MALAYSIA KINI
Umno dan BN mampu menawan semula negeri-negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat sekiranya semua anggota parti bekerja keras untuk parti dan tidak melebihkan kepentingan peribadi."Umno akan hilang kuasa jika ahli dan pemimpin lebih mementingkan jawatan daripada perjuangan membela rakyat. Pilihan raya akan datang ini menjadi satu ujian kepada ahli supaya bersatu dan merebut kembali kerusi yang telah ditawan pembangkang.
"Jika ahli-ahli Umno bekerja keras, tidak mustahil Umno akan dapat merampas semula kawasan tersebut", katanya ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kuala Krau, di Temerloh, hari ini.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, orang Melayu perlu sedar bahawa hanya Umno sahaja parti yang memperjuangkan nasib bangsa, agama dan negara ini selama ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan