HALAMAN SANTAI

Selasa, 16 Mac 2010

Kumpulan anti-liwat pelawa Anwar jadi penasihat

MALAYSIA KINI



Kumpulan anti-liwat hari ini menyerahkan sepucuk surat kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempelawa beliau menjadi penasihat mereka dalam kempen anti-liwat.

Menurut wakil Gerakan Anti Liwat (GELI), Mohd Hasri Macklin, Anwar yang sedang (kanan, berbaju gelap) berdepan dengan perbicaraan kes liwat, adalah calon paling sesuai kerana beliau menjadi ikon golongan muda.

Menurutnya, Anwar menjadi idola golongan muda dan pasti ramai yang akan turut serta dalam kempen anti-liwat yang bakal dilancarkan oleh GELI.

Mohd Hasri memberitahu pemberita demikian di ibupejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Surat tersebut, yang diterima oleh pembantu petadbir Tina Nancy Simon, turut menggesa supaya Anwar memfailkan saman sivil terhadap jabatan penjara dan kerajaan pusat kerana mencabul hak privasi.

Ia merujuk kepada VCD yang ditemui oleh pengasas GELI, Mohd Arshad dalam peti suratnya minggu lalu. Ia mengandungi rakaman Anwar di Penjara Sungai Buloh. Arshad telah membuat laporan polis mengenainya.

Tiada ulasan: