HALAMAN SANTAI

Selasa, 9 Mac 2010

Umno kemaruk laksana persempadan semula

FREE MALAYSIA TODAY

raja petra Editor portal Malaysia Today Raja Petra Kamarudin mendakwa Umno sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) bagi membolehkan mereka kembali dengan kuasa dua pertiga di Parlimen.

Kuasa dua pertiga ini diperlukan untuk meluluskan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang bakal digunakan untuk menumpaskan PR dalam pilihan raya umum akan datang.

"Persempadanan semula kawasan pilihan raya ini pula dibuat dengan cara ‘gerrymandering’," tulis Raja Petra.

(’Gerrymandering’ adalah kaedah persempadanan kawasan pilihan raya yang dibuat sedemikian rupa untuk menyusun para pengundi untuk kepentingan pihak tertentu yang menghasilkan bentuk yang luar dari biasa)

Pencapaian Barisan Nasional akan sentiasa bertambah baik dalam pilihan raya yang diadakan selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya melalui ‘gerrymandering’ ini seperti pilihan raya 1986, 1995 dan 2004.

Menurut Raja Petra dalam tulisannya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dipisahkan dari Selangor untuk memecahkan kuasa politik Cina di Selangor dengan mengumpulkan mereka di Kuala Lumpur sahaja.

Ia dibuat ekoran kejatuhan Selangor ke tangan pembangkang pada pilihan raya 1969.

Sementara itu mengikut pengalaman PAS pula dua tokoh penting PAS telah hilang kerusi Parlimen mereka akibat dari persempadanan semula kawasan pilihan raya ini iaitu Mohamad Sabu di Kuala Kedah dan Datuk Mahfuz Omar di Pokok Sena.

Kini, menjelang PRU ke 13 Umno dan pakar-pakarnya sedang menyusun semula strategi untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya. Tanpa kuasa dua pertiga Parlimen, ia tidak akan berjaya. Maka datanglah usaha ini, membeli seramai mungkin wakil rakyat PR.

Dalam tulisan itu juga Raja Petra mendakwa orang di belakang ’shopping spree’ membeli anggota Parlimen PR ini adalah Hamdan, sepupu Najib, yang telah diberikan Kudat IPP sebagai ‘cash cow’ untuk membiayai ’shopping spree’ ini."

Menurutnya Hee Yit Fong, ADUN DAP Perak yang meninggalkan partinya dibayar RM25 juta kerana peranan beliau untuk menjatuhkan kerajaan negeri Perak. Namun, katanya Tan Tee Beng, anggota Parlimen Nibong Tebal dibayar hanya RM2 juta sahaja.

Tiada ulasan: