TERKINI
KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar)mempertahankan, kerajaan tidak pernah menjanjikan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pengajian luar negara bagi kesemua pelajar cemerlang SPM.
Sebaliknya tegas Najib, kerajaan hanya mengatakan bahawa biasiswa JPA adalah bagi kedua-dua pengajian dalam dan luar negara, yang diberikan kepada mereka yang memperoleh kelulusan 8A+.
“Janji kita ialah kesemua pelajar 8A+ akan mendapat biasiswa kerajaan untuk (belajar sama ada) di peringkat tempatan dan luar negara. Kami tidak pernah menjanjikan bahawa setiap orang akan mendapat biasiswa ke luar negara.
“Publik kadangkala tidak faham,” kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.
Isu pengagihan biasiswa sebagaimana tahun-tahun sebelum ini muncul sekali lagi dengan parti-parti komponen BN mendakwa wujud salah guna kuasa di pihak JPA.
Hari ini, Najib menjelaskan bahawa pelajar-pelajar yang ditawarkan biasiswa bagi kursus-kursus diploma juga akan layak untuk biasiswa pengajian ijazah.
“Mereka yang menerima biasiswa dalam negara bagi program diploma kerana mereka ditawarkan diploma oleh universiti-universiti terbabit.
“Tetapi kerajaan akan menjamin untuk menaja pelajar yang mahu meneruskan pengajian mereka dengan biasiswa peringkat ijazah,” katanya lagi
.
11 ulasan:
The government said they wanted to resolve the brain drain problem. If they don't get this scholarship issue right, more brain drain will happen.
Believe it or not, those students who couldn't get JPA scholarships will go to Singapore and study and after that they will work and contribute to Singapore. Its Malaysia's loss.
Its better for the government to invest in giving scholarship to the bright students than giving subsidy....these bright students can contribute back to the country when they finish their study, but giving subsidy is like throwing the money into the river, nothing come back...
I am sense that the most bright students are among those who are not malay...
No wonder there is brain drain in Malaysia.
Government should prioritize in giving the scholarship to the bright students with a poor background.
yang penting pastikan biasiswa diberikan kepada mereka yang benar-benar layak...apa pun, harap dengan penjelasan PM ini akan menjelaskan semuanya.
jgnlah terlalu harapkan biasiswa, pemberian biasiswa ada kriteria2 tersendiri.
setiap pelajar cemerlang SPM tidak semestinya dapat biasiswa untuk lanjutkan pelajaran ke luar negara. kalau dapat biasiswa untuk lanjutkan pelajaran di dalam negara bagi saya itu sudah cukup baik.
jangan salahkan rakyat. Sebaiknya Datuk Najib perlu memberikan penjelasan yang lebih terperinci dan jelas kepada rakyat. Apa rancangan sekali pun.
bukan publik yang tidak paham, sebaliknya wujuk pihak2 tertentu yang sengaja memutarbelitkan bantuan kerajaan bagi mewujudkan konflik antara rakyat dengan kerajaan.
Catat Ulasan