MALAYSIA KINI
Ketua ekonomi kumpulan RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng berkata "subsidi yang direka dan disasarkan dengan baik boleh membantu kerajaan memenuhi objektif berkembar sosio-ekonomi.”Katanya, kerajaan mungkin tertekan untuk memenuhi 5.2 peratus defisit fiskal yang diunjurkan untuk tahun ini berikutan kenaikan sekali ganda subsidi bahan bakar yang disasarkan untuk tahun ini yang dikatakan bersamaan dengan satu peratus daripada anggaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2011 negara.
"Kami menjangkakan yang perasionalan subsidi untuk para pengguna akan berterusan pada rentak yang berperingkat.
"Ia bagaimanapun, mungkin tidak lama lagi ekoran tempoh enam bulan untuk pelarasan harga di bawah program rasionalisasi yang diketuai oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), katanya.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari Isnin selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Kabinet mengenai Bekalan dan Harga yang kerajaan menjangkakan nilai subsidi tahun ini akan dinaikkan kepada RM20.58 bilion daripada RM10.32 bilion pada 2010.
Yeah berkata bagaimanapun, terdapatnya keperluan untuk meningkatkan kecekapan dalam proses penjayaan untuk mengurangkan sisa dan kebocoran subsidi.
Subsidi kerajaan, terutamanya untuk pengeluaran pertanian, sektor perikanan dan pengangkutan, dijangka tidak akan ditarik balik, katanya.
Menuryt Yeah lagi, kunci utama memerangi desakan kos inflasi bukan hanya untuk memastikan bekalan yang cukup tetapi menghalang kekurangan yang tidak asli yang menyebabkan harga melonjak ekoran belian panik.
"Menaikkan tahap pelaburan dan pengeluaran serta meningkatkan kecekapan dan produktiviti pasaran seiring dengan keseluruhan rantaian bekalan juga merupakan langkah utama dalam memerangi inflasi," kata beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan