MSO
Menteri Pertahanan Hishmuddin Hussein membayangkan Operasi Daulat
di Lahad Datu Sabah akan ditamatkan sekiranya keselamatan di kawasan
ESSCOM itu kembali pulih. Pengumuman akan dibuat sempena lawatan bersama
Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamid ke kawasan itu tidak lama lagi.
Apa dibayangkan Hihsmuddin itu sudah diduga awal-awal. Operasi Daulat
tidak selamanya di situ dan ia akan dihentikan sebaik saja pilihan raya
umum selesai. Sekiranya Operasi bersama tentera dan polis itu dihentikan
maka jelas dakwaan umum, yang operasi tersebut diadakan semata-mata
untuk memastikan UBN menang di Sabah, tidak lebih dari itu.
Saya sejak awal-awal membuat kesimpulan tindakan polis dan askar di
Lahad Datu itu tidak lebih dari satu provokasi semata-mata untuk
memastikan Sabah berada dalam tangan UBN. Operasi Lahad Datu adalah
talian hayat untuk UBN menang di Sabah.
Walaupun peristiwa di Lahad Datu itu benar, ada kematian, pertumpahan
darah tetapi ada kesempatan di ambil atas takdir itu. Tindakan politi
yang tidak pernah ada mata, telinga dan perikemanusiaan berlaku di Lahad
Datu.
Jadi apa-apa yang berlaku atau dilakukan oleh kerajaan dalam apa juga
aspek ia mengambil kira untung dan rugi UBN terlebih dahulu manakala
soal ia relevan untuk rakyat itu belakang kira.
Saya yakin Hishmuddin dan Zahid selepas ini akan mengumumkan operasi
daulat itu dibubarkan dan sebahagian besar anggota tentera yang
berkampung di Sabah akan dibawa pulang ke Semenanjung. Masakan kerajaan
sanguup membiayai peruntukan begitu banyak sedang apa diharapkan sudah
tercapai.
Pertanyaan cepu emas untuk Zahid bilakah pemimpin pembangkang yang
terlibat dengan pencerobohan di Lahad Datu akan dihadap ke mahkamah?
Pelantikan Ahli Parlimen di dalam syarikat berkaitan kerajaan
(GLC) dan agensi kerajaan perlu berasaskan kepada kelayakan dan
pengalaman bagi memastikan ahli Parlimen yang dilantik mampu
melaksanakan tanggungjawab, kata pemimpin Umno.
Ahli Parlimen Jerlun Datuk Othman Aziz menegaskan pelantikan dalam
sesebuah GLC pula seharusnya tidak buat sekadar untuk mengisi kekosongan
politik kerana tanggungjawab besar yang bakal dihadapinya terutamanya
apabila berhadapan dengan lembaga pengarah dalam sesebuah GLC tersebut.
"Kalau sekadar mengisi kekosongan, tak banyak ahli-ahli Parlimen yang
dapat bantu kembangkan syarikat atau sesuatu agensi kerajaan itu,” kata
Othman apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.
"Jikalau ahli Parlimen yang dilantik itu tak layak, dia sendiri akan
rasa kerdil dikalangan ahli-ahli lembaga pengarah lain," tambah beliau.
Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah itu bersetuju supaya ahli
Parlimen yang dilantik ke GLC perlulah terdiri daripada mereka yang
berkelayakan serta mempunyai pengalaman bagi memastikan hala tuju
organisasi tersebut.
"Bila nak lantik ahli-ahli Parlimen untuk masuk ke GLC atau
agensi-agensi kerajaan ni, kenalah ahli-ahli Parlimen yang mempunyai
kelayakan dari segi ilmu pengetahuan dan pengalaman.
"Ini kerana bila duduk sebagai board company atau lembaga pengarah, kena tahu hala tuju syarikat".
Ketua Penerangan Umno Johor Datuk Samsul Bari Jamali pula berkata ia
adalah satu perkara baik kerana ahli Parlimen mempunyai pengalaman di
peringkat akar umbi dan boleh memberi manfaat baik khususnya dalam
menjaga kepentingan umum.
"Ia adalah perkara normal dan biasa yang dilakukan, ia sesuatu yang positif," kata beliau kepada The Malaysian Insider.
"Saya berasakan ia ada baiknya diteruskan, kerana mereka (Ahli
Parlimen) mempunyai pengalaman di peringkat akar umbi dan memahami
kehendak umum... pada masa sama mereka dapat memastikan kepentingan umum
dijaga," tambah beliau.
Samsul menambah keyakinan setiap ahli Parlimen yang dilantik
mempunyai kemampuan untuk menjalankan tanggungjawab dalam GLC kerana
mereka terdiri daripada golongan profesional.
"Saya yakin mereka berkemampuan dan mempunyai berpengalaman tertentu,
kebanyakkan ahli Parlimen ini yang terdiri daripada usahawan dan
perniagaan... mereka ini semua daripada golongan profesional," terang
Samsul lagi, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Semarang.
Dalam pada itu, Datuk Dr. Latiff Ahmad, bekas timbalan menteri
pertahanan yang baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi Syarikat
Perumahan Negara Bhd (SPNB) menyifatkan pelantikannya ke dalam GLC
adalah kerana kelayakan dan pengalaman yang dimilikinya, serta
menyifatkan ia bukan suatu masalah besar walaupun luar daripada
portfolio yang dipegangnya sebelum ini.
"Ia bukan suatu masalah portfolio baru ini walaupun berbeza dengan jawatan yang saya pegang sebelum ini.
"Saya yakin dengan pengalaman dan kelayakan yang dimiliki, saya boleh
terajui organisasi," tambahnya.
Semalam The Malaysian Insider
melaporkan ahli-ahli politik kanan Umno akan menerima ganjaran,
sekurang-kurangnya minggu hadapan apabila Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak membayar kesetiaan mereka dengan pelantikan sebagai
pengerusi dan ahli lembaga pengarah GLC atau agensi kerajaan.
Diantara jawatan-jawatan yang kosong untuk ahli-ahli politik kanan
ini adalah di Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia, Majlis Amanah
Rakyat (Mara), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Tabung Haji,
Perbadanan Nasional Berhad, kata seorang pegawai kerajaan kepada The
Malaysian Insider.
Senarai kekosongan dan jawatan yang akan kosong tidak lama lagi di
GLC dan agensi kerajaan sedang disediakan untuk perdana menteri.
Diantara yang akan mengisi jawatan pengerusi adalah bekas Menteri
Wailayah Persekutuan dan Perancangan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja
Zainal Abidin, bekas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek termasuk
Datuk Nur Jazlan Mohamed, Tan Sri Rais Yatim dan Datuk Abdul Azeez
Abdul Rahim



