KL TODAY
PETALING
JAYA: Polis harus membuka siasatan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak mengenai ‘affidavit palsu’, kata bekas Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini. Katanya
ini berdasarkan laporan polis yang dibuat koordinator Jingga 13, Fariz
Musa pada 26 Jun yang mendakwa bahawa Najib telah membuat affidavit
palsu pada 21 dan 23 September 2011 yang telah difailkan di Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur.
Beliau bertegas laporan yang dibuat Fariz itu berasas dan boleh dibuktikan sebagai dakwaan yang benar.
Mat Zain
berkata demikian dalam surat terbukanya kepada Pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah. Salinan surat itu
juga dihantar kepada Peguamcara Negara, Datuk Idrus Harun, Ketua Polis
Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar serta Timbalan Ketua Polis Negara,
Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin.
“Saya
berpendapat laporan ini tidak boleh diketepikan sewenang-wenangnya dan
pihak polis wajib memulakan siasatan jika belum berbuat demikian,”
tegasnya.
Tambahnya
lagi, isu berkaitan nama palsu itu hanyalah sebahagian kecil daripada
pemalsuan yang dikesan dalam affidavit Najib itu.
Katanya siasatan terhadap seorang Perdana Menteri bukanlah suatu perkara luar biasa.
Ini, kata
beliau, berdasarkan siasatan yang dijalankan polis atas laporan polis
yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Jun 2000 terhadap mantan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai salah guna kuasa.
“Jika
polis KL boleh lakukan sedemikian tanpa halangan atau campur tangan
mana-mana pihak, maka saya percaya pihak polis boleh lakukan dengan
lebih baik dan profesional lagi sekarang ini.
“Pada
pendapat saya, saudara tidak ada opsyen melainkan untuk memberi
keutamaan dan menyiasat laporan yang dibuat oleh Fariz Musa itu secara
terperinci dan tidak sekadar melepaskan batuk ditangga,” katanya dalam
surat tersebut.
Mat Zain
juga menyebut mengenai dakwaan bahawa Najib pernah mengarahkan seorang
peguam kanan iaitu Tan Sri Cecil Abraham untuk menderaf Akuan Bersumpah
mendiang P Balasubramaniam pada Julai 2008.
“Saudara
juga pasti sedar bahawa kesalahan yang didakwa ini adalah sama dengan
kesalahan membuat atau bersubahat membuat affidavit palsu yang boleh
disamakan dengan memberi keterangan palsu di mahkamah.
“Adalah
menjadi tanggungjawab polis untuk menyiasat kedua-dua dakwaan ini
secara terperinci dan pantas kerana tidak wajar dakwaan memberi
keterangan palsu, tergantung di atas bahu seorang Perdana Menteri,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan