HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 Mei 2011

Kerajaan lulus kenaikan tarif elektrik

KEADILAN DAILY

PUTRAJAYA: Seperti dijangka, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota kabinetnya hari ini meluluskan kenaikan tarif elektrik yang butirannya akan diumum Isnin ini.

Keputusan itu dibuat oleh Najib ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi (NEC) di sini, lapor Malaysiakini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dijadualkan mengadakan sidang media pada pukul 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi tersebut.

Sejak beberapa minggu lalu, kabinet berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik.

Ia sebagai usaha langkah kerajaan menarik subsidi kepada rakyat, dalam keadaan Syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) menerima RM19 bilion hingga RM22 bilion subsidi setiap tahun.

Pakatan Rakyat sebelum ini menyelar kenaikan tarif itu, yang hanya menguntungkan kroni IPP, sebaliknya membebankan rakyat dengan segala macam kenaikan kos dan harga barangan lain.

Sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58 peratus dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

The government should consider the burden this will caused to the hardcore poor before increasing the electricity tariffs.

Tanpa Nama berkata...

Besides that, insufficient electricity still haven't been solved especially in Sabah, but now government is thinking of increasing the tariffs. Think about it.

Kurt berkata...

Not a good move by the government.

Kurt berkata...

Since they have increased the tariffs, government should find ways to lighten the people's burden.

Gopuk berkata...

Sebaiknya kerajaan melakukan sesuatu agar beban ini tidak dirasai oleh rakyat secara langsung.

zam berkata...

nampaknya kenaikan ini sukar untuk dielak. harap kerajaan akan melakukan sesuatu bagi membantu meringankan beban rakyat.

Tanpa Nama berkata...

tarif elektrik tetap naik. kena berjimat dalam gunakan elektrik.

Tanpa Nama berkata...

harap kenaikan tarif elektrik ini tidak terlalu membebankan rakyat. rakyat tidak sepatutnya memandang kesemuannya dari sudut negatif segala perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Hamdan Hadillah berkata...

Itu keputusan kerajaan.Bagaimana pula dengan rakyat? Biarlah rakyat sendiri yang menilai perkara ini.

nickko berkata...

Pakatan juga patut jelaskan apa kesannya kepada seluruh rakyat Malaysia jika subsidi IPP dan TNB ditarik balik. jangan kelirukan rakyat.. dan mungkin Pakatan juga patut buat kenyataan yang berbentuk jaminan bahawa sekiranya mereka berjaya mengambil alih kerajaan, mereka akan memberikan subsidi serta mengekalkan harga petrol, diesel, LPG dan semua barangan di negara ini sampai kiamat... mampukah? kalau tidak baik berhenti berpolitik..