ULASAN Persatuan
Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyambut baik langkah yang diambil oleh
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang mengharamkan kegiatan menghisap
dan menjual shisha di negeri itu kerana ia mendatangkan kemudaratan yang
lebih teruk berbanding merokok.
CAP sejak beberapa
tahun yang lalu telah menggesa pihak berkuasa yang berkenaan agar
mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana ia ternyata
boleh memudaratkan kesihatan penggunanya.
CAP
dalam satu kenyataan akhbar pada 29 Oktober 2012 menggesa pihak berkuasa
mengharamkan terus penggunaan shisha yang semakin berleluasa di seluruh
negara terutama sekali dalam kalangan anak-anak muda.
Namun begitu usaha dan gesaan yang dibuat oleh CAP itu tidak mendapat maklum balas daripada yang berkenaan.
Selaras dengan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Perlis itu,
CAP menggesa agar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa yang
mengharamkan penggunaan shisha sepertimana juga fatwa yang mengharamkan
rokok.
CAP sekali lagi menyarankan pihak berkuasa
berkenaan mengharamkan terus penggunaan shisha dan pihak berkuasa
tempatan di seluruh negara ini tidak lagi mengeluarkan lesen perniagaan
terhadap premis yang mempunyai kemudahan untuk menghisap shisha.
Risiko sama seperti rokok
Risiko sama seperti rokok
Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya berkata, mesyuarat Jawatankuasa
Fatwa Negeri Perlis kali ke-11/2013 pada 24 Jun lepas membuat keputusan
itu.
Dr Juanda berkata, amalan menghisap shisha
bukan sahaja membuang masa tapi memudaratkan kesihatan terutama bagi
golongan belia dan remaja. Beliau berharap MPK dapat menghalang kegiatan
penjualan shisha demi kepentingan masyarakat.
Menurutnya, langkah pengharaman itu dilaksanakan kerajaan negeri Melaka
sejak 2009 dan Perlis juga menuruti jejak negeri itu kerana kegiatan itu
didapati membawa kemudaratan yang besar.
Gejala menghisap shisha yang semakin menular dalam kalangan remaja masa
kini dan kewujudan premis serta kedai yang menyediakan kemudahan
menghisap shisha perlu diberi perhatian serius dengan segera oleh pihak
berkuasa kesihatan dan majlis perbandaran.
Langkah ini perlu diambil dengan segera oleh semua negeri yang masih
belum mengeluarkan fakwa mengharamkan shisha memandangkan menghisap
shisha ini dikatakan sama bahayanya dengan menghisap rokok.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), amalan menghisap hookah
atau shisha mempunyai risiko kesihatan yang sama seperti merokok atau
menggunakan produk tembakau lain.
Arang mendap di salur penafasan
Arang mendap di salur penafasan
Penghisap shisha biasanya menyedut asap sebanyak 50 hingga 200 kali
atau selama 20 minit hingga 80 minit yang dianggarkan sebanyak 0.15
liter hingga satu liter.
Mereka yang menghisap
rokok selalunya menyedut sebanyak lapan hingga 12 kali dan mengambil
masa hanya lima hingga tujuh minit serta menyedut 0.5 liter hingga 0.6
liter asap.
Mengenai bahaya menghisap shisha
ini, dikatakan penghisap shisha turut boleh mengalami ketagihan seperti
penghisap rokok biasa, kerana penggunaan tembakau sebagai bahan utama
sememangnya membahayakan kesihatan.
Penggunaan
arang dalam peralatan dalam peralatan untuk menghisap shisha boleh
meningkatkan masalah paru-paru berikutan arang yang digunakan boleh
mendap dalam saluran pernafasan si penghisap.
Air didihan yang digunakan juga tidak dapat menapis toksin yang ada,
memandangkan shisha turut mengandungi nikotin dan karbon dioksida yang
terdapat dalam rokok biasa, penggunaan berterusan hanya akan
memudaratkan kesihatan dalam jangka masa panjang.
Tindakan tegas perlu diambil segera memandangkan penggunaan shisha
boleh memudaratkan kesihatan demi untuk menjaga kesejahteraan generasi
kita yang akan datang.
SM MOHAMED IDRIS presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan