Mohd Sabri Said
|
BUTTERWORTH: Sambutan Merdeka sudah menjadi perayaan Umno tidak lagi dirayakan sebagai sambutan terulung negara ekoran banyak fakta mengenainya diselewengkan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Ini, katanya dengan menafikan golongan yang bersama menentang penjajah sebaliknya hanya mengagungkan kepimpinan Perikatan dan Umno yang diiktiraf oleh penjajah. Beliau ketika ditemui di majlis berbuka puasa di Surau Al Ghufron, Taman Kuala Bekah, Penaga semalam juga menafikan apa yang ditulis dalam media pro kerajaan kononnya beliau menghina pejuang negara dengan menyokong penganas dalam kopeni pasukan ke 4 Parti Komunis Malaya (PKM). Baginya, sejarah sebenar tentang serangan terhadap tragedi Bukit Kepong telah diselewengkan apabila mengambarkan serangan dilakukan oleh PKM padahal ia diketuai oleh Muhamad Indera yang menentang polis yang dianggap bersekongkol dengan penjajah. "Banyak fakta sejarah telah diselewengkan terhadap serangan Bukit Kepong sedangkan serangan sebenar diketuai oleh Mohamad Indera dengan puaknya yang tidak menyenangi penjajah atau polis yang menjadi alat penjajah," jelasnya yang hadir bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan rombongan untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan daif. Menurutnya, akibat fakta yang tidak kena pada filem 'Bukit Kepong' arahan Jins Shamsuddin membuatkan ramai orang terkeliru apabila cerita sebenar diceritakan semula di khalayak ramai. Apa yang diperkatakan memang betul sambungnya, sebab waktu itu negara bukan lagi merdeka, polis yang bertugas adalah polis yang bersekongkol dengan penjajah. Golongan yang menyerang penjajah pukul ratanya dianggap komunis walhal ramai anak muda Melayu ketika itu tidak menyenangi golongan yang bersubahat dengan British. Untuk menyokong komunis nyata tidak sama sekali kerana komunis itu sendiri telah hancur dan hanya menjadi pameran di muzium. "Contohnya pandangan Imam Khomeini sendiri jelas tentang Komunis. Semasa hayatnya dia sendiri mengatakan blok komunis bakal tinggal kenangan dalam muzium. Hari ini benar-benar berlaku," katanya. Sepatutnya nama seperti Pak Sako, Tok Janggut, Mak Kilau, Dato' Bahaman, Dr Burhanudin, Ahmad Boestamam dan orang yang seangkatan denganya diberikan penghormatan bukan sahaja nama-nama besar Umno sahaja. Kepada bekas anggota tentera pula terangnya, usah termakan dakyah Umno yang cuba memburukkan namanya dengan menyifatkan beliau menghina pejuang negara. "Saya tetap puji tentera selepas negara mencapai kemerdekaan kerana perjuangan mereka untuk mempertahankan maruah negara berbanding di era sebelum merdeka sebab polis ketika itu bekerja dengan penjajah," tegasnya. |
HALAMAN SANTAI
Isnin, 29 Ogos 2011
Bekas tentera jangan termakan dakyah Umno
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan