Reuters
AMMAN — Rakyat Syria memulakan bulan Ramadan dalam suasana suram ekoran tindakan tentera negara itu menyerbu Bandar Hama, lokasi pembunuhan beramai-ramai pada 1982, menyebabkan 80 rakyat awam terbunuh.
Ia tragedi berdarah paling buruk dalam lima bulan ini di sebalik kebangkitan rakyat terhadap Presiden Bashar al-Assad.
Aktivis sayap kanan berkata 80 orang terbunuh dalam serangan yang turut menggunakan kereta perisai di bandar tengah Syria, tempat di mana bapa Bashar pernah menggunakan kekerasan ke atas Ikhwanul Muslimin kira-kira 29 tahun lalu, menyebabkan beribu-ribu terbunuh.
Pasukan keselamatan mengepung Hama — bandar Muslim Sunah yang terdiri 700,000 penduduk sejak sebulan lalu sebelum tindakan semalam, menjelang 1 Ramadan.
Kebanyakan orang mengunjungi masjid pada sebelah malam, peluang bagi meningkatkan tunjuk perasaan di seluruh Syria terhadap kerajaan.
Agensi berita Syria berkata pihak tentera memasuki Hama untuk mengatasi kumpulan-kumpulan yang bersenjata, didakwa menimbulkan rasa gentar di kalangan rakyat, tetapi dakwaan itu diketepikan oleh seorang diplomat Amerika Syarikat di Damsyik.
Agensi itu berkata lapan anggota polis terbunuh ketika berhadapan dengan “kumpulan pengganas bersenjata” di Hama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan