HALAMAN SANTAI

Khamis, 4 Mac 2010

The Star tolak rencana Marina Mahathir

Hazlan Zakaria



Rencana kolumnis popular dan juga aktivis sosial, Datuk Marina Mahathir menerusi ruangan 'Musings' yang dijadual disiarkan di akhbar harian berbahasa Inggeris, The Star hari ini telah ditolak.

Marina (kanan) menjelaskan dalam blognya, keputusan The Star itu berikutan kekhuatiran tindakan lebih drastik diambil terhadap mereka oleh Kementerian Dalam Negeri kerana menyentuh isu-isu yang dianggap sensitif.

Katanya, “The Star enggan mencetak artikel itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan selepas apa yang terjadi kepada editor urusannya, P Gunasegaram berhubung sebuah rencana yang menyebabkan mereka diberi surat tunjuk sebab.”

“Mereka tidak mahu lagi sebarang rencana sensitif yang boleh menyebabkan permit KDN mereka tergugat,” kata Marina.

Rencana yang ditolak oleh The Star itu disiarkan Marina dalam blognya. Ia menyentuh isu sebatan syarie dan undang-undang syariah di Malaysia.

Kedua-dua isu itu juga disentuh oleh Gunasegaram dalam rencananya yang dianggap sensitif.

Marina melahirkan kekecewaannya tetapi berikrar akan terus mengutarakan pandangannya serta meluahkan pendapat menerusi media internet.

Beliau juga mengkritik Akta Mesin Cetak dan penerbitan serta keperluan memperbaharui permit setiap tahun yang menghantui kebanyakan akhbar.

Tiada ulasan: