HALAMAN SANTAI

Selasa, 2 Mac 2010

Buang dan bunuh zuriat adalah haram dan pelakunya dianggap murtad: Mufti Pulau Pinang

BERNAMA


KUALA LUMPUR - Umat Islam yang siuman dan tidak mengalami cacat akal yang membuang bayi atau membunuh zuriat mereka dianggap sudah terkeluar dari agama Islam atau murtad, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Hassan Ahmad.

Beliau berkata, ini kerana perbuatan kejam mereka seolah-olah menghalalkan perkara yang haram dan ditegah oleh Islam.

"Kita semua mengetahui bunuh ialah satu perbuatan haram dan berdosa terutama yang menjadi mangsa ialah anak dan zuriat mereka sendiri.

"Walaupun mereka orang Islam tetapi mereka masih melakukan pembunuhan kerana gagal mengawal emosi di mana mereka telah menambah dosa lampau yang dilakukan iaitu zina," katanya.

Tiada ulasan: