PADA 13 Mac 2010, dalam ruangan Facebook (FB), Ketua Pemuda UMNO Semporna M. Aziz Jamman meminta saya bertanya, ke mana pergi ‘Royalti Minyak Sabah’, tetapi sayang perbincangan itu telah dipadam dan seterusnya disambungkan dalam ruangan FB (Asani) dan FB (Semporna) mengenai isu berkenaan dan disahkan balik oleh Ketua Pemuda ini.
Ketua pemuda UMNO Semporna meminta ssya bertanya ke mana perginya Royalti Minyak Sabah ini? Soalannya terlalu dan tidak diketahui pula, soalan itu ditujukan kepada siapa?. Seterusnya selepas saya Tanya, dia memberi jaminan akan SOKONG.
Hasil dari pengamatan setelah berbahas dalam FB berkenaan, Ketua Pemuda UMNO Semporna ini hendak mengemukakan soalan itu kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, apabila beliau sekali lagi mempersoalkan perlantikan Pengerusi SEDCO, YB Datuk Ariffin Ariff, Adun Membakut sebagai pemimpin Koridor Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (Koridor Sabah).
Saya bertanya kepada beliau, kenapa mesti melalui saya? Dia kata, kalau saya berani membangkitkan isu ini, kalau tidak saya akan juga dianggap Penakut, Berotak Udang dan Kosong.
Setelah memikir panjang dan kasihan dengan Ketua Pemuda UMNO Semporna ini, maka saya mengambil keputusan untuk menulis surat kepada ‘Sabahkini.net’ untuk menyalurkan soalan beliau kerana saya yakin Sabahkini yang mempunyai hit berjuta sehari boleh mengatasi laporan pembaca akhbar tempatan.
Saya amat terkilan apabila seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang beria-ia benar untuk menyuarakan isu ROYALTI MINYAK ini dan memaki hamun saya terus, jika kehendaknya tidak dilayan. Jesteru itu, saya mengambil keputusan untuk menurut kehendaknya secara rasional bukan dengan ugutan hasil dari ketolollannya itu.
Kekadang saya tertanya-tanya apa tujuan beliau menggunakan saya untuk menulis isu dalam ruangan Media rasmi ini?
Apakah beliau ingin melihat supaya Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah ‘DI MALUKAN?’
Apakah beliau ingin melihat kejatuhan UMNO dan BN dipercepatkan di Negeri Sabah?.
Apakah dengan soalan ini, beliau boleh menjalankan strateginya selaku Ketua Pemuda UMNO yang bertindak ‘Lempar Batu Sembunyi Tangan’ demi survival Ketua Bahagiannya?.
Apakah dia mahu saya terjebak dalam pertelingkahan pemimpin-pemimpin UMNO di mana saya tidak menjadi ahlinya?.
Semua ini menjadi persoalan saya, pada pengamatan saya, seolah-olah terdapat kumpulan berlainan dalam UMNO Sabah.
Kumpulan UMNO mempertahankan Legasi Jawatan.
Kumpulan UMNO yang cari projek dan Rampas jawatan.
Saya amat terkilan juga kerana seorang pemimpin Pemuda UMNO sanggup ‘MENGKHIANATI’ Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah dengan menggunakan saluran luar untuk menujukan soalan kepada pemimpin kerajaan di Negeri yang diperintah BN.
Apakah cara ini memang stail kepimpinpinan UMNO selama ini? Khianat-menghianati, tipu-menipu dan kelentong-mengelentong menjadi permainan politik UMNO di Negeri Sabah ini?
Saya teringat beberapa kes yang dilaporkan mengenai Ketua Menteri Sabah dua atau tiga tahun yang lalu di mana Ketua Menteri Sabah dilaporkan oleh orang tertentu kepada SPRM, Polis dan pihak berkuasa semata-mata untuk memaksa beliau untuk tunduk kepada tekanan.
Siapa sebenarnya di belakang semua? Pembangkang? Ahli UMNO atau rakyat biasa? Adakah kaitan di antara kes ini dan kes lama serangan kepada kepada Ketua menteri Sabah dalam dalam UMNO sendiri?
Mungkinkah kumpulan Ketua Pemuda UMNO Semporna ini menjadi dalangnya atau diupah oleh Ketuanya yang kini menjadi Naib Presiden UMNO?
Jesteru kerana perebutan kuasa di kalangan pemimpin UMNO Sabah, maka akhirnya rakyat terpinggir, tiada masa berkerja untuk rakyat. Bila rakyat hendakkan pembelaan mereka akan terus memandang sebelah mata dan menuduh rakyat menghina dan menghentam pemimpin.
Selaku rakyat biasa di Sabah elok kiranya saya menasihatkan pemimpin-pemimpin UMNO Negeri Sabah supaya berkerja keras terhadap mandat yang telah diberikan selama ini, seperti kita merujuk kepada saranan Timbalan Perdana Menteri tempoh hari.
Janganlah ada sifat tamak, rakus dan bernafsu besar di kalangan anda, bekerjalah untuk rakyat, gunakan saluran yang betul jika tidak berpuas hati kepada pihak kepimpinan, kerana anda mempunyai ‘plateform’ dan saluran yang kuat dan kukuh di Negeri anda.
Lainlah ceritanya, jika golongan bloggers, mereka hanya menggunakan saluran internet untuk mengeluarkan pendapat rakyat biasanya melalui internet dan media, sementara pemimpin melalui meja bulat perundingan di peringkat bahagian dan peringkat Negeri.
Janganlah khianati parti sendiri kerana ingin mengambil jawatan kawan sendiri dan jawatan sanak saudara dalam parti dengan alasan berprinsip. Persetan dengan prinsip anda jika hanya menyusahkan orang lain. Berpuashatilah dengan apa yang ada, insya Allah kita akan terus meningkat jika kita terus mendapat sokongan rakyat.
Adalah amat jijik jika nawaitu itu kita tidak baik, selepas itu ditambah pula dengan sifat kita yang sombong, bongkak, angkuh dan temberang dalam kehidupan harian, lebih- lebih lagi jika kita bergelar pemimpin.
Saya harap Ketua Pemuda UMNO Semporna faham apa yang saya katakan, jangan pula bila saya menasihatkan begini rupa, anda dia akan kata saya benci pemimpin UMNO dan panggil pemimpin UMNO seperti di bawah :-
Abdullah Sani kata : Pemimpin UMNO jijik bersifat sombong, bongkak, angkuh dan temberang dalam kehidupan harian, lebih lebih lagi jika kita bergelar pemimpin.
Saya katakan awal dan mengingatkan ini semua sebab Ketua Pemuda ini biasanya akan bertindak memutar-belitkan laporan, dengan kata-kata demikian di atas dan mencanang ke sana kemari untuk mendapat simpati atau mendapat perhatian dengan cara publisiti murahan dan kampungan.
Kita harus menerima teguran, rintihan rakyat dan pandangan rakyat, Mengejek, membuli, menghina dan memperkecilkan pandangan rakyat akan menyebabkan rakyat muak, muntah kepada pemimpin bersifat demikian.
Akhirnya kita menjadi busuk, hina dan keji seperti manusia yang tidak dapat membuang najis selama berminggu-minggu dan apabila dikeluarkan najis berkenaan menyeliputi semua ruang-ruang tandas sehingga si pembuang najis sendiri menghidunya dalam keadaan yang tidak menyenangkan.
Bahkan sampai menyelinap dari lubang-lubang dinding yang terdapat dalam tandas itu, maka terpalitlah bau busuk ini keluar kepada orang yang tidak berdosa; disebabkan najis keluar tadi sangat busuk lagi menjijikkan.
Saya juga tertarik dengan pandangan Zakaria Awang Damit dari Kota Kinabalu dalam FB SEMPORNA dalam komennya yang menasihatkan Ketua Pemuda UMNO semporna supaya bawa perkara ini dalam Mesyuarat Pemuda UMNO peringkat negeri yang dilihat saluran yang terbaik.
Bayangkan seorang rakyat biasa yang boleh menasihatkan pemimpin cara bijaksana, kenapa pemimpin Sabah, apabila dinasihatkan ditegur dan diingatkan ada pula diantara mereka yang besar kepala ,bongkak dan berhati batu.
Issh….Isssh….Issh!…
Wahai pemimpin-pemimpin kami, bersifatlah seperti kepimpinan Nabi S.A.W, contohilah kepimpinan beliau, seperti kata Perdana Menteri kita:
“Zaman Kerajaan Tahu Semua Dah Berlalu…….!!!!”
Rakyat telah didedahkan kepada teknologi maklumat dan boleh menimbang yang mana baik dan yang mana tidak baik.
Nah! Saya sekarang sebagai rakyak biasa menyahut cabaran Ketua Pemuda Semporna ini melaksanakan permintaannya.
Saya hendak tanya kepada pihak Kerajaan Negeri Sabah, Ke mana perginya Wang Royalti Minyak Itu?
Bagi penjelasan lanjut sila layari Link Dialog saya dan Ketua pemuda Semporna di link ini http://www.facebook.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan