HALAMAN SANTAI

Rabu, 17 Mac 2010

Tuanku Mizan Pertahan Hak Kebebasan Bersuara

parlimen 059

Oleh Muhammad Faizal Zakaria


KUALA LUMPUR; Kebebasan bersuara adalah antara ciri masyarakat yang demokratik dan matang dan ia tidak boleh diambil sebagai satu alasan untuk memburuk-buruk pihak tertentu, titah Yang DiPertuan Agong.

Baginda juga kesal dengan peranan media yang telah memaparkan isu-isi fitnah, pembohongan dan putar belit fakta dan menyeru kepada pihak terbabit agar menghentikan perbuatan tersebut yang boleh mengeruhkan keadaan politik sekarang.

Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah demikian semasa merasmikan mesyuarat pertama penggal ketiga sidang Parlimen ke-12 yang bermula semalam.

Baginda tiba bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah di Parlimen disambut oleh Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Dalam titap ucapan, baginda menegaskan masalah pendidikan yang perlu diutamakan selain menambah baik pengangkutan awam, memerangi rasuah, mengurangkan kadar jenayah, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman serta meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

Baginda juga bertitah dengan keadaan kemerosotan ekonomi global kerajaan perlu meningkat usaha menggunakan sepenuhnya sumber dan peluang yang ada untuk membawa negara keluar dari masalah tersebut.

Pemberian subsidi perlu distruktur semula dan dikurangkan secara berperingkat, walau bagaimanapun kumpulan sasar seperti kumpulan miskin terus dibantu agar mereka tidak terbeban.

Dasar baru pendidikan juga ditekan dengan memartabatkan Bahasa Malaysia selain memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris serta meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Gegala rasuah yang berleluasa menarik perhatian Yang Di-Pertuan Agong. Baginda berharap kerajaan dapat memerangi segera dan melaporkan jenayah tersebut dengan penuh tanggungjawab, selain rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat digubal bagi melindungi pengadu yang membuat pendedahan rasuah.

Baginda juga berharap pembangunan generasi baru Felda perlu diteruskan melalui program latihan kemahiran yang meliputi kerjasama dengan pihak swasta dalam bidang berprofil tinggi serta mempunyai pasaran kerja yang lebih baik.

Pembinaan rumah mampu milik juga perlu di tanah rancangan atau kawasan berhampiran yang sesuai, ini akan mengalakkan lebih banyak pusat pertumbuhan baru dan mengurangkan penghijrahan belia ke bandar.

Perpaduan dan saling hormat-monghormati antara kaum dan agama juga menarik perhatian, baginda menekankan ia perlu dijaga sebahagiannya kerana kaum dan agama adalah tunjung kekuatan negara.

Di akhir ucapan baginda berharap setiap Ahli-ahli Parlimen dapat mempamerkan tingkah laku dan tutur kata yang tidak mencerminkan kepentingan peribadi sebagai wakil rakyat.


Tiada ulasan: