| Harakahdaily |
|
Ketua Penerangan PAS negeri, Hisammuddin Sulaiman (gambar) berkata, ini menunjukkan PBRS gagal memajukan Parlimen Pensiangan yang mempunyai hasil mahsul yang bernilai tinggi. ”Jika datang ke Parlimen Pensiangan, kita boleh mengimbau pembangunan tahun 60-an, jalan raya utama kebanyakannya masih belum berturap dan kekurangan prasarana,“ katanya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Keningau. Sebelum ini, katanya PAS Sabah pernah membongkar aktiviti pembalakan haram di Kampung Batu Lugiyan Sook di bawah Parlimen Pensiangan serta pencemaran punca bekalan air penduduk kampung di Dun Sook. Menurutnya, pendedahan tergempar itu tidak ada tindakan daripada Josep Kurup yang juga merupakan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar. Tambahnya, Josep Kurup selaku ahli parlimen yang menang melalui proses mahkamah juga dilihat mempunyai akauntabiliti yang lemah. “Perkara ini dilihat apabila sambutan dingin rakyat di program seperti Program Unduk Ngadau yang diadakan di Dewan Masyarakat Sook, baru-baru ini,” katanya. Justeru, ujarnya permintaan Umno menggantikan PBRS seolah-oleh memukul gendang yang sama dan corak yang sama dari segi pemerintahan yang akhirnya memberi kesan pembangunan yang tidak seimbang kepada rakyat Pensiangan. “Bagi PAS parti mana sekali pun, lawan tetap lawan, namun kelemahan pimpinan Josep Kurup menjadikan Pensiangan akan diambil alih Umno dan kita tahu Umno juga ada strategi tersendiri untuk menjadikan tempat itu di bawah naungan mereka,” ujar Hisammuddin. |
HALAMAN SANTAI
Jumaat, 20 Mei 2011
Permintaan Zahid bukti Joseph Kurup lemah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan