HALAMAN SANTAI

Jumaat, 28 Jun 2013

Pakatan Melaka rancang protes di Jonker Street

MALAYSIA KINI


 
Pakatan Rakyat Melaka merancang untuk mengadakan perhimpunan di Jonker Street pada malam esok bagi membantah keputusan kerajaan negeri untuk membuka semula jalan berkenaan kepada lalu lintas.

Gabungan parti tersebut dalam satu kenyataan hari ini berkata anggotanya bersetuju secara sebulat suara untuk mengadakan bantahan tersebut pada jam 5 petang berhampiran satu pentas persembahan di jalan tersebut.

Ketua parlimen DAP juga dijangka akan menyertai acara berkenaan sebagai tanda setiakawan.

Sementara itu, satu lagi kumpulan diketuai ADUN Kota Laksamana Lai Kuen Ban dan ADUN Ayer Keroh Khoo Poay Tiong mengadakan sidang media dan juga satu perhimpunan ringkas bagi tujuan sama.

Lai dan Khoo dan satu kenyataan bersama berkata, sebanyak kira-kira 800 gerai di Jonker Walk itu memberi banyak peluang pekerjaan kepada banyak keluarga di situ.

“Jika kerajaan membuka semula jalan terseut, akan akan menjejaskan pendapatan banyak peniaga,” kenyataan itu dipetik.

Tiada ulasan: