HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 Mei 2011

Subsidi IPP-Pembohongan BN Terhadap Rakyat?

Staff Berita Semasa

subsidi IPP Subsidi IPP Pembohongan BN Terhadap Rakyat?

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui membuat kenyataan bahawa RM19 bilion yang dinikmati oleh pengeluar tenaga bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad setiap tahun bukan satu bentuk subsidi.Adakah ianya satu pembohongan yang jelas?

Kenyataan itu bagi kami adalah jelas satu lagi pembohongan besar-besaran kerajan terhadap rakyat Malaysia.Kalau bukan satu bentuk subsidi, apakah istilah yang sesuai untuk ini?

Kuasa yang dijanakan oleh IPP memenuhi 60 peratus daripada keperluan tenaga negara manakala TNB membekalkan 40 peratus. Ini tanda jelas bahawa IPP mendapat manfaat paling besar daripada RM19 bilion yang diperuntukan.Jika Petronas boleh menjual gas pada harga pasaran, tentunya RM19 bilion yang diuntung setiap tahun boleh digunakan untuk memanfaatkan 27 juta rakyat Malaysia.

Persoalan yang sebenar yang harus dijawab oleh kerajaan ialah mengapa tarif gas yang dijual kepada IPP tidak boleh naik lebih tinggi sedangkan harga gula, diesel dan petrol yang dijual kepada orang awam dan rakyat Malaysia biasa boleh naik dengan pengurangan subsidi?

RM19 bilion adalah “keuntungan” yang terpaksa “dilepaskan” oleh Petronas kerana terpaksa menjual gas di bawah harga pasaran, iaitu pada RM10.70 bagi setiap Juta Unit Termal British (MMBtu), yang ditetapkan kerajaan kepada Petronas kepada IPP dan TNB untuk menjana kuasa serta sekaligus memastikan tarif elektrik yang rendah.

Perkara itu hampir sama dengan kejadian sebelum ini di mana kerajaan berkeras mempertahankan bahawa RM540 juta yang diberikan kepada Perimekar Sdn Bhd bukan komisyen kerana mengaturkan pembelian dua kapal selam bernilai US$972 juta (RM3.68 bilion) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia.

Kerajaan boleh menipu dirinya sendiri bahawa kerugian RM19 bilion oleh Petronas itu adalah bukan subsidi kepada IPP dan TNB. Tetapi beliau tidak akan berjaya menipu masyarakat bahawa kekayaan IPP adalah hasil daripada penderitaan yang terpaksa dibayar dari kenaikan harga barangan.

Kegagalan kerajaan untuk memastikan IPP membayar tarif gas mengikut harga pasaran dan menghentikan kenaikan harga pasaran yang dijangka bermula Jun 2011 menunjukkan bahawa rakyat adalah sasaran kerajaan untuk menanggung beban atas kenaikan harga.

Kalau betul kerajaan melaksanakan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, paksa atau revise balik perjanjian kerajaan dengan IPP sebelum ini.Hapuskan “subsidi” kepada mereka yang berkenaan dahulu, barulah nak hapuskan subsidi kepada rakyat.

Kami tak kisah kalau tak ada subsidi pun, tapi ianya biarlah kerajaan berlaku adil dalam hal ini.Apa pandangan anda mengenai isu subsidi IPP ini?


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

The government should just stop paying those IPPs for electricity and build their own power plant.

Tanpa Nama berkata...

Those IPPS all charges high prices for the electricity. Why does the government still buy electricity from them?

Lucas berkata...

apakah komplikasi yg akan berlaku jika 'subsidi' yg dinikmati oleh syarikat IPP ditarik balik?

Adakah tarif elektrik akan bertambah naik?

Gopuk berkata...

Jika boleh janganlah bebankan rakyat.

zam berkata...

sebaiknya jika penjelasan diberikan agar semua dapat memahami.

Tanpa Nama berkata...

hal ini perlu dijelaskan agar tiada yang terkeliru.

Tanpa Nama berkata...

kerajaan pasti ada penjelasan tentang perkara ini.

Hamdan Hadillah berkata...

Kalau benar ini satu pembohongan harap tidak akan berlaku lagi. tapi perlu ingat apa yang kita rancangan tidak semestinya terlaksana.

nickko berkata...

kita tidak tahu apa yang termaktub didalam perjanjian IPP memandangkan yang mula2 sebut tentang perkara ini adalah Anwar, apa yang keluar dari mulut beliau sebenarnya 1 pun tidak boleh percaya, justeru perjanjian ini harus didedahkan dan dikaji semula agar tidak dimanipulasi oleh pemimpin2 pakatan. sebahagian IPP yang dibina adalah kroni2 Anwar semasa beliau menjadi menteri kewangan, sebab itulah beliau berani mencabar kerajaan.