| Saidah Hairan |
|
Ini kerana kata beliau, isu pemeriksaan Jais ke atas satu majlis di bangunan Gereja di Damansara Utama sebagaimana yang dilaporkan media terlalu sensitif kepada semua pihak. Sehubungan itu beliau menegaskan semua pihak perlu berhati-hati membuat ulasan tentang tindakan Jais selagi belum menerima satu laporan lengkap daripada pihak Jais. Berhubung kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, setakat ini belum ada lagi apa-apa pertemuan di antara beliau dan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor. Katanya, kenyataan Hasan yang diulas oleh beberapa pihak hanyalah kenyataan yang dilaporkan oleh media. "Saya harap satu pertemuan di antara beliau dan pimpinan PAS Selangor perlu diadakan dan saya menyokong kenyataan Menteri Besar Selangor yang mahukan satu laporan lengkap dari pihak Jais," tegasnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri. Beliau mencadangkan PAS Selangor mengadakan pertemuan dengan pihak Jais dan pihak gereja untuk mendapatkan gambaran yang sebenar tentang peristiwa tersebut. |
HALAMAN SANTAI
Sabtu, 6 Ogos 2011
Jumpa Jais, gereja dapat gambaran sebenar
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan