KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan cukai barangan & perkhidmatan (GST) tidak munasabah kerana kerajaan masih belum menyelesaikan masalah pengangguran.“Sekitar 80,000 yang menganggur. Selesaikan itu dahulu, kemudian baru (bincang) GST.
“Kalau wang tak cukup, tapi nak perkenalkan GST, kita (Pakatan Rakyat) bantah,” kata Anwar di Dewan Rakyat semalam.
Dewan Rakyat diberitahu dari penyiasatan Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia bahawa 75,800 siswazah menganggur pada 2012 terdiri dari 30,200 siswazah lelaki dan 45,600 siswazah wanita.
“80% daripada mereka adalah (siswazah) Melayu. Jangan kita bicara soal GST tanpa fikir beban rakyat,” katanya.
Tegasnya, rakyat yang berpendapatan rendah wajar diberi pengecualian kerana sistem percukaian yang efisien harus fokus kepada golongan berkemampuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan