HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 Ogos 2011

PERKASA syor Kementerian Hal Ehwal Islam diwujudkan

MALAYSIA KINI


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mencadangkan Kementerian Hal Ehwal Islam diwujudkan bagi menangani segala isu berkaitan Islam yang kini semakin tercabar.

perkasa burn the star 140811 ibrahim aliPresiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata sudah sampai masanya kementerian seumpama itu diwujudkan kerana isu berkaitan Islam kini perlu diberi perhatian kerana ia membabitkan soal sensitiviti yang tidak boleh dipermainkan pihak lain.

"PERKASA mencadangkan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memikirkan secara serius untuk mewujudkan kementerian ini kerana jika tidak, isu berkaitan Islam tidak mampu diselesaikan dengan lebih terancang," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Jalur Gemilang kepada lebih 100 penunggang beca sempena Hari Kemerdekaan ke-54 Malaysia, di Pasir Mas, semalam.

Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mampu menyelesaikan segala isu berkaitan Islam dengan lebih berkesan kerana ia hanyalah sebuah agensi.

Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, kemudiannya turut bersama membawa beca mengelilingi bandar ini yang menarik perhatian orang ramai.

Menurutnya, walaupun orang ramai ghairah dengan persiapan menyambut Aidilfitri, sambutan kemerdekaan tidak harus dipandang dingin kerana ia merupakan hari penting yang perlu disambut dengan penuh kesyukuran. Bernama

Tiada ulasan: