HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 Mei 2011

Subsidi: Apa pilihan Najib?

Niluksi Koswanage & Razak Ahmad


Komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung pembaharuan ekonomi yang dijanjikannya dipersoalkan apabila kerajaan gagal mengurangkan subsidi bahan api yang dikhuatiri menjejaskan kewangan negara dan menguji kesabaran pelabur yang mahukan perubahaan.

NONEKeputusan Najib pada Rabu lalu untuk tidak mengurangkan subsidi adalah siri terbaru pusingan 'U' yang dibuat kerajaannya yang berusia dua tahun. Dalam usahanya menarik pelabur asing, sebelum ini, beliau berjanji akan memperbaharui ekonomi negara dan pada masa yang sama cuba menggembirakan pengundi.

Kerajaan juga memberi amaran bahawa harga minyak mentah yang terus melambung akan memaksa kerajaan menyemak semula subsidi tetapi gagal berbuat demikian dengan alasan mengambil kira kepentingan rakyat.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim semalam dipetik berkata Malaysia akan menyemak harga bahan bakar jika harga minyak mencecah dalam lingkungan US$110-US$120 setong.

Berikut beberapa soalan dan jawapan mengenai implikasi politik dan ekonomi berhubung subsidi yang dijangka berganda kepada hampir RM21 bilion tahun ini kerana harga minyak yang tinggi.

Sejauh mana Najib serius mengurangkan subsidi?

Dalam ucapan terbaru, Najib menyifatkan subsidi bahan api sebagi 'candu' tetapi berhati-hati dalam tindakannya yang tidak mahu mengecewakan pengundi dengan harga yang tinggi. Pilihan raya umum mesti diadakan pada pertengahan 2013.

Sejak mengambil-alih tampuk kerajaan pada 2009, beliau telah menaikkan harga petrol RON95 secara berperingkat-peringkat daripada RM1.75 selitre kepada RM1.90.

Namun ia masih di bawah paras RM2.10 yang dicadangan oleh sebuah badan kerajaan yang dipertanggungjawab mengkaji sunsidi.

Najib juga telah dua kali menangguhkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan melembutkan pendiriannya berhubung dasar afirmatif yang mengutamakan penduduk majoriti Melayu.

Menurut penganalisis Najib bersedia melaksanakan perubahaan berkenaan tetapi hanya selepas mendapat mandat besar pada pilihan raya umum akan datang.

Selama mana kerajaan boleh bertahan memberi subsidi?

Najib perlu memotong subsidi dan memperkenalkan cukai baru bagi mengurangkan defisit fiskal yang kini mencatatkan paras tertinggi dalam 20iaitu 7 peratus daripada keluaran dalam negara kasar pada 2009. Defisit pada 2010 adalah 5.6 peratusdan secara rasmi disasarkan pada 5.4 peratus tahun ini.- Reuters

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Why don't the government cut down on unnecessary spending rather than cut down subsidies?

Tanpa Nama berkata...

Najib has a choice, its up to him how to handle this.

Kurt berkata...

I hope najib will make the right choice.

Lucas berkata...

Kalau pakatan rakyat yg memerintah, mereka juga akan melakukan perkara yg sama juga...memang senang untuk bercakap & membantah, tapi cuba anda berada di tempat najib, apa yg anda akan buat?

Gopuk berkata...

Kerajaan kena bijak mengatur langkah jika tersalah langkah banyak benda yang akan mendapat tamparan yang hebat.

zam berkata...

harap semua ini akan dapat diuruskan dengan sebaiknya dan kepentingan rakyat perlulah diutamakan.

zam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

sebarang keputusan kena pastikan rakyat tidak terbeban teruk.

Tanpa Nama berkata...

pemberian subsidi juga mempunyai kesan negatif kerana ia turut dinikmati golongan berpendapatan tinggi walaupun sasarannya untuk membantu orang miskin. jadi,bagaimana pula keadaan golongan miskin jika subsidi ini langsung dimansuhkan?

Hamdan Hadillah berkata...

Kerajaan cuba untuk mengurangkan hutang negara kita dengan cara ini dapat mengurangkan tanggungan kerajaan. Harap rakyat faham.

nickko berkata...

soalan2 itu juga patut ditujukan kepada pembangkang terutamanya Pakatan..

Sejauh mana Pakatan serius mengurangkan subsidi sekiranya ditakdir berjaya menubuhkan kerajaan selepas PRU13?

dan

Selama mana kerajaan Pakatan boleh bertahan memberi subsidi kepada rakyat?