ASPAN ALIAS
Jusuff Kalla, mantan Naib
Presiden Indonesia telah di kritik keras oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh
kerana membuat kenyataan yang boleh menjejaskan kredibiliti Anwar Ibrahim,
Ketua Pembangkang Malaysia.
Pengerusi DAP itu telah membidas
Jusuff kerana membocorkan isi kandungan perbincangan sulit diantara Anwar dan
PM Najib dan menuduh Anwar tidak memenuhi perjanjian diantara kedua-dua
pemimpin negara itu. Anwar telah dikatakan mendapat bantuan kewangan dari syarikat besar dari
Filipina, Amerika Syarikat, Turkey dan juga Thailand untuk membiayai ralli ‘blackout
505’ yang dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat baru-baru ini.
Kenyataan Jusuff itu telah
menjejaskan kredibiliti Anwar dan seterusnya menjejaskan kredibiliti Pakatan
Rakyat sekali gus. Karpal mendesak Jusuff Kalla untuk memohon maaf kepada Anwar
secara terbuka. Karpal berkata Anwar tidak sepatutnya percaya kepada Jusuff
kerana tindakan Jusuff itu memberikan impak negatif kepada gerakan pembangkang
dinegara ini. “Jusuf ternyata mempunyai agenda beliau sendiri” kata Karpal.
Saya tidak mahu memberikan komen
tentang samada Jusuff patut meminta maaf diatas tindakan beliau membocorkan
semua perundingan sulit Anwar dengan siapa dan dimana perundingan itu dibuat.
Bagi saya seseorang pemimpin negara ini tidak kira Anwar atau pun sesiapa,
melibatkan pemimpin asing untuk politik sendiri di negara sendiri itu adalah
satu tindakan yang tidak bermoral.
Inilah padahnya jika keghairahan
kita untuk menjadi orang penting negara membawa orang atau pemimpin asing untuk
terlibat sama. Tindakan Jusuff membocorkan rundingan rahsia Anwar dengan Najib
dan membocorkan cerita bantuan kewangan yang Anwar perolehi dari luar negara
itu mungkin tidak beretika.
Tetapi tindakan pemimpin negara
menggunakan pihak luar untuk membantu politiknya sudah cukup untuk meyakinkan
rakyat yang Anwar mampu diperguna oleh kuasa asing. Mendedahkan diri dengan
bantuan politik dari luar ini akhirnya seorang pemimpin itu menjadi pemimpin ‘puppet’
kuasa asing.
Itu sebabnya sekarang sudah tidak
ada lagi ‘freedom fighters’ di dunia ini kerana Amerika Syarikat dan kuasa
asing yang lain telah mencorakkan politik banyak negara didunia ini. Kuasa
asing telah mengadu-domba rakyat sesebuah negara dan kenyataan ini boleh kita
lihat berlaku dinegara-negara Timur Tengah beberapa ketika dahulu dan
disetengah negara itu masih berlaku.
Jika kita kaji dari ‘content’
rundingan sulit itu ia melibatkan bantuan kewangan dari kuasa asing dan tidak
terkejut jika negara kita seperti yang disyaki oleh banyak pihak juga terlibat
dengan permainan halus kuasa asing itu.
Jika kita menjadi alat permainan
politik pengaruh dan kuasa asing maka kita wajar membuat pendirian yang tegas
dalam hal ini. Kita boleh memilih untuk bermain politik mengikut suasana negara
kita atau memilih untuk dijadikan alat oleh kuasa asing yang mempunyai
kepentingan mereka dikalangan kuasa asing itu.
Tetapi apa yang jelas kita lihat
dalam urutan sejarah, sesebuah negara yang diperguna oleh kuasa asing itu
selalunya menjadi hancur siasahnya dan akan hilang identiti rakyat dan negara-negara
terbabit.
Menjadi pemimpin dengan menggunakan
kuasa asing untuk menyandarkan politiknya adalah selemah-lemah seorang
pemimpin dan yang tidak bertulang belakang yang kuat.
Tanpa bantuan kuasa asing pemimpin seperti ini sememangnya tidak mempunyai apa-apa ‘consequence’ dalam sesebuah negara itu.
Tanpa bantuan kuasa asing pemimpin seperti ini sememangnya tidak mempunyai apa-apa ‘consequence’ dalam sesebuah negara itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan