Orang Melayu akan kekal memiliki tanah di Kampung Bharu dan pada masa sama mendapat keuntungan daripada pembangunan hartanah yang dijalankan di situ.

Ia dinyatakan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB), agensi penyelaras dan pemudahcara pembangunan Kampung Bharu dalam taklimat pertama kepada pewaris dan pemilik tanah di Kampung Periok - satu daripada tujuh kampung dalam kawasan kampung itu, pagi tadi.

perbadanan pembangunan kampong bharu PKB first briefing landowner periok 300613 crowd"Perbadanan tidak akan membantu GLC (syarikat berkaitan kerajaan) untuk kepentingan mereka. Perbadanan akan bantu tuan-tuan untuk kepentingan tuan-tuan.

"Apa-apa pun kita jamin, kepentingan yang akan terjamin sekali adalah kepentingan tuan punya tanah," kata Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Naharuddin Abdullah.

Menurutnya, istilah 'pengambil alihan' tanah oleh kerajaan atau PKB tidak wujud kerana pemilik tanah di Kampung Bharu akan kekal memiliki tanah mereka apabila mereka menjalinkan usaha sama dengan pemaju yang akan sentiasa dipantau.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Naharuddin menjelaskan sesi taklimat sama akan berlangsung sehingga bulan November melibatkan enam lagi kampung lain.

Edar soalan lazim
Pada April tahun depan pula katanya, PKB bercadang mewartakan pelan induk pembangunan Kampung Bharu.

Pihaknya juga memilih untuk mengadakan sesi taklimat itu selepas pilihan raya umum bagi mengelakkan ia daripada dipolitikkan pihak-pihak tertentu, katanya lagi.

perbadanan pembangunan kampong bharu PKB first briefing landowner periok 300613 faqPKB ditubuhkan bawah Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu 2011 yang dibentangkan di Parlimen selepas Akta Perbadanan Kampung Bharu 2010 ditarik balik oleh menteri wilayah persekutuan dan kesejahteraan bandar ketika itu, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Turut hadir pada sesi taklimat tadi adalah Pengerusi PKB, Datuk Astaman Abdul Aziz yang merupakan bekas ahli Parlimen Titiwangsa.

Beliau yang juga pewaris dan pemilik tanah di Kampung Bharu positif dengan sambutan yang diberikan pewaris dan pemilik tanah dalam sesi taklimat pagi tadi.

Pemilik tanah yang hadir ke taklimat pagi tadi turut diberikan risalah Garis Panduan Pembangunan Hartanah Kampung Bharu (atas) yang mengandungi jawapan kepada soalan-soalan lazim pemilik dan pewaris tanah.