MALAYSIA KINI
Seorang peguam Inggeris yang mewakili pertubuhan hak Hindu yang diharamkan, Hindraf tetapi dihalang memasuki Malaysia untuk berjumpa dengan anak guamnya telah membidas kerajaan BN dalam wawancaranya yang agak kritikal dan disiarkan di akhbar Britain, The Guardian.
Mengimbas kembali kejadian yang dilabelnya sebagai "menghina tetapi 'membuka mata'", Imran menulis bahawa dia datang ke Malaysia untuk mengumpul bukti bagi menyokong kes yang difailkan oleh pengerusi Hindraf P Waytha Moorthy.
"Ketibaan saya di Malaysia telah menerima publisiti terlebih dahulu daripada pihak polis yang cuba menakut-nakutkan penganjur tempat di mana saya dijangka menemu-bual pihak-pihak yang membuat dakwaan berkenaan.
"Justeru, ada kebimbangan apabila saya melaporkan diri di kaunter imigresen setiba di KLIA," tulis Imran.
Lawatan kedua-duanya adalah sebahagian daripada usaha Hindraf untuk mempermantapkan kes mereka terhadap kerajaan British, yang dituduh mengabaikan kaum India tanpa perlindungan selepas membawa mereka masuk sebagai buruh ke Malaya ketika itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan