HALAMAN SANTAI

Selasa, 10 Mei 2011

Harga gula naik kali keempat sejak tahun lalu

MerdekaReview


Harga gula bakal meningkat 20 sen kepada RM2.30 sekilo, berkuatkuasa mulai esok, untuk "menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM116.6 juta". Kenaikan ini adalah kali keempat sejak tahun 2010, juga "penyelarasan kali ketiga" sejak rasionalisasi subsidi yang diumumkan pada Julai 2010.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan pada hari ini, bahawa harga gula akan dinaikkan ke paras RM2.30 sekilo mulai esok. Ia dilihat sebagai salah satu langkah di bawah Rasionalisasi Subsidi, untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM116.6 juta.

Kerajaan Najib mengambil langkah di bawah rasionalisasi subisidi untuk kali pertama pada 16 Julai 2010, dengan kenaikan harga minyak RON95 sebanyak 5 sen, gas semulajadi 10 sen, dan penyelarasan harga minyak RON97 mengikut pasaran dunia. Harga gula dinaikkan 25 sen ketika itu, dan kesemuanya dianggar menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM750 juta.

Kali kedua kenaikan harga diumumkan pada 4 Disember 2011, dengan kenaikan 5 sen untuk minyak RON95, 20 sen untuk gula dan 5 sen untuk gas dan diesel. "Penyelarasan" harga minyak dijangka menjimatkan kos RM1.18 bilion untuk kerajaan, dan sebanyak RM283.5 juta dijimatkan untuk kenaikan harga gula.

Lebih awal lagi, kerajaan mengumumkan pada Januari 2010 kenaikan harga gula dari RM1.45 kepada RM1.65 sekilo di Semenanjung Malaysia, dan peningkatan kepada RM1.75 sekilo di Sabah dan Sarawak.

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

The government mentioned previously that the sugar subsidy will be reduced stage by stage.

Tanpa Nama berkata...

harap kerajaan akan dapat mencari jalan bagi membantu pengguna berhadapan dengan kenaikan harga ini.

Tanpa Nama berkata...

diharapkan juga tiada kenaikan lagi dalam masa terdekat.

Smookiekins berkata...

Pemantau perlu agar kenaikan harga terkawal. ini perlu untuk mengelak sesetengah pihak mengambil kesempatan atas kenaikan harga gula. Pemantau kerap perlu terutama di bahagian pedalaman Sabah.

Tanpa Nama berkata...

hrga barangan ni akan terus naik, dan kita sebagai rakyat kenalah bijak berbelanja

Gopuk berkata...

Kenaiikan harga gula secara langsung mengurangkan lagi pengunaannya dalam pembuatan kuih, air dan sebagainya. Bukan kah ini satu yang baik kerana secara langsung dapat mengelak daripada pengambilan gula yang berlebihan serta dapat mengurangkan kegemukkan dikalangan rakyat kita.

Gopuk berkata...

Kita kena bersedia kerana bila2 masa harga barang akan naik kerana kita beredar ke zaman yang baru. Kita suka atau tidak keadaan ini tetap akan berlaku jika di masa hadapan.

Tanpa Nama berkata...

jadi, kurangkanlah pengambilan gula.

Unknown berkata...

Harga gula tidak pernah naik selama berpuluh tahun zaman Robert Kwok.
Sebaik saja ia dipindah tangan, harga tidak berhenti naik.
Kenapa?
Tahukah gula dimonopoli siapa?

Tanpa Nama berkata...

Impak kenaikan harga gula tidak begitu besar berbanding dengan kenaikan harga petrol.

Tanpa Nama berkata...

Kurangkan makan gula. Inilah satu cara menggurangkan belanja serta pertimbangan atas kesihatan diri.

Unknown berkata...

Pasti kajian dilakukan terlebih dahulu sebelum kenaikan dilakukan. Harap rakyat tidak memikirkan ha bukan-bukan. Dan tidak akan dihasut oleh pihak yang mengunakan isu ini demi kepentingan diri mereka sendiri.

Hosie Masie berkata...

Ada baiknya juga kenaikkan harga gula ini. Untuk kesihatan rakyat supaya kurangkan penggunaan gula yang berlebihan.

awangsaribu berkata...

Jangan termakan tipu daya mengatakan kurang makan gula ,kurang penyakit kencing manis. Atau percaya, harga gula di negara ini lebih murah dari negara lain !

Itu semua cakap-cakap nak tipu rakyat. Sebenarnya wang negara dah kurang, bila harga gula naik boleh jimat juta-juta !. Tolong tenguk penjelasan menteri tentang hal ni. Betul tak ?

evan medhousky berkata...

awangsaribu..

bermakna kecing manis bukan disebabkan oleh gula??

kalau gula di negara2 jiran murah kenapa perlu seludup gula dari negara ini?? bukankah itu menunjukkan gula mereka mahal??

saya harap rakyat juga tidak terpedaya dengan kata2 penafian yang tidak ada fakta.. atau sekadar teori politik.

evan medhousky berkata...

sepatutnya sebelum kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi, kerajaan juga patut memikirkan bagaimana meningkatkan kuasa beli rakyat. naikkan dulu gaji rakyat di negara ini baru ambil tindakan penjimatan subsidi.

Unknown berkata...

TENTU KILANG GULA MULA MENGAUT KEUNTUNGAN.
rAKYAT PULA PERLU TANGGUNG BEBAN YANG LEBIH BERAT.

Tanpa Nama berkata...

Dalam masa 12 bulan sudah 4 kali naik.Bila harga gula atau berangan harian akan turun?

Tanpa Nama berkata...

Industri yang banyak menggunakan gula terpaksa menanggung kos yang lebih tinggi berikutan kenaikna harga gula. Harap kos ini tidak dipindah kepada pengguna.