HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 Ogos 2011

'Lebih baik mati daripada hidup tanpa rokok': Sampoerna dibidas

)

BANGKOK - Kumpulan Antitembakau Asia Tenggara hari ini mengkritik kempen pengiklanan syarikat Sampoerna Indonesia yang dilancarkan pada awal bulan Ramadan yang bertemakan "Lebih baik mati daripada hidup tanpa rokok".

Iklan di papan besar di Jakarta itu memaparkan slogan 'Kematian lebih baik daripada meninggalkan kawan; Sampoerna adalah kawan setia' dengan gambar menunjukkan seorang lelaki mengejar teman wanitanya yang berdiri di pintu bas awam.

Menurut Presiden Perikatan Tembakau Asia Tenggara (SEATCA), Bungon Ritthiphakdee, tidak munasabah untuk menggelar produk yang berbahaya kepada kesihatan dan boleh membunuh sebagai seorang kawan.

"Ia merupakan satu perbuatan keji untuk menghasut orang ramai merokok dengan cara ini,

"Nampaknya, PT Sampoerna mempunyai idea-idea pelik mengenai bagaimana bulan Ramadan harus disambut oleh rakyat iaitu dengan membeli rokok. Ini satu penghinaan kepada penganut Islam di Indonesia," katanya.

Papan iklan besar itu dipasang ketika bulan Ramadan apabila penganut Islam berpuasa dan mengelak daripada merokok dari subuh ke senja.

Ritthiphakdee berkata, Indonesia adalah satu-satunya negara yang masih belum mengharamkan penyiaran iklan tembakau.

''Jika kerajaan terus membenarkan penyiaran iklan itu, syarikat-syarikat tembakau akan terus mengambil tindakan tidak bertanggungjawab seumpama itu,'' ujarnya.

PT Sampoerna, yang sebahagiannya dimiliki oleh Philip Morris International, iaitu syarikat tembakau Indonesia yang terbesar.- Utusan

Tiada ulasan: