HALAMAN SANTAI

Rabu, 3 Mac 2010

Kes rebut harta Raja Nong Chik ditangguh

BERITA HARIAN ONLINE


PUTRAJAYA: Kes perebutan harta dan saham membabitkan keluarga isteri pertama dan kedua ahli perniagaan, Datuk Raja Nong Chik Raja Ishak ditangguhkan Mahkamah Persekutuan semalam kepada satu tarikh yang akan ditetapkan.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin sepatutnya mendengar rayuan isteri pertama, Raja Rajmah Raja Chik dan anaknya Raja Hanipuddin, Raja Sallehudin, Raja Hizaruddin, Raja Taharuddin dan Raja Noraini, serta enam pihak lain iaitu Syarikat Lambang Tenaga Putra Sdn Bhd, Furukawa Electric Cables (M) Sdn Bhd, Shorga Sdn Bhd, Malayan Zips Sdn Bhd, pengarah, Chow Soon Tat dan setiausaha syarikat, Chong Fook Sin.

Bagaimanapun, peguam Shorga, Robert Low memohon penangguhan bagi membuat penyediaan kes kerana beliau hanya dimaklumkan tarikh perbicaraan pada 24 Februari lalu.

Pada 8 Mei tahun lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan isteri kedua Raja Nong Chik, Jumaaton Awang dan anak mereka, Raja Delila, Raja Norlina, Raja Iskandar, Raja Akhbar dan Raja Yurihana menjadi pencelah kes saman Amanah Raya Berhad (ARB).

ARB menjadi pentadbir harta pusaka Allahyarham, yang meninggal dunia pada 10 Februari 1994 berdasarkan surat kuasa mentadbir yang diperoleh dari Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, pada 17 Disember 1996 menerusi satu petisyen.

ARB mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan saman sivil yang difailkan terhadap Raja Rajmah dan anak-anaknya. Rayuan itu masih belum didengar.

Dalam saman difailkan pada 1998 itu, ARB mendakwa Raja Rajmah dan anaknya menipu dengan memindahkan lebih dua juta unit saham syarikat milik Raja Nong Chik selepas kematiannya.

Tiada ulasan: