HALAMAN SANTAI

Sabtu, 29 Jun 2013

Nazri: Saya lantik Ng Yen Yen ke MPTB

 


 
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menjelaskan bahawa beliau sendiri bertanggungjawab melantik bekas menteri Datuk Seri Dr Ng Yen Yen ke jawatan pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (MPTB).

Menurutnya, pelantikan bekas menteri pelancongan itu dilakukan dengan restu perdana menteri dan bertujuan menarik lebih ramai pelancong dari negara China yang dikategorikan sebagai pelancong berkualiti.

"Beliau bercakap Mandarin dan ada pengalaman sebagai menteri pelancongan selama lima tahun.

"Kerana itu, saya fikir beliau adalah orang yang sesuai dilantik (ke jawatan itu).

"Saya melantiknya dengan keizinan perdana menteri," kata Nazri pada sidang media selepas melancarkan Karnival Jualan Mega 1Malaysia dan Jualan Bersepadu 1Malaysia 2013 di Kuala Lumpur petang tadi.

Jawapan Nazri itu bagi menjelaskan dakwaan bahawa pelantikan Ng itu melanggar ketetapan MCA untuk tidak menerima sebarang lantikan dalam badan kerajaan.

MCA membuat ketetapan berkenaan ekoran prestasi parti berkenaan yang tidak memuaskan dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Tiada ulasan: