HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 Mei 2011

Loji kumbahan RM1 billion: Menteri belum jawab

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) masih tidak memberi sebarang jawapan mengenai kos menaik taraf loji kumbahan di Pantai Dalam yang mencecah RM1 bilion.

Justeru Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mahu menterinya, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui memberikan penjelasan mengenai isu itu dalam tempoh seminggu.

“Tidak ada jawapan setakat ini dan saya akan beri mereka sehingga minggu depan (beri penjelasan),” kata Nurul Izzah ketika meninjau masalah kecurian kabel di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, di sini hari ini.

Nurul Izzah sebelum ini membuat pendedahan mengenai kos projek itu, yang meningkat 100 peratus dari kos awal yang dianggarkan sebanyak RM500 juta.

Beliau juga mempertikai pengeluaran tender projek naik taraf itu yang dijalankan secara tertutup.

Mengulas lebih lanjut, Nurul Izzah berkata beliau akan membuat susulan terhadap pendedahannya sebelum ini dengan menulis surat secara rasmi kepada Menteri berkenaan.

“(Sebelum ini) kita beri menerusi kenyataan terbuka. Jadi, selepas ini kita akan tulis surat kepada Menteri secara rasmi. Mungkin KPI-nya tidak termasukmenilai kenyataan akhbar. Jadi kita nak bagi surat supaya jangan terlepas pandang,” kata Nurul Izzah.

Beliau juga mengingatKAN KeTTHA agar memastikan kesilapan pertama sewaktu pembinaan loji itu tidak diulangi apabila ia dinaiktaraf kelak.

“Kita sekarang ini perlu terus memantau dengan jelas kerana dulu pada peringkat fasa pertama ia tidak dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Contohnya loji itu dibina secara terbuka dan bukan tertutup sehingga mengakibatkan bau kepada penduduk.

“Itu dah salah dan kini kos menaik taraf menelan belanja RM1 billion dan tak dibuat menerusi tender terbuka pula,” kata Nurul Izzah.

Tiada ulasan: