BRICKFIELDS : Persatuan Peniaga Brickfields mendesak agar cadangan mewujudkan laluan bas di Litlle India di Jalan Tun Sambathan diubah ke Jalan Bangsar berikutan laluan di KL Sentral lebih luas dan akan megurangkan sebanyak 60 peratus kesesakan lalu lintas dikawasan perniagaan mereka.
Jalan Little India diketahui umum amat sesak dan cadangan kerajaan persekutuan mahu mewujudkan laluan bas dengan mengambil ruang tempat meletakkan kenderaan akan memburukkan keadaan.
Setiausaha Persatuan Peniaga Brickfields, A. Keruppiah menjelaskan tempat letak kenderaan tersebutlah selama ini membantu perniagaan kesemua peniaga ekoran ruang parkir yang amat terhad.
"Cadangan kami, pelan yang dibuat mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas sebanyak 60% dengan mengubah haluan bas daripada Jalan Tun Sambathan (dari stesen minyak Esso) kepada Jalan Bangsar memandangkan laluan di KL Sentral adalah besar."
Beliau berkata jika cadangan kerajaan persekutuan itu diteruskan, ia bukan sahaja akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk tetapi juga meletakkan peniaga Little India dalam risiko untuk mengalami kerugian.
Ia lantaran premis perniagaan mereka sukar untuk dikunjungi ekoran tiada tempat meletakkan kenderaan.
Bukan itu sahaja, cadangan laluan bas di jalan itu juga bukan sahaja merugikan peniaga dan menyukarkan pelanggan untuk mengunjungi mana- mana premis perniagaan tetapi juga akan menjejaskan kehidupan seharian banyak pihak berikutan disekitar kawan Little India terdapat sekolah, kuil, gereja dan penempatan penduduk setempat yang melibatkan orang awam dalam jumlah yang tinggi.
Keruppiah berkata, pihaknya sebelum ini kecewa dengan sikap dingin kerajaan persekutuan yang enggan berbincang dan tidak mahu mengambil kira cadangan alternatif yang dikemukakan mereka sebelum ini.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang hadir memberikan sokongan kepada peniaga Little India berpandangan, kerajaan persekutuan perlu mengambil kira pandangan peniaga tanpa terlalu memikirkan keuntungan sebelah pihak semata- mata.
"Saya begitu yakin (akan berlaku kesesakan) kerana kita telah merujuk dengan beberapa pakar laluan trafik sebelum sidang media hari ini. Maka BBCS (Brickfields British Council Secretariat) akan menyenaraikan cadangan alternatif mereka."
Mengulas perkara yang sama, Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun.
Beliau menegaskan kawasan unik seperti Little India seharusnya dibebaskan daripada kesesakan lalu lintas yang merugikan peniaga.
"Little India merupakan pusat tarikan pelancong oleh itu kerajaan menukarkan lalu lintas ini harus membuat satu rancangan kesan kepada 'traffic flow' yang dibuat oleh pakar dan pastikan trafik tak jejaskan perniagaan dan keselamatan pejalan kaki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan