Elissa Helmy
Lebih 50 ahli dari badan bukan kerajaan (NGO) negeri Melaka, yang diketuai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), hari ini membuat satu laporan polis berhubung petikan sebuah laman blog mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara selain berhasrat melantik Perdana Menteri di kalangan penganut agama itu.Sebaik selesai membuat laporan Abd Rahim yang diiringi seramai kira-kira 50 penyokong berarak dari perkarangan balai polis menuju ke satu kawasan lapang dengan membawa beberapa sepandung dan kain rentang sambil melaungkan slogan 'Hidup Melayu'.
Di dalam laporan polis dibuat, katanya, pada 7 Mei lalu jam 2.30 petang beliau telah terbaca laporan sebuah akhbar yang memetik di dalam artikel sebuah laman blog satu perjumpaan paderi-paderi dan warga asing termasuk dari Sarawak anjuran DAP Jelutong, untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara selain berhasrat melantik Perdana Menteri di kalangan penganut agama itu.
"Kita bimbang keadaan ini akan mencetuskan satu suasana yang kucar kacir dan tidak aman terhadap masyarakat yang berbilang kaum di negara ini.
"Saya sebagai Yang Dipertua Perkasa membuat laporan ini bertujuan mahu mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan segera berhubung perkara yang berlaku.
"Sekiranya terdapat bukti, adalah menjadi kesalahan di bawah Akta Hasutan dan berharap tindakan undang-undang akan dapat diambil kepada mereka yang terlibat," katanya.
Menurut Shaari, pihaknya berharap semua NGO dapat tampil ke hadapan dengan terlibat sama mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan segera dan seterusnya mengambil tindakan.
"Saya percaya selepas ini akan ada beribu-ribu laporan polis akan dibuat berhubung perkara ini," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan