HALAMAN SANTAI

Jumaat, 19 Mac 2010

Selangor mahu bersemuka dengan SPR

MALAYSIA KINI



Selepas mengutus surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kerajan Selangor hari ini sedia bertemu sendiri dengan pengerusi suruhanjaya itu bagi membincangkan hasrat mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan di negeri itu.

“Kerajaan Selangor juga menyatakan kesediaan untuk mengadakan perjumpaan dengan (Tan Sri) Abdul Aziz (Mohd Yusof) dan SPR bagi membincangkan perkara itu,” kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dalam satu kenyataan hari ini, Abdul Khalid berkata, dalam suratnya kepada SPR yang dihantar pada 11 Mac, SPR diminta memberikan pandangannya berhubung peruntukan perlembagaan dan kuasa kerajaan negeri yang sedia ada bagi menghidupkan semula pilihan raya itu.

“Berdasarkan kajian kerajaan Selangor, Perkara 113 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada SPR untuk mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan di negeri-negeri,” kata Abdul Khalid.

“Undang-undang negeri pula memperuntukkan kuasa kepada kerajaan negeri melantik pihak berkuasa negeri mengikut Akta Pilihan Raya Tempatan 1960 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.”

Pada 16 Mac lalu, Abdul Aziz dilaporkan berkata, SPR akan menjawab surat Abdul Khalid dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng - yang turut menuntutnya - selewat-lewatnya pada minggu depan.

Abdul Aziz dilaporkan berkata, selepas itu barulah SPR akan mengumumkan pendiriannya kepada kepada orang ramai sama ada boleh atau tidak pilihan raya tersebut dihidupkan semula di negara ini.

Tiada ulasan: