HALAMAN SANTAI

Isnin, 15 Mac 2010

Dakwaan Palsu Perwakilan Tinggalkan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Kuala Selangor

SUARA KEADILAN

SHAH ALAM - KEADILAN Negeri Selangor hari ini menafikan laporan media arus perdana berhubung tindakan keluar dewan oleh 50 ahli parti semasa mesyuarat agung Cabang Kuala Selangor semalam.

Setiausaha Hamidi Hassan berkata perkara yang dilaporan dalam media mengenai "kejadian" itu adalah tidak benar.

"Sepanjang pemerhatian kami, kejadian meninggalkan dewan semasa mesyuarat berlangsung tidak pernah berlaku. Mereka yang mendakwa "meninggalkan" mesyuarat itu tidak berada di dalam dewan ketika mesyuarat berlangsung. Kenyataan bahawa 50 orang terlibat adalah tidak benar," jelas beliau dalam satu kenyataan.

Hamidi juga berkata dakwaan bahawa salah seorang ahli jawatankuasa cabang berstatus bankrap juga adalah tohmahan semata-mata.

"Terdapat dakwaan bahawa seorang AJK Cabang adalah bankrap. Ini adalah tidak benar sama sekali. Semakan di Jabatan Insolvensi pada 21 Januari 2010 telah mendapati AJK yang dimaksudkan bukanlah seorang bankrap," ujar beliau lagi.

Hamidi yang juga Ketua Cabang Serdang berkata kehadiran 241 perwakilan ke mesyuarat agung tersebut melebihi kuota yang diperlukan menurut perlembagaan parti.

"Kehadiran yang dicatitkan adalah seramai 241 orang dan ini lebih dari cukup untuk memenuhi kehendak Perlembagaan di mana Mesyuarat Agung mesti di hadiri sekurang-kurangnya 30 ahli yang telah membayar yuran tahunan mereka. Jumlah ini jauh lebih baik dari kehadiran sebelum ini," katanya.

Mengenai isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat agung berkaitan ketiadaan salinan notis mesyuarat dalam Laporan Tahunan yang diedarkan, Hamidi menjelaskan notis bertulis bertarikh 25 Februari 2010 telah di keluarkan kepada semua ahli.

"Selain itu cabang juga mengambil inisiatif mengeluarkan iklan di akhbar (Sinar Harian) bagi memastikan semua ahli maklum tentang tarikh dan tempat mesyuarat yang ditetapkan. Langkah ini juga diambil bagi menangani masalah notis yang tidak dapat di sampaikan melalui pos," kata Hamidi.

Tiada ulasan: