HALAMAN SANTAI

Rabu, 17 Mac 2010

Kerajaan abai keluarga tahanan warga asing- PSK-GMI

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (PSK-GMI) mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri yang membiarkan ahli keluarga tahanan warga asing terumbang ambing di Malaysia.

Jurucakap PSK, Aliza Jaafar sewaktu membacakan kenyataan bersama turut menyelar sikap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yangbertanggungjawab terhadap pasukan polis dan Jabatan Imegrisen Malaysia yang mebiarkan perkara itu berlaku.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di parlimen sebentar tadi.

Turut serta pada sidang media tersebut, Ketua Dewan Muslimat PAS,Ustazah Nuridah Saleh, Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Zuraida Kamarudin, Ahli Parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud dan Tian chua (PKR-Batu), Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang), Dr. Lo' lo' Ghazali (PAS-Titiwangsa), Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) dan ahli parlimen Pakatan lain.

Beberapa aktivis GMI turt serta termasuk isteri kepada bekas tahanan ISA, Norlaila Othman.

Tindakan kerajaan Malaysia sedemikian katanya mempunyai elemen penderaan emosi dan psikologi terhadap isteri mangsa ISA.

Ianya juga bertentangan dengan Konvensyen Antarabbangsa CEDAW yang menghendaki setiap negara di dunia menghentikan sebarang bentuk penderaan dan keganasan wanita.

Pada 21 Januari lalu 50 orang ditahan ketika menghadiri kuliah agama di sebuah rumah yang disewa mereka di Sungai Cincin, Gombak.

GMI mendakwa 12 dari mereka ditahan dibawah ISA manakala KDN mendedahkan hanya 10 manakala 38 lagi dibebaskan.

Menurut GMI, sembilan daripada 12 yang ditahan itu terdiri daripada seorang rakyat Malaysia, manakala selebihnya rakyat Syria, Yaman, Nigeria dan Jordan.

Kerajaan bagaimanapun mengambil keputusan untuk menghantar kesemua sembilan warga asing yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pulang ke negara masing-masing.

Tiada ulasan: