNTUK ANAK RANTAU-REEZAL MERICAN
      • 'Kurang cakna terhadap orang miskin punca wujud pe...
      • Jumlah mangsa sindiket 'Love Scam' meningkat di Sa...
      • Kiandee akur keputusan PM: Sedia berundur sebagai ...
      • Beri ruang kajian klinikal ganja perubatan - Mente...
      • Bumbung rumah tercabut angkara beruk
      • Lima maut kereta rempuh bas ekspres
      • PFA saman bekas presiden RM3 juta
      • Pengalaman lalu jadikan siapa saya hari ini - Fuzi
      • Retak makin terbelah
      • Azizah: PM pun setuju kekecewaan Izzah
      • Mujahid: SPV jaga aset TH tiada CEO 'buat masa ini'
      • Lawatan PM ke Pakistan: Kita perlu berhati-hati, k...
      • Bukan benda baru Nurul Izzah letak jawatan, kata Z...
      • AGC tidak tahu menahu kehilangan notis sita rumah ...
      • Mereka tak akan berjaya halang ayahmu - Zaid minta...
      • Dua ratus kilogram ikan bertaburan atas jalan
      • Hanya 75,618 terima rebat bil elektrik RM40
      • PENYATUAN MELAYU PERKUKUH KEAMANAN NEGARA
      • 'Orang Kelantan pemurah' - pengemis
      • 'Jangan beri duit pada pengemis kanak-kanak'
      • Mayat gadis tersangkut pada mata kail pemancing
      • Anwar tegaskan Mahathir bukan diktator, konsisten ...
      • Mengapa Anwar Diam, Nurul Saja Bersuara Isu Penger...
      • Kalau Najib cuba jual aset negara. yang engkau Lim...
      • ‘Bekas diktator’ adalah fakta, Izzah pertahan keny...
      • Ajar nilai moral, agama untuk kawal pornografi dal...
      • Pakar forensik gesa inkues Adib panggil ‘Cik Miera...
      • ‘Bekas diktator’ adalah fakta, Izzah pertahan keny...
      • Hadi pertahan Dr M bukan diktator, hanya tegas pad...
      • Tugu Wira Jepun: Kedah mohon maaf
      • Nurul Izzah tidak patut komen negatif terhadap Dr ...
      • Arwah mengandung tiga bulan
      • Hormat pendirian Nurul Izzah - Saifuddin Nasution
      • Dr M jawab Nurul Izzah: Saya pun kecewa dengan mereka
      • Syed Saddiq gambarkan Dr M, balas kenyataan Nurul ...
      • Tembak dulu, fakta kemudian - Laskar siber
      • Salahuddin soal Hadi: Siapa pemimpin PH itu?
      • Daim: Syarikat luar minat beli saham M'sia Airlines
      • IPTS tipu tempoh pengajian
      • Kerajaan timbang untuk turunkan tarif elektrik
      • Provokasi pelajar UM: Kertas siasatan kepada Pegua...
    • ►  Februari (409)
    • ►  Januari (423)
  • ►  2018 (6148)
    • ►  Disember (454)
    • ►  November (269)
    • ►  Oktober (304)
    • ►  September (404)
    • ►  Ogos (545)
    • ►  Julai (533)
    • ►  Jun (673)
    • ►  Mei (613)
    • ►  April (624)
    • ►  Mac (534)
    • ►  Februari (577)
    • ►  Januari (618)
  • ►  2017 (5675)
    • ►  Disember (382)
    • ►  November (275)
    • ►  Oktober (475)
    • ►  September (588)
    • ►  Ogos (441)
    • ►  Julai (551)
    • ►  Jun (691)
    • ►  Mei (671)
    • ►  April (313)
    • ►  Mac (454)
    • ►  Februari (432)
    • ►  Januari (402)
  • ►  2016 (7452)
    • ►  Disember (359)
    • ►  November (406)
    • ►  Oktober (557)
    • ►  September (402)
    • ►  Ogos (548)
    • ►  Julai (594)
    • ►  Jun (785)
    • ►  Mei (676)
    • ►  April (733)
    • ►  Mac (849)
    • ►  Februari (705)
    • ►  Januari (838)
  • ►  2015 (8682)
    • ►  Disember (833)
    • ►  November (514)
    • ►  Oktober (847)
    • ►  September (836)
    • ►  Ogos (793)
    • ►  Julai (718)
    • ►  Jun (762)
    • ►  Mei (715)
    • ►  April (619)
    • ►  Mac (699)
    • ►  Februari (656)
    • ►  Januari (690)
  • ►  2014 (8146)
    • ►  Disember (740)
    • ►  November (633)
    • ►  Oktober (680)
    • ►  September (603)
    • ►  Ogos (783)
    • ►  Julai (650)
    • ►  Jun (624)
    • ►  Mei (786)
    • ►  April (640)
    • ►  Mac (647)
    • ►  Februari (621)
    • ►  Januari (739)
  • ►  2013 (9397)
    • ►  Disember (679)
    • ►  November (673)
    • ►  Oktober (670)
    • ►  September (714)
    • ►  Ogos (618)
    • ►  Julai (782)
    • ►  Jun (757)
    • ►  Mei (1028)
    • ►  April (921)
    • ►  Mac (942)
    • ►  Februari (795)
    • ►  Januari (818)
  • ►  2012 (8713)
    • ►  Disember (724)
    • ►  November (765)
    • ►  Oktober (680)
    • ►  September (719)
    • ►  Ogos (657)
    • ►  Julai (808)
    • ►  Jun (765)
    • ►  Mei (650)
    • ►  April (744)
    • ►  Mac (708)
    • ►  Februari (702)
    • ►  Januari (791)
  • ►  2011 (8530)
    • ►  Disember (670)
    • ►  November (713)
    • ►  Oktober (747)
    • ►  September (770)
    • ►  Ogos (901)
    • ►  Julai (749)
    • ►  Jun (636)
    • ►  Mei (654)
    • ►  April (721)
    • ►  Mac (668)
    • ►  Februari (601)
    • ►  Januari (700)
  • ►  2010 (7192)
    • ►  Disember (628)
    • ►  November (442)
    • ►  Oktober (703)
    • ►  September (587)
    • ►  Ogos (600)
    • ►  Julai (718)
    • ►  Jun (626)
    • ►  Mei (807)
    • ►  April (680)
    • ►  Mac (411)
    • ►  Februari (516)
    • ►  Januari (474)
  • ►  2009 (5415)
    • ►  Disember (421)
    • ►  November (486)
    • ►  Oktober (447)
    • ►  September (397)
    • ►  Ogos (496)
    • ►  Julai (515)
    • ►  Jun (500)
    • ►  Mei (442)
    • ►  April (414)
    • ►  Mac (471)
    • ►  Februari (489)
    • ►  Januari (337)
  • ►  2008 (4188)
    • ►  Disember (367)
    • ►  November (358)
    • ►  Oktober (305)
    • ►  September (366)
    • ►  Ogos (337)
    • ►  Julai (426)
    • ►  Jun (364)
    • ►  Mei (337)
    • ►  April (352)
    • ►  Mac (368)
    • ►  Februari (314)
    • ►  Januari (294)
  • ►  2007 (307)
    • ►  Disember (143)
    • ►  November (110)
    • ►  Oktober (30)
    • ►  September (24)

Halaman

  • Laman Utama
  • HALAMAN FB AR RISALAH
PENAFIAN

AR RISALAH tidak bertanggungjawab ke atas sebarang gangguan, kerosakan atau masalah yang mungkin timbul kepada para pengguna semasa melayari laman ini. AR RISALAH juga tidak terlibat risiko dari segi undang-undang ke atas penyiaran bahan maklumat, tetapi menjadi tanggungjawab oleh punca maklumat seperti tertera.
Get Free Shots from Snap.com
Tema Ringkas. Dikuasakan oleh Blogger.