HALAMAN SANTAI

Khamis, 4 Ogos 2011

Imigresen tiba lewat, Pati marah

Sehingga jam 10 malam tadi tidak ada seorang pun pegawai imigresen di tempat yang dijanjikan.



PETALING JAYA: Ratusan pekerja asing tanpa izin (Pati) kebanyakan warga Indonesia marah kerana kegagalan pegawai Jabatan Imigresen hadir di tempat pendaftaran sistem biometrik di Chow Kit, Kuala Lumpur seperti dijanjikan.

Mereka yang datang dari pelbagai tempat termasuk Klang datang ke tempat pendaftaran itu sejak jam 9 pagi semalam dengan menaiki bas dan van yang disediakan majikan masing-masing.

Bagaimanapun, sehingga jam 10 malam tadi tidak ada seorang pun pegawai imigresen berada di tempat yang dijanjikan.

“Saya datang sejak jam 8 pagi dengan membawa anak dan isteri dari Rantau Panjang, Klang kerana mahu mendaftar sistem biometrik. Saya tengok dalam TV, Imigresen kata hari ini (semalam) kena datang semua untuk buat biometrik tetapi sehingga sekarang seorang pegawai imigresen pun tidak ada.

“Saya mahu balik tetapi agen suruh tunggu kerana katanya, pegawai akan tiba tetapi saya tidak nampak mukanya,” kata Ramli Abdullah, 43, ketika ditemui malam tadi.

Rakan senegaranya, Musa Kamhun memberitahu beliau datang kerana agen memberitahu hari ini (semalam) boleh mendaftar tetapi beliau tidak tahu siapa yang harus dipersalahkan dalam perkara ini.

“Apabila pukul 3 petang pun belum datang lagi, saya tanya kepada agen dan dia memberitahu pegawai imigresen menelefon akan datang jam 4 petang. Tapi sehingga jam 10 malam seorang pun belum lagi mendaftar,” katanya yang bekerja sebagai pembaiki rumah di Klang.

Ketika dihubungi petang ini, Ramli memberitahu, beliau hanya boleh membuat kad biometrik pada kira-kira jam 6 pagi tadi.

Menurutnya, pegawai imigresen datang jam 11 malam tadi tetapi sehingga 6 pagi tadi masih ramai orang menunggu untuk membuat mendaftar.

Tiada ulasan: