HALAMAN SANTAI

Selasa, 30 Mac 2010

Banggunan Runtuh Lagi : Siasat Segera Projek yang ada

Oleh Roziyah Mahamad


KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Siasatan Bebas digesa agar segera menyiasat semua pembangunan projek prasarana sejak 1999 kerana mutu dan spesifikasi pembangunan yang boleh menimbulkan tanda tanya.

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Terengganu, Abdul Rahman Yusof berkata, banggunan UMT yang runtuh itu menimbulkan tanda tanya sama ada universiti tersebut selamat dan tidak mengancam keselamatan penggunanya.

Beliau dalam kenyataannya bimbang jika kejadian ini tidak ditangani dengan segera. keselamatan dan nyawa orang awam akan terus menjadi taruhan.

Media melaporkan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang dalam pembinaan itu runtuh dan menyebabkan seorang buruh mati dan empat yang lain cedera.

Kejadian banggunan runtuh tebaru di terengganu itu bukan kebetulan sebaliknya akibat kecuaian di semua peringkat yang bermula daripada proses tender hingga kepada kelulusan pembangunannya.

Mengikut rekod, banggunan yang runtuh sebelum ini melibatkan Staduim Sultan Mizan Gong Badak, Kubah Masjid Kampung Puteh, Dewan Sekolah Menengah Wakaf Tapai, Terminal Pengangkutan Awam Kuala Berang, Kebocoran Pusat Akuatik Batu Burok, Keretakan Pusat Latihan Antarabangsa (ICT) yang menjadi fakulti Baru Kolej Universiti Teknikal Tinggi Terengganu (TATIUC), kebocoran siling Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Teengganu dan banyak lagi.

Tiada ulasan: