HALAMAN SANTAI

Sabtu, 29 Jun 2013

KPN Khalid bersalah kerana cuba menutup "PEMBUNUHAN" Kugan, penyelewengan jawatan awam

Oleh  Malaysia Chronicle


Ibu kepada Kugan Ananthan, seorang suspek berumur 22 tahun yang dijumpai mati di dalam tahanan, berjaya memenangi kes samannya terhadap Kerajaan Malaysia dan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar.

Semasa menyampaikan penghakimannya, Hakim Mahkamah Tinggi, VT Singham telah menyelar KPN Khalid kerana lalai untuk memastikan keselamatan suspek di bawah jagaannya. Khalid juga didapati bersalah kerana cubaannya untuk menyembunyikan punca kematian Kugan dan penyelewengan kuasa sebagai seorang penjawat awam.

Pada masa yang sama, Singham juga telah memuji N Surendran, seorang peguam hak asasi manusia yang telah bertungkus lumus untuk memastikan Kugan mendapat bedah siasat yang kedua.

Ibu Kugan N. Indra dianugerahkan pampasan ganti-rugi sebanyak RM 801,000 dengan tambahan bunga faedah sebanyak 5% dari masa kes itu difailkan.

S. Jayatha, seorang aktivis hak asasi manusia berkata, "Jumlah yang bakal diterima mungkin menjejak RM 1 juta jikalau ditambah dengan bunga faedah. Ini tentu akan membantu keluarga yang ditinggalkan Kugan namun malangnya ia tidak akan kembalikan Kugan."

Ibu Kugan ketika berjumpa dengan Malaysia Chronicle cuma sempat mengucap sambil diiringi air mata, "Ya, itu anak saya."

"Kami berasa lega yang mahkamah akhirnya memperakui bahawa Kugan sememangnya dianiayai. Namun kami masih tidak selesa kerana berlakunya banyak kes yang sedemikian rupa. Kenapakah pihak polis sanggup berbuat begitu?" tanya seorang lagi ahli keluarga Kugan kepada Malaysia Chronicle.- Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: