HALAMAN SANTAI

Selasa, 2 Mac 2010

Akar Umbi Senada Dengan Pimpinan PKR

TV SELANGOR


Jika semalam pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat menyifatkan tindakan Mohamad Fairus Khairuddin dan Tan Tee Beng yang keluar parti sebagai pembersihan dalaman, kali ini ia diakui sendiri di peringkat akar umbi.

Malah pembelotan mereka adalah rahmat buat ahli parti yang nyata kecewa dengan kegagalan kedua-dua ‘budak hingusan’ itu menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin kerana tidak pernah turun padang meninjau nasib rakyat.

Paling mengecewakan ialah sikap Tee Beng yang langsung tidak dikenali ahli cabangnya sendiri iaitu PKR cabang Jelutong, sebaliknya mengenali Ahli Parlimen Nibong Tebal itu melalui media massa sahaja.

Menurut Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Jelutong, Khairul Anuar Kamaruddin suara akar umbi cabang itu juga menganggap tindakan itu adalah langkah terbaik buat PKR bagi memberi ruang kepada mereka yang lebih layak.

“Sejak kemenangan kita mac 2008, dia selaku ketua cabang PKR Jelutong gagal mejalinkan kerjasama erat dengan Pas dan Dap antaranya satu mesyarat bersama pun tidak pernah diadakan. Dan juga program-program kawasan sama ada beliau sengaja memang tidak pernah hadir program Pakatan Rakyat di kawsan,”katanya.

Beliau yang juga Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang berkata, dengan keluarnya beberapa kerat pemimpin dan ahli yang mempunyai kepentingan peribadi ini, langsung tidak menggugat kestabilan dan kekuatan Pakatan Rakyat.

“Kerana ianya telah membuka ruang yang luas untuk kami di peringkat PKR Cabang Jelutong untuk bekerjasama dengan lebih erat lagi dengan Pas dan DAP dalam membawa perubahan kepada rakyat seperti mana yang dijanjikan dalam pilihan raya ke-12 yang lalu,"katanya.

Tiada ulasan: