MALAYSIA KINI
Lebih banyak pusat perlindungan untuk umat Islam diperlukan bagi membela mereka yang menghadapi masalah kesempitan hidup dan kewangan, kata ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata sudah tiba masanya NGO Islam di negara ini membantu menyediakan lebih banyak pusat perlindungan untuk umat Islam bagi mengelakkan golongan bermasalah ini daripada dieksploitasi pusat perlindungan
agama lain.
"Kita bimbang jika pusat perlindungan Kristian ini menerima mereka, ada kemungkinan mereka akan menukar akidah untuk menjadi murtad.
"Jadi, dengan terdapatnya banyak pusat perlindungan untuk umat Islam ini maka kita boleh mengatasi masalah orang Islam yang tiada mempunyai tempat perlindungan apabila berdepan dengan pelbagai masalah," katanya.
Beliau memberitahu pemberita demikian selepas majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim serta pelancaran program lambaian Kaabah anjuran Biro Ekonomi Umno Bahagian Jempol di Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol dekat Bahau malam tadi.
Mohd Puad, yang juga timbalan menteri pelajaran, berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak terlepas pandang kes-kes sedemikian selain mengurangkan birokrasi dan pada masa sama mempertingkatkan kemampuan untuk membantu golongan tidak bernasib baik ini.
Beliau turut berharap institusi kerajaan sedia ada seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan pihak berkuasa Islam negeri memperkemaskan pentadbiran mereka daripada segi dakwah.
Katanya ini untuk memastikan kegiatan gejala murtad dipantau dan bagaimana akidah mereka yang dimurtadkan dapat dipulihkan semula, di samping melihat keperluan mengadakan Akta Murtad.
"Akta ini memang relevan supaya perkara ini lebih jelas... supaya tidak ada pihak yang menafikan apa yang terdapat dalam perlembagaan negara di mana yang bukan Islam tidak boleh berdakwah kepada Islam dan kita tidak mahu gejala murtad ini semakin berleluasa," katanya.
Di majlis tersebut juga, seramai 1,000 orang anak yatim di Parlimen Jempol membuka akaun dengan Tabung Haji. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan