SINAR HARIAN ONLINE
SHAH ALAM - Penganalisis politik menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tidak akan diadakan dalam masa terdekat dan menolak spekulasi ia akan diadakan pada 11 November ini.
Prof Ahmad Atory Hussein dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, jika ia diadakan dalam masa terdekat, dikhuatiri mimpi ngeri Barisan Nasional (BN) pada PRU-12 pada 2008 lalu akan berulang.
Pada PRU-12, Pakatan Rakyat (PR) rampas Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor daripada BN dan kekal memerintah Kelantan.
“Perdana Menteri tidak akan mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat kerana banyak lagi perkara penentu kejayaan BN masih belum diselesaikan, terutama berkaitan ekonomi dan politik.
“Pemilihan tarikh pilihan raya tidak boleh diadakan secara tergesa-gesa. Kerajaan perlu mengambil peristiwa pada PRU-12 sebagai pengajaran,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas spekulasi PRU-13 akan diadakan pada 11 November ini berikutan ramalan beberapa pihak bahawa angka 11 adalah kegemaran Perdana Menteri.
Angka itu menjadi penting kerana kebetulan Allahyarham bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri kedua itu, lahir pada 11 Mac 1922; ibunya, Tun Rahah Noah, lahir pada 11 Jun 1933, tarikh lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan dan UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Selain itu, Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11. Nombor plat kenderaan rasmi beliau juga 11.
PRU-12 diadakan pada Mac 2008 dan mandat memerintah kerajaan BN selama lima tahun itu sepatutnya berakhir Mei 2013.
Ahmad Atory berkata, kemungkinan besar PRU-13 akan diadakan pada 11 haribulan atau bulan November, tetapi tidak percaya akan diadakan tahun ini.
Bekas pensyarah, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berasa Perdana Menteri tidak akan adakan PRU pada masa parti komponen BN masih tidak menunjukkan prestasi meyakinkan.
“Walaupun sudah memasuki lebih separuh penggal memerintah sejak PRU-12, Perdana Menteri masih belum yakin dengan sokongan golongan muda terhadap UMNO dan beliau tentu bimbang dengan sokongan kaum Cina yang tidak memihak kepada BN.
“Jika perkara ini masih belum diatasi dan perancangan masih belum dilaksanakan, pilihan raya dalam masa terdekat dilihat akan merugikan BN,” katanya.
19 ulasan:
We should wait for official announcement from the PM.
tidak kira sama ada PRU diadakan dalama masa terdekat atau tidak, yang penting tugas kepada rakyat perlu sentiasa dijalankan sepanjang masa.
apa pun, sebaiknya jika semua sentiasa bersedia.
PRU takkan diadakan dalam waktu terdekat. ia akan diadakan setelah Bn benar2 bersedia.
Bilapun pilihanraya itu tidak menjadi masalah bagi saya. Sekiranya dilakukan dalma masa yang terdekat, adalah lebih baik dan jika tidak, kita semua harus bersedia.
Apabila pilihanraya menjelang, rakyat perlu memainkan peranan mereka sebagai seorang pengundi. Kepada muda mudi yang belum lagi mendaftar untuk mengundi silakan mendaftar nama anda. Sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab, mengundi adalah kewajiban kita.
PRU13 penentuan bagaimana rupa sabah selepas tu.
bersedia saja kerana PM akan umumkan bila-bila masa.
Keputusan PR Sarawak yang lalu tetap memberi kesan kepada penentuan tarikh PRU 13.
Tunggulah sehingga masa yang paling sesuai. Masih ada masa lagi.
PRU 13 tatap sampai sebelum habis penggal, sabar.
Nampaknya PRU 13 dinanti-nantikan oleh semua pihak. Banyak mengatakan PRU13 akan diadakan pada tahun ini. Kita tunggu saja.
Tidak kira bila PRU nya. Semua wakil rakyat dan pemimpin perlulah memberikan yang terbaik untuk rakyat jika inginkan yang terbaik untuk PRU13 nanti.
berhati2 dalam menentukan tarikh pilihanraya.. biarlah benar2 yakin dan bersedia sebelum membuat keputusan.
bagi saya tahun ini memang tidak sesuai diadakan pilihanraya umum.. banyak isu2 yang tidak memihak kepada BN dan banyak kekurangan yang masih perlu diambil perhatian oleh kerajaan.
pada waktu ini,kedudukan BN goyah dengan timbulnya isu-isu berkaitan kaum dan agama. perkara ini harus diselesaikan terlebih dahulu barulah pilihan raya dapat dijalankan dengan lancar.
Bersedialah kita untuk membuang undi.
Tarikh tidak penting, yang penting kita bersedia.
Cabaran BN semakin tinggi kerana kehendak rakyat suah berubah dan tidak mudah dipengaruhi oleh cara-cara lama yang lazim digunakan BN semasa pilihanraya.
Siapa tahu trikh sebenar PRU 13? Cuma PM tahu. Biarlah beliau membuat keputusan.
Catat Ulasan