HALAMAN SANTAI

Ahad, 30 Januari 2011

Rasmi: BN berjaya kekal DUN Tenang

MALAYSIA KINI

7.15pm Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam lama Twitter mengucapkan tahniah kepada BN kerana berjaya mempertahankan kerusi tersebut.

Keputusan rasmi menunjukkan BN mendapat 6,699 undi manakala PAS mendapat 2,992 undi.

calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,707 undi - meningkat 1berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008.

Calon BN juga menang undi Pos. Daripada 119 kertas undi pos yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Azahar memperoleh 115 manakala Normala memperoleh tiga undi. Satu undi pos ditolak.

Keputusan undi pos itu diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya kecil, Md Asri Amir. di di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis petang ini.

--------------------------------------------------------------------

9:30pm: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman memberitahu wartawan bahawa BN telah memperolehi majoriti besar dalam pilihan raya kecil kali ini walaupun berlaku banjir.

Menurutnya, mereka masih keluar mengundi pada sebelah petang walaupun keadaan banjir semakin teruk.

Ditanya mengenai undi pengundi Cina, Abdul Ghani (kanan) berkata BN berjaya memenangi kembali dua kawasan majoriti Cina, berbanding dengan pilihan raya umum lalu.

Pada 2008, katanya, BN kalah di tiga daripada empat kawasan majoriti Cina. Tetapi kali ini BN hanya kalah di satu kawasan, iaitu Bandar Labis Tengah.

Beliau yang juga pengarah kempen BN menyifatkanya sebagai satu perubahan yang positif di kalangan pengundi Cina.

Katanya, BN akan cuba merapati lagi pengundi Cina bagi memenangi kesemua empat kawasan tersebut, dalam pilihan raya akan datang.

9:44pm: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan rasmi:

BN - 6,699 undi
PAS -2,992 undi
Majoriti - 3,707 undi

Majoriti BN adalah 1,215 suara lebih tinggi daripada yang diperolehinya dalam pilihan raya umum 2008.

9:21pm: Sebuah trak tentera tiba di pusat penjumlahan dengan membawa kotak undi yang tersangkut kerana banjir di pusat pengundian.

SPR telah menggunakan trak polis dan tentera untuk membawa pegawai pilihan raya dan kotak undi dari pusat pengundian yang terputus hubungan kerana banjir.

9:12pm: Akibat cuaca sejuk dan hujan, anggota polis yang masih terperangkap di SMK Kamarul Ariffin mula membakar kertas untuk memanaskan badan.

Seorang wartawan Malaysiakini adalah antara mereka yang terperangkap di sekolah tersebut yang putus hubungan kerana banjir.

8:31pm: Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek membidas DAP, dengan mendakwa BN menang di tiga daripada empat kawasan majoriti pengundi Cina.

PAS dan DAP boleh 'berkokok', tapi masih 'kalah', katanya dalam twitter. Bagaimanapun, penilaiannya terhadap kawasan majoriti pengundi Cina itu bercanggah dengan pemimpin DAP.

Nampaknya BN telah memenangi Bandar Labis Timor (63.4% undi Cina), Labis (58.3% undi Cina) dan Tenang Station (54% undi Cina).

Sementara PAS menang di Labis Bandar Tengah (95.7 % undi Cina). Dalam pilihanraya umum 2008, di samping

Bandar Labis Tengah, PAS memenangi Bandar Labis Timor dan Labis.

Analisis: DAP mendakwa ia memenangi 70% undi Cina di Tenang, berdasarkan kepada keputusan dari Bandar Labis Tengah, yang merupakan 95.7% pengundi Cina. Di situ, DAP memperolehi 69.8% undi keseluruhannya.

Bagi dua lagi daerah undi majoriti Cina - Bandar Labis Timor (63.40 % Cina) dan Labis (58.3% Cina) - DAP berhujah mereka dapat mempertahankan undi pengundi Cina di situ, tetapi kalah sokongan pengundi Melayu dan India, mengakibatkan PAS kalah di kedua-dua kawasan berkenaan yang dimenanginya dalam pilihanraya umum 2008.

PAS kalah di Tenang Station (54% Cina) pada 2008 dan 2011.

Bagaimanapun, hanya keputusan terperinci bagi semua saluran pengundi, dapat menunjukkan undi yang diperolehi oleh kedua-dua pihak di kawasan campuran pengundi, berbanding dengan kawasan mono-etnik seperti Bandar Labis Tengah.

Kejayaan BN mengekalkan DUN Tenang hari ini, adalah kemenangan ke-14 dalam pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum 2008. Pakatan pula memenangi lapan pilihan raya kecil.

Pakatan menang di Sibu, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Permatang Pauh, Permatang Pasir, Manek Urai, Penanti dan Selambau.

BN pula menang di Tenang, Hulu Selangor, Galas, Tenang, Sapi Bagan Batu dan Pinang.

Pilihan raya kecil ke-15 pula akan diadakan di Merlimau pada 6 Mac depan.

8:12pm: Lebih ramai pemimpin tiba di pusat penjumlahan untuk meraikan kemenangan. Mereka termasuk Menteri Besar Johor, Datuk seri Abdul Ghani Othman dan ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Semuanya tersenyum lebar dan bersalaman mengucap tanah antara satu sama lain.

Mohd Azahar pula memakai baju kemeja batik dan bersongkok hitam. Beliau kelihatan letih selepas sehari bergerak di sekitar kawasan pilihan raya kecil hari ini dalam keadaan hujan dan banjir.

8:07pm: Calon BN Mohd Azahar Ibrahim tiba di pusat penjumlahan di dewan serbaguna Majlis Daerah Labis.

7:53pm: BN pemimpin tempatan sudah mula membanjiri pusat penjumlah tersebut. Turut kelihatan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang juga presiden Gerakan, Tan sri Dr Koh Tsu Koon.

7:33pm: Analisis

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Umno telah menambah undi di kalangan pengundi Melayu, tapi pengundi Cina masih mengelak menyokong MCA. PAS mengekalkan sokongan pengundi Cina, walaupun peratusan mereka dari kawasan majoriti Cina yang keluar mengundi hari ini, merosot.

DAP MP Anthony Loke menulis dalam Twitter: "Melihat trend setakat ini, tidak ragu lagi, BN akan menang Tenang tapi Soi Lek dan MCA boleh angkat beg!"

Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau mengulangi sentimen yang sama dalam satu lagi twitter: "PR PAS-DAP berjaya mendapatkan undi 70 peratus pengundi Cina di Tenang."

Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim pula berkata Chua (presiden MCA) patut letak jawatan kerana gagal untuk memenangi undi pengundi Cina di tempatnya sendiri".

7:25pm: Nampaknya hujan di Tenang akhirnya akan berhenti. Suasana masih gerimis. Pondok sementara yang didirikan di depan pusat operasi PAS untuk menjual barangan parti, dan makanan, telah ditutup. Penyokong PAS dan tukang kempen mula meninggalkan bandar Labis.

7.15pm: Analisa

Kira-kira 91 peratus undi telah dikira. Umno telah meningkat majoriti dengan 1,243 undi berbanding dengan pilihan raya umum 2008.

7.12pm: PAS menutup skrin besar di pusat operasi parti itu. Pekerja parti yang kecewa dengan keputusan tersebut, beredar dari situ. Sesetengahnya sudah 'hilang mood' dan mahu segera pulang ke tempat masing-masing.

7:10: Keputusan tidak rasmi: 10 daripada 12 pusat pengundian:

BN - 6,027
PAS - 2,331
Majoriti - 3,637

7.01pm: BN 4,712, PAS 2090, maj 2,622

BN hampiri kemenangan, sebanyak 3,577 undi lagi yang belum dikira.

6.57pm Ladang Bukit Dato: BN 351, PAS 99, maj 252

6.52pm BN 4,420, PAS 2,033, majoriti 2,387.

Setakat ini sebanyak 61 peratus atau 6,453 undi daripada 10,579 yang keluar mengundi telah dikira.

Masih terdapat 4,125 undi masih belum dikira.

6.53pm: BN 3,737, PAS 1,692, majoriti 2,045

6.51pm: Kg Redung (S2): BN 211, PAS 67

6.50pm: BN 2,038, PAS 1,207

6.36pm: Kg Sawah Bahru (S1): PAS - 55, BN - 212.

Setakat ini, BN mendahului dengan 1,484 undi berbanding PAS sebanyak 533.

6.34pm: Bandar Labis Tengah: PAS - 801, BN - 365

6.31pm SMK Kamarul Ariffin: BN - 365, PAS - 801.

6.27pm: PAS - 1,136, BN - 634.

6.22pm Bandar LabisTengah (S4): PAS - 209, BN - 90.

6.15pm Bandar Baru Labis (S1): PAS - 123, BN - 64.

6.10pm: Undi pos: BN - 115, PAS - 3, rosak - 1.

12 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Harap Tok Ai tidak akan mengecewakan rakyat yang mengundinya.

mantra berkata...

tahniah kepada Calon Bn kerana memenangi pilihanraya ini, semoga dpt laksanakan tanggungjawab dgn sempurna.

madd berkata...

keputusan telah pun diketahui. tahniah kepada calon BN.

madd berkata...

pastikan semua janji akan dilaksanakan demi kebaikan rakyat. harap Mohd Azahar akan menjalankan tugasnya dengan baik.

Jason berkata...

Tahniah kepada Tok Ai!

Jason berkata...

Diharapkan Tok Ai akan melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik. Segala janji yang diberikan kepada rakyat Tenang harus ditunaikan. Jangan kecewakan mereka yang telah mengundi Tok Ai.

Paquin berkata...

Taniah kepada Tok Ai dan juga BN. Jangan kecewakan rakyat yg telah banyak memberi sokongan.

Paquin berkata...

Kemenangan BN ini jelas mengambarkan BN masih relevan di hati rakyat.

Bujang Senang berkata...

Tahniahlah kepada siapa yang menang. Mungkin PAS bukan pilihan utama rakyat.

Antanum berkata...

Ya sekali lagi BN menang dalam pilihanraya kecil... Kita suda ada gambaran siapa yang akan memenangi PRU13 nanti.

Antanum berkata...

Tahniah, Kepada calon BN....semoga dapat memikul tanggungjawab dengan jujur dan seksama.

Tanpa Nama berkata...

walaupun tidak sampai sasaran majoriti 5 ribu, sekurang2nya ada peningkatan berbanding dengan pilihanraya 2008. ini adalah berita baik untuk BN dan sokongan rakyat ini tidak patut disia2kan oleh kerajaan.