HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 Mei 2011

Tarif elektrik: Najib mahu teliti laporan Majlis Ekonomi Negara

THE MALAYSIAN INSIDER


KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan meneliti laporan hasil mesyuarat Majlis Ekonomi Negara (NEC) berhubung dengan tarif elektrik.

“Apa pun kita akan tengok dulu. Kita tak boleh kata apa. Itu laporan ... terpulang kepada mereka,” kata Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini.

Laporan Bernama Online memetik beliau mengulas sama ada benar atau tidak mesyuarat Majlis Ekonomi Negara meluluskan kenaikan tarif elektrik.

Mengulas mengenai pendirian kerajaan mengenai subsidi serta kesannya kepada rakyat, beliau berkata: “Saya sudah maklumkan dasar kita tetapi banyak orang tidak berapa faham.”

“Ini bukan pengurangan subsidi tetapi sebenarnya kurangkan kenaikan subsidi. Subsidi bukan sahaja tetap diberikan tetapi bertambah daripada RM11 bilion kepada RM20 bilion.

“Jadi, kerajaan terpaksa cari tambahan lebih RM8 bilion, bukan satu jumlah kecil,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata isu berhubung semakan harga gas dan tarif elektrik telah dibincangkan dalam mesyuarat NEC pada hari ini.

Bagaimanapun ia masih diperhalusi dan pengumuman berhubung perkara tersebut akan dibuat dalam masa terdekat, dijangka Isnin ini.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hope that the electricity tariffs will not be increased.

Tanpa Nama berkata...

Think of the hardcore poor before taking any actions. This will make their lives more difficult.

Tanpa Nama berkata...

tarif elektrik tetap naik.

Tanpa Nama berkata...

dikatakan kenaikan tariff elektrik ini tidak akan menjejaskan kira-kira 75% penduduk yang menggunakan kurang daripada 300 kw sebulan.

Hamdan Hadillah berkata...

harap apa pun keputusan pastikan tidak begitu memberikan beban kepada rakyat. Kerana rakyat yang menilai kebolehan pemimpin itu sendiri.

nickko berkata...

bila subsidi dikurangkan ramai yang membantah.. bila kerajaan menambah subsidi, pun ada juga pihak2 tertentu yang cuba menjadi batu api mengajak rakyat untuk terus menentang kerajaan. begitulah lumrah politik di Malaysia yang mana ramai dikalangan ahli2nya yang berlumba2 mendapatkan jawatan kabinet..