HALAMAN SANTAI

Isnin, 9 Mei 2011

Mahasiswa koyak, pijak Utusan tanda bantah

Afiq Hizami, Pelatih UKM


KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) hari ini membuat satu laporan polis berhubung laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia bertajuk 'Kristian Agama Rasmi?'

Laporan itu dibuat presidennya, Ahmad Syazwan Hassan di balai polis Pantai dekat sini kira-kira jam 11.30 dengan diiringi 20 wakil pertubuhan pelajar lain termasuk bukan Islam yang berkumpul di luar pekarangan balai polis tersebut.

Menurut Ahmad Syazwan, kenyataan akhbar Utusan yang dikeluarkan pada 7 Mei 2011 boleh mejejaskan perpaduan kaum di negara ini kerana bersifat provokasi yang menyentuh sentimen agama di negara ini.

Menurut beliau lagi Utusan Malaysia dilihat tidak bijak dan kredibitinya dipertikai apabila mengambil sumber hanya daripada blog yang bersifat pandangan peribadi penulis.

Beliau juga mahu tindakan yang tegas diambil terhadap pihak Utusan mengenai kenyataan tersebut.

Selain itu, beliau juga menggesa pihak Utusan meminta maaf dan bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Syarikat media milik Umno itu.

"Tindakan ini adalah untuk memberi pengajaran terhadap mana-mana media yang juga mencetuskan sentimen agama yang boleh menjejaskan perpaduan di negara ini", katanya

Sementara itu, menurut Presiden Majlis Pewakilan Mahasiswa Universiti Malaya, Mohd Syahid Zaini berkata tindakan Utusan itu cuba mengaut keuntungan politik tanpa mengira kesannya kepada rakyat di negara ini.

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM, Mohd. Safwan Anang pula mahu mahasiswa menolak budaya fitnah dan provokasi dilemparkan akhbar tersebut.

Pandangan sama turut disokong Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM, Mohd Hazim Mohd Noh.

"Kami bersikap tegas terhadap mana-mana media yang cuba mencetuskan sentimen perkauman ini, saya berharap segala unsur fitnah dan khabar yang tidak benar dari sumber yang betul hendaklah diselidik terlebih dahulu agar sebarang kenyataan yang dikeluarkan tidak menjejaskan keharmonian yang sedia ada di negara kita," katanya.

Sehubungan itu, mereka turut mendesak agar tindakan tegas diambil kepada pihak akhbar tersebut.

Sebagai tanda bantahan, mereka turut membaca akhbar utusan secara terbalik sebelum mengoyak dan memijak akhbar terbabit.

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Its good to see that youngsters nowadays have a good stand on this sort of issues and not easily influenced. It also shows that the youngsters are willing to embrace 1 Malaysia spirit. Good job.

Tanpa Nama berkata...

I also agree that Utusan should apologize and not try to incite hatred through race and religion.

Smookiekins berkata...

Syukur. Golongan muda tidak muda terpedaya. Berfikikiran terbuka, bijak menilai & cinta akan kehormonian. Golongan muda & mahasiswa adalah salah satu aset negara. Golongan ni adalah pelapis kepada apa yang ada sekarang ni.

Tanpa Nama berkata...

isu seperti ini harus ditangani dengan sebaik agar perpaduan sentiasa kekal.

Tanpa Nama berkata...

mana-mana media pun perlulah berhati-hati dalam menyiarkan sesuatu. unsur provokasi harus dielakkan.

Tanpa Nama berkata...

jgnlah kita terpedaya dan terpengaruh dgn berita tersebut. isi2 berkaitan agama tak harus dipolitikkan.

Tanpa Nama berkata...

lepas koyak dan pijak akhbar Utusan tu. jgn lupa bersihkan kawasan tu. buang sampah di dalam tong sampah.

Gopuk berkata...

Palbagai penulisan yang boleh memberi tekanan terhadap isu perkauman. Untuk mengelak semua itu berlaku kita seharusnya hormat menhormati sesama.

Gopuk berkata...

Isu perkauman dan agama sangat sensitif di Malaysia, jika boleh jangan siarkan mana2 artikel berkaitan dengan isu sensitif ini.

Tanpa Nama berkata...

pihak Utusan Malaysia sepatutnya sedar bahawa mereka telah menyemarakkan api perkauman di negara ini.

Unknown berkata...

Harap lebih ramai lagi bangkit membantah utusan yang tiada langsung etika sebagai satu akhbar yang bermoral dan kredibiliti.

Tanpa Nama berkata...

Maklumt dari blog yang tidak berasas dijadikan 'headline'. Apa muslihat utusan?
Tidak senang hati dengan keamanan Malaysia?

Tanpa Nama berkata...

Syukur ada kesedaran dari golongan muda. Keamanan negara amat penting, segala muslihat bertujuan menjejaskan keamanan negara mesti dikutuk sekeras-kerasnya.

Hosie Masie berkata...

Apa yang utusan lakukan adalah salah. Harap utusan lebih memberikan maklumat yang berguna kepada rakyat dan bukannya berunsurkan perkauman.

evan medhousky berkata...

kenapa tidak siasat DAP atau penulis yang mendedahkan isu ini? kenapa perlu serang Utusan? ini menunjukkan bantahan ini sekadar gimik politik untuk kepentingan pihak tertentu. kalau semua isu itu dinilai berdasarkan pemikiran politik, patutnya tidak perlu ada media di Malaysia. media tidak layak berada di Malaysia kerana rakyatnya masih berfikiran sempit..

evan medhousky berkata...

ni semua pelajar2 GAMIS ini.. kamu ni pelajar atau ahli politik? kenapa pembangkang tidak halang mereka dari mencampuri urusan politik? atau pembangkang menggunakan mereka untuk kepentingan politik?

kepada adik2 yang kemaruk mahu berpolitik ni, assignment sudah siap? presentation sudah buat? kalau belum, elok lah pergi balik belajar..

evan medhousky berkata...

bila akhbar Pakatan buat fitnah, timbulkan isu perkauman, tidak ada pula pelajar2 GAMIS ni buat demo..

Unknown berkata...

1 Malaysia pasti berjaya tanpa Utusan.
Boikot Utusan.

Tanpa Nama berkata...

Ramai ayng tidak setuju dengan apa yang telah Utusan buat. Utusan harus minta maaf dari rakyat kerana tidak membuat laporan dengan betul dan berasas.

Tanpa Nama berkata...

Ini tanda positif bahawa mahasiswa turut perihatin dengan hal ehwal semasa yang mempengaruhi masa depan mereka.

Tanpa Nama berkata...

isu agama dan kaum adalah isu sensitif di malaysia dan saya pasti Utusan Malaysia tahu akan hal ini tetapi mengapa akhbar pro Umno ini menyiarkan berita yang belum tentu benar dan bersifat provokasi?

Tanpa Nama berkata...

tindakan bodoh Utusan Malaysia ini telah mencemarkan imej dunia media cetak malaysia..Utusan malaysia wajib meminta maaf secara terbuka kepada rakyat malaysia dan berhenti beroperasi serta merta..

Tanpa Nama berkata...

media seharusnya mengeluarkan berita yang tepat dan benar...bukan berbentuk provokasi..UMNO seharusnya menegur tindakan Utusan Malaysia..

Tanpa Nama berkata...

siasatan terperinci harus dilakukan untuk menangkap dalang yang cuba merosakkan keamanan dan keharmonian antara agama dan kaum di malaysia..diharap kerajaan khasnya PDRM akan berlaku adil.

Tanpa Nama berkata...

Utusan Malaysia juga harus dihentikan operasinya kerana menlanggar akta ISA..pengarang yang bertanggungjawab dengan provokasi ini juga harus ditahan di bawah akta ISA..dato' seri hishammudin, sila berlaku adil sebagai menteri KDN.