HALAMAN SANTAI

Sabtu, 29 Jun 2013

Speaker baru hanya gembira 1 minit sahaja

Mohd Sabri Said,


GEORGETOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tambun,  Law Chow Kiang (gambar) dan Adun Sungai Bakap, Maktar Shafee dilantik sebagai Speaker dan Timbalan Speaker Dun Pulau Pinang pagi tadi.

Majlis angkat sumpah berlangsung di Dun bermula pukul 9.30 pagi disaksikan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Manakala Adun Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Abdul Hamid buat pertama kalinya dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dun yang akan bersidang pada 2 Julai akan datang.

Ketika mengulas perlantikan ini, Law berkata, memang hatinya melonjak kegembiraan namun hanya satu minit kerana yang paling utama ialah tugasan yang ditanggungnya.

"Mustahil saya tidak gembira. Saya cukup gembira tetapi hanya untuk satu minit tidak lebih daripada itu kerana yang penting ialah tugasan yang sedang menunggu," terangnya.

Mesyuarat Pertama  Dun Ke 13 akan dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Utama Dr Abdul Rahman Haji Abbas pada 1 Julai iaitu sehari sebelum berlangsungnya sidang Dun.

Law yang juga mantan Exco Pertanian Negeri Pulau Pinang sessi lalu memberitahu media bahawa beliau akan memberi penuh usaha untuk memperbaiki dan memperhebatkan Dun agar lebih
ke hadapan.

Tiada ulasan: