HALAMAN SANTAI

Sabtu, 29 Januari 2011

PRU13: Pakatan lancar manifesto Wilayah

KUALA LUMPUR — Pakatan Rakyat (PR) mengumumkan manifestonya hari ini dalam usaha mengekalkan kedudukannya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pilihan raya umum ke-13, susulan Program 100 Hari dilancarkan perikatan itu bulan lalu.

Pada pilihan raya umum Mac 2008 Pakatan Rakyat memenangi 10 daripada 11 kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Manifesto itu dilihat sebagai strategi Pakatan Rakyat untuk respons kepada rancangan BN yang mahu melaksanakan Greater KL/Lembah Klang.

Manifesto Pakatan Rakyat akan memfokus jurang ekonomi di kalangan masyarakat bandar dan peningkatan kos hidup.

Wakil rakyat-wakil rakyat Pakatan Rakyat berkata, gaji hanya mengalami kenaikan purata 4.7 peratus dengan graduan baru di Kuala Lumpur hanya memperoleh pendapatan awal sekitar RM1,600 sebulan.

Malah mereka juga menambah, harga rumah juga mengalami peningkatan sehingga purata RM500,000, yang membawa kepada pertambahan penduduk miskin bandar.

Selain itu, ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat menjanjikan pembaharuan segera dalam tempoh 100 hari pertama sebaik sahaja mengambil alih Putrajaya kelak.

Antaranya:

• memperkenalkan inisiatif baru lagi teguh bagi memperkenal dan memulihkan hartanah perumahan awam yang berada dalam menyedihkan, yang akan mengubah kehidupan penduduk berpendapatan rendah

• menerima syor transit yang akan menyepadukan sistem pengangkutan awam dan pada masa yang sama membina semula infrastruktur awam

• membina rangkaian CCTV terperinci yang efektif, mampan dan bersepadu

• membentuk sebuah jawatankuasa untuk mengkaji dan mengesyorkan pendekatan bagi mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan

• mengkaji dan menggubal perundangan spesifik yang akan melindungi alam sekitar Kuala Lumpur

Bercakap kepada pemberita pagi tadi, Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bersetuju bahawa inisiatif mereka seakan-akan mirip rancangan Greater KL/Lembah Klang tetapi berhujah pengundi-pengundi boleh membezakan antara kedua-duanya berdasarkan rekod Pakatan Rakyat dalam melaksanakan dasarnya.

“Apa yang penting ialah kenyataan kami dan fakta bahawa kami telah menterjemahkan beberapa inisiatif di peringkat negeri,” kata Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR.

“Bagi saya apa yang penting ialah kami dapat berkomunikasi bagaimana kerajaan (pusat) telah gagal dari segi pelaksanaan, jadi saya tidak bimbang mengenai soal membezakan kedua-dua pelan ini,” katanya.

Katanya, BN didapati bertindak tidak betul apabila pelan perancangan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 sendiri tidak dipatuhi.

“Sebagai contoh, daerah kewangan KL... adakah anda dapat melihat aspek ini di mana-mana bahagian dalam draf pelan KL? Jadi, bagaimana anda boleh datang dengan rancangan sedemikian tanpa kajian yang betul,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai dari DAP memberitahu, yang membezakan kedua-dua pelan itu ialah usaha Pakatan Rakyat adalah untuk orang miskin manakala yang BN pula dibawa bagi kroni mereka.

Tiada ulasan: