HALAMAN SANTAI

Selasa, 30 Mac 2010

Anwar Dedahkan Apco Worldwide

Oleh Erapakatan


KUALA LUMPUR : Peranan Apco Worldwide di Malaysia sudah bermula sebelum firma perunding antarabangsa itu menandatangani perjanjian dengan kerajaan Umno Barisan Nasional, melalui syarikat My Team Sdn Bhd.

Pendedahan tersebut dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat pagi ini secara panjang lebar, lengkap dengan dokumen sokongan termasuk salinan perjanjian.

Ketua Pembangkang itu menganggap penglibatan Apco Worldwide yang didalangi ramai individu Israel termasuk pakar perisikan, di Malaysia sebagai ancaman nasional dan berbahaya kepada negara serta rakyat keseluruhan.

Anwar Ibrahim hari ini juga menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Inc dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.

Ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata beliau bimbang kerana kerajaan mengambil sikap membisu terhadap dakwaan penglibatan Apco, sedangkan maklumat strategik negara telah terjejas apabila kerajaan melantik syarikat perunding komunikasi itu.

Turut didedahkannya ialah peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggunjawab memperkenalkan Apco kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya - satu perjanjian antara Apco dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan Apco ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.

Katanya lagi, kontrak dengan Apco ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.

"Ini aneh bagaimana kerajaan tandatangan dengan syarikat. (Proses menandatangani perjanjian) ini disaksikan setiausaha akhbarnnya sendiri, Datuk (Tengku) Sharifuddin (Tengku) Ahmad. Biasanya (kontrak) ditandatangi oleh pegawai kerajaan," katanya.

Anwar membuat penjelasan itu bagi menjawab tuntutan yang dikemukakan wakil Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini yang mahu Anwar dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen kerana menyamakan slogan 1Malaysia dengan 1Israel.

Tiada ulasan: